1

448 16 2
                                    

Keluarga Tan Sri Samad dan Puan Sri Hannah turut berduka atas pemergian surihati pemandu mereka Zahar Zainal. Suasana rumah agam tersebut suram. Pasangan Zahar Zainal dan Surina Amar berserta anak mereka Zaireen sudah lebih 15 tahun tinggal di kediaman itu di rumah pekerja.Jenazah Surina berada di rumah pekerja yang ternyata cukup.luas untuk keluarga kecil mereka. Ramai yang sedang membacakan yasin termasuk keluarga Tan Sri Samad.

Pakcik Zahar duduk dengan tenang di sini isterinya.

"Ayah!"panggil satu suara. Semua memandang gadis tinggi lampai yang baru sahaja sampai di pintu. "Mak!"teriak Zaireen. Pakcik Zahar dengan segera bangun memeluk Zaireen yang sudah berjurai airmata. Dia menahan Zaireen dari menerkam jenazah ibunya. "Mak...ayah bila-baru semalam Reen bercakap dengan mak...kenapa..kenapa.."

"Mengucap Reen..sabar ya,"pujuk ayah. Puan Sri Hannah pergi kepada Zaireen dan menarik tubuhnya.

"Puan Sri-itu mak Reen." Puan Sri Hannah memeluknya dengan penuh keibuan.

"Tarik nafas Reen. If you are like this,macamana nak tengok wajah mak,hmm?"

Kata-kata itu ibarat hikmat menenangkan Zaireen seketika. Airmatanya yang deras mengalir dikesatnya pantas. Puan Sri memegang tangannya membawanya ke katil di tengah-tengah rumah. Mereka membuka kain litupan wajah ibunya. Dan Zaireen mencium dahi dan pipi ibunya berkali2. Pakcik Zahar datang kepadanya dan memeluk satu-satunya nak mereka.

"Reen, sudah tiba masa pengebumian,"bisik ayahnya perlahan. Puan Sri Hannah menariknya untuk memberi ruang kepada ayahnya menyempurnakan jenazah.

Seminggu berlalu, dan Tan Sri Samad mengadakan kenduri tahlil untuk arwah ibu Zaireen. Dan kehidupan berjalan seperti selalunya walau perasaan kehilangan itu dirasai segenap rumah agam.

Zaireen duduk di tepi kolam mandi malam itu berseorangan. Arwah ibunya adalah insan paling dikasihinya selain ayahnya. Pakcik Zahar yang baru sahaja balik dari masjid menemani Tan Sri Samad melihat dia termenung di situ.

"Reen,"panggil Pakcik Zahar. Zaireen masih mendiamkan dirinya. "Zaireen!"panggil Pakcik Zahar lebih kuat mengejutkan lamunan Zaireen.

"Eh, ayah. Baru balik masjid?"

Ayahnya mengangguk dan duduk di sisi Zaireen.

"Teringatkan mak?"

Zaireen mengeluh sambil tersenyum.

"Ayah, tak ingat mak ke?"

"Soalan jenis apa tu Reen?"bentak ayahnya. "Reen hilang seorang ibu, Ayah hilang belahan jiwa. Reen rasa macamana?"

"Belahan jiwa? Huish puitis betul,"usik Zaireen. Pakcik Zahar menampar perlahan belakang kepala anaknya. "Ayah! Sakit tau. Orang ni dah besar tau bukan budak-budak!"

"Ayah nak pastikan ada otak lagi dalam kepala besar Reen tu."

"Ayah ni saja nak cari pasal dengan Reen kan? Orang bagitau mak ka-" kata-kata Zaireen terhenti di situ kerana tiba-tiba teringatkan yang ibunya sudah tiada. Pakcik Zahar memeluk bahu anaknya.

"Kita pasti merinduinya tapi Reen, kita semua akan pergi cuma Allah sahaja yang mengetahui."

Hati Zaireen terasa lebih sebak mendengarkan kata-kata ayahnya.

"Ni cuti berapa lama?"tanya Pakcik Zahar selepas seketika.

"Reen dah berhenti."

"Apa?"

"Reen dah berhenti."

"Kenapa?"tanya ayahnya kehairanan.

"Reen nyaris terlepas pengebumian mak kerana pekerjaan Reen. Reen nak berada di sini dengan ayah."

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now