Seluruh hidup Puan Sri Hannah terasa seperti mimpi. Anaknya kemalangan, suaminya pula terkena serangan jantung. Dia duduk di sisi Sahil tanpa berkata apa-apa. Malam itu hujan renyai-renyai,bunyi rintik hujan berdetak di tingkap kaca. Dia asyik merenung telefon di tangannya. Apakah suaminya dapat diselamatkan? Soalan itu meruntun hatinya.
"Puan Sri,"panggil Pakcik Zahar.
"Zahar, bagaimana Tan Sri?"tanya Puan Sri bingkas bangun dari kerusi. Pakcik Zahar tersenyum.
"Sudah lepas daripada bahaya tetapi dia terlalu lemah."
"Assalamualaikum,"kedengaran suara Zaireen dari luar.
"Walaikumsalam wrt, Reen. Mari masuk,"balas Puan Sri lembut. Zaireen membawa sedikit bekalan untuk majikannya.
"Kenapa Puan Sri?"tanya Zaireen melihat mata Puan Sri bengkak seperti baru lepas menangis."
"Tan Sri kena heart attack"jawab Puan Sri sebak.
"Apa? Sekarang ni?"
"Sekarang Tan Sri sudah terlepas daripada bahaya,"beritahu ayahnya. Dengan cepat Zaireen pergi memeluk tubuh wanita yang sebaya dengan ibunya. Tubuh Puan Sri yang menggigil dapat dirasakan oleh Zaireen. Puan Sri yang menahan perasaannya daripada tadi, menangis teresak.
"Reen,"ucap Puan Sri.Dengan pelukan Zaireen itu dia dapat merasakan betapa Zaireen menganggapnya seperti keluarga. "I almost lost my son dan my husband..."kata puan Sri Hannah tersekat-sekat. Zaireen sudah diibaratkan seperti anak perempuannya.
"Semua akan jadi ok, Puan Sri. InsyaAllah,"pujuk Zaireen mengurut belakang wanita itu. Dia melepaskan pelukannya dan memberikan Puan Sri beberapa keping tisu.
"Puan Sri,.Tan Sri minta Puan Sri hadir ke biliknya sekarang."
"Baik." Puan Sri bangun dan mengikuti jururawat tadi. Tinggallah Zaireen dan ayahnya. Zaireen melihat Sahil yang tertidur selepas diberi ubat penenang.
"Hidup bahagia mereka menjadi tunggang-langgang hanya dalam sehari,"ujar Zaireen perlahan. Pakcik Zahar duduk di sisinya.
"Reen, melihat Tan Sri, ayah pun boleh jadi macam tu."
"Ayah cakap apa ni?"ucap Zaireen.
"Sekiranya apa-apa jadi dengan ayah, ayah tak nak Reen tinggal sorang-sorang."
"Ayah, zaman dah berubah."
"Zaman berubah, manusia tidak. Ada masa kita sakit ada masa kita sihat ada masa kita senang ada masa kita susah."
Zaireen mendiamkan dirinya sahaja. Dia dapat mengagak ke mana perbincangan ini akan pergi dan dia dapat melihat kebimbangan dari raut wajahnya itu.
"Ayah nak Reen kahwin. Or at least cuba."
Zaireen terketawa kecil.
"Ada trial period ke kahwin ni ayah?"seloroh Zaireen. Pakcik Zahar memegang bahunya.
"Ayah tahu dan faham kenapa Reen tak nak kawin. Tapi Reen sebagai bapa, ayah tak sanggup bila hendak menutup mata Reen tinggal seorang."
Zaireen menepuk tangan ayahnya. Entah apa yang mengawalnya daripada memperkukuhkan pendapatnya.
"Baiklah ayah. Reen serahkan semuanya kepada ayah. Baik di hati ayah, baiklah di hati Reen. Tapi dengan syarat, ayah boleh perkenalkan Reen mesti suka."
Pakcik Zahar memandang anak tunggalnya.
"Baik! Ayah setuju." Pakcik Zahar sudah boleh tersenyum. "Terima kasih kerana Reen sanggup mengubah pendirian Reen.'
"I need a new car,"gurau Zaireen.
"Ada kereta sorong Uncle Sam baru beli kat nursery belakang rumah."
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...