Sedang Zaireen memakaikan cadar yang baru dia terdengar bunyi benda berat jatuh di bilik air.
"Aduh!" Kedengaran suara Sahil menjerit.
Bergegas Zaireen membuka pintu bilik air. Kelihatan Sahil jatuh tertiarap di tepi tab mandi dan tualanya terlucut ke kaki.
"Tuan!"jerit Zaireen. Dia keliru hendak tergelak atau panik melihat keadaan Sahil.
"Pergi!!"jerit Sahil.
"Er...betul ni?"suara Zaireen bercakap dengan nada biasa.
"Keluar!"
"Ok ok ok! Kita keluar jangan marah." Zaireen dengan pantas keluar dari bilik air itu. Dia berdiri sebelah dinding mencuri dengar kalau-kalau Sahil terjatuh lagi.
"Argh...!"kedengaran Sahil mengaduh kesakitan tanpa berlengah Zaireen masuk ke bilik air itu. "Aku kata keluar!" Sahil rebah dengan kerusi rodanya. Zaireen mengambil rob mandi dengan cepat dia menyelimutkan Sahil dan membantunya naik ke atas kerusi roda. "Aku kata-"
"Jangan repeat macam rancangan astro boleh?" Zaireen membetulkan pakaiannya yang basah dan menolak Sahil ke bilik tidur. Wajah Sahil mencuka kerana berasa tersangat malu. Zaireen mengambil tuala dan mengesat rambut Sahil. Pada masa yang sama dia menelefon setiausaha kanan Sahil, Edward. Sahil merampas tuala itu daripada tangan Zaireen.
"Engkau ni tak reti bahasa eh?"
"Macam nilah tuan. Tiada salah meminta bantuan ketika kita memerlukan. Nama pun manusia tidak sempurna. Ada kala sihat ada kala sakit adakalanya- annoying!"
"Melampau kau ya. Kau tu siapa nak bercakap dengan aku begini?"
Zaireen tidak membalas kata-kata itu. Ya itulah Sahil yang dikenalinya. Sombong dan bongkak. Dia mengambil tshirt, seluar trek dan boxer dan dia letakkan di atas katil.
"Edward akan sampai tak lama lagi. Dia akan membantu tuan berpakaian. PT yang juga pakar fisio Coach Adi akan memulakan latihan jam 2 petang."
"Keluar!" Tempik Sahil lagi. Zaireen mengambil dulang makanan dan bakul ubat tadi berlalu dari situ. Sesampainya di dapur, telefonnya bergetar. Tertulis Kapten Hardy di situ. Dia meletakkan segalanya ke atas kabinet dan memandang sahaja telefon itu berdering. Setelah tujuh deringan dia mengambil panggilan itu.
"Reen!" Kuat sungguh jeritan Kapten Hardy. Zaireen terus mematikan telefon. 'Kau ni apahal?' Telefon bimbitnya bergetar sekali lagi. "I'm sorry." Kedengaran kata Kapten Hardy lebih bertamadun. "Reen, kau tolak pinangan aku, aku tak angkat calls aku. Benci sangat kau pada aku."
Zaireen menghela nafas panjang.
"Kapten, Reen minta maaf. Tiada apa yang boleh Reen katakan sekarang."
"Reen, please come over to the hub. Kapten James nak jumpa."
"I quit, remember!"
"Just come. James urgently nak jumpa Reen."
"Bila?"
"Kalau boleh petang ni." Zaireen mendiamkan dirinya. "Reen?"
"Jam berapa?"
"3."
"Baik. Goodbye kapten." Dia mematikan panggilan itu. Dia dapat meneka apa yang Kapten James iaitu kapten paling kanan di syarikat penerbangan itu mahu perkatakan.
Zaireen meninggalkan rumah Tan Sri Samad selepas zohor apabila semua isi rumah sudah menikmati makan tengahari. Dia sampai di ibupejabat penerbangan itu tepat 2.30 petang. Kapten Hardy yang segak menantinya di lobi.
"Reen," panggilnya apabila melihat Zaireen melangkah masuk.
"Kapten."
"Baguslah you cepat. James ada nak pergi somewhere jam 3."
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...