Zaireen berjalan balik ke bilik menunggu VIP dan melintasi bilik Joanna. Nama Joanna tertera di pintu. Dia berhenti sebentar memandang nama itu.Dengar khabarnya tangan kanan Joanna patah di tiga tempat dan dia mengalami 'concussion'. Zaireen menggelengkan kepalanya kerana sejak ibunya meninggal pelbagai drama kehidupan menjengah.
Sampai di bilik dia terkejut kerana Puan Sri Hannah sudahpun berada di situ.
"Reen, Sahil bagaimana?"tanya Puan Sri Hannah.
"Baru sahaja dipindahkan ke ICU untuk pemerhatian malam ini. Mungkin esok kalau keadaan Tuan Sahil lebih baik bolehlah dipindahkan ke wad biasa."
"Dia dah jaga belum?"tanya Tan Sri pula.
"Sekejap sahaja beritahu misi tadi. Selagi ubat bius tak habis kata misi tadi."
Ibubapa Sahil hanya mengangguk.
"Kenapa Tan Sri datang awal?"
"Ni Puan Sri ni tak boleh nak tidur jadi kami ke sini. Reen dan Auntie Jolie kalau nak balik bolehlah."
Tiba-tiba perbualan mereka terhenti apabila dengkuran auntie Jolie memecah suasana. Pecah ketawa mereka bertiga.
Zaireen pulang ke Villa Tan Sri Samad kerana dia perlu memasak seperti selalunya. Dan, Puan Sri Hannah memintanya membuat bubur nasi untuk Sahil.
"Bila nak gerak?"tanya Mak Mah.
"Kenapa Mak Mah nak ikut,jomlah!"ajak Zaireen meletakkan bubur itu di dalam bekas.
"Boleh, beri Mak Mah 5 minit." Bergegas Mak Mah ke biliknya. Zaireen mengangguk.
Sahil sedar di wad pemerhatian dan perkara pertama yang keluar dari mulutnya ialah di mana Joanna. Tan Sri dan Puan Sri berpandangan sesama sendiri.
"Joanna tak apa-apa, kecederaannya hanya patah tangan kanan,"ujar Puan Sri Hannah. "Hail nak apa-apa tak?"
"Hail nak jumpa Jo-"
Ayatnya terhenti melihatkan kedua kakinya tergantung.
"Kaki Hael ma..."
" Sahil," panggil Dr Kasim yang juga doktor keluarga mereka masuk ke bilik itu.
"Uncle...saya..kaki saya."
Suasana hening di wad Vip terasa oleh semua yang ada di situ.
"Buat masa sekarang Sahil mesti berehat lebih sedikit. Kemalangan itu nyaris meragut nyawa Sahil."
Sahil menarik nafas panjang. Wajahnya penuh kegusaran.
"Tell me the truth."
Dr Kasim mengilas pandangannya kepada Tan Sri dan Tan Sri mengangguk kecil
"Kemalangan itu sedikit sebanyak menyebabkan tulang belakang Sahil patah. Dalam kebanyakan kes pesakit boleh sembuh dan berjalan seperti biasa..yang lainnya-"
"Do you mean to say I am paralyse?"
Pertanyaan itu membuatkan hati keras Tan Sri tersentuh. Puan Sri melangkah ke sisi Sahil dan menyentuh bahu anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang dan simpati.
"Erp-" Jawapan Dr Kasim terganggu dengan kehadiran Joanna di atas kerusi roda.
"You're paralyse?!"tegur Joanna terkejut. Joanna ditemani oleh ibu ayahnya, seteru abadi Tan Sri Samad, Datuk Jamil.
"Nasib baik, Joanna hanya mengalami cedera ringan,"tegur Datin Julia.
"Hei." Tan Sri Samad mula bersuara. "What do you mean?" Puan Sri Hannah yang selalu pendamai itu juga turut menarik muka mendengar komen Datin Julia
"Yes, what do you mean? Is it ok for my son to be paralyse and yours only injured her arm?" Nada Puan Sri Hannah sudah meninggi di sini.
"Sahil hampir menyebabkan kami kehilangan Joanna,"jawab Datuk Jamil. Joanna cuba bangun daripada kerusi rodanya tetapi ditahan oleh ayahnya.
"Uncle,ini semua salah Hael."
"Baguslah kalau sedar diri tu. Kedengaran Joanna dan you merancang hendak bernikah."
Sahil yang penuh dengan wayar sana-sini cuba untuk bangun.
'Uncle..."
"Aku tak mahu menantu yang lumpuh dan juga membuatkan keluarganya bankrap."
"Jamil, baik kau keluar dari sini. Kau ingat aku tak tahu kau gunakan anak kau ni mempengaruhi keputusan Sahil? Huh?" Tubuhnya sudah dipegang oleh Pakcik Zahar kerana takut Tan Sri Samad hilang kawalan diri.
Datuk Jamil mendengus lalu ketawa menyindir.
"Baguslah kau tahu. Tapi anak kau ni...tak layak duduk di kerusi CEO. He is too impulsive and immature. Kau tentu berbangga anak kau ni mencipta sejarah perniagaan. Dia membuatkan keluarga ternama di Malaysia ini hilang 35 peratus aset SMD Holdings."
"Uncle, Hael dan Joanna-" Sahil cuba merayu.
"Lupakan sahaja,aku tak mahu bermenantukan CEO bodoh macam kau. Tapi Uncle terima kasih sebab sekarang Joanna pemegang 10% syer SMD Holdings!"
Pernyataan itu mendiamkan semua yang ada di situ.
"Mana mungkin,"ujar Sahil yang kelihatan sangat terkejut.
"Datin Shakirah itu adalah adik Datin Julia. Kau ingat ada ke yang hendak membantu company yang merudum?"
Sahil termangu. Datin Shakirah itu pemilik Golden Leave Financial Private Limited.
"Datin itu proxy Joanna," sampuk Datin Julia. "Semasa bail out bukankah Sahil memberikan 10% saham Hael dalam SMD Holdings?"
"You sold your only share?" Tempik Tan Sri Samad. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya kini. Dia tidak merasa marah kerana hartanya kini kekurangan tetapi kebodohan Sahil dalam membuat keputusan. Dunia Sahil seakan berputar. Baru sekarang dia memahami dirinya sendiri, kebodohannya dalam membuat keputusan. Datuk Jamil dan Datin Julia tersenyum puas hati.
"Kami minta diri dulu. Er Samad, nanti kita jumpa dalam mesyuarat lembaga. Sudah lama aku menginginkan menjadi rakan satu syarikat."
"Joanna mahu menemani Hael, mama," pinta Joanna.
"Dasar tidak malu!" Tengking Tan Sri Samad.
"Kita balik! Daddy tak izinkan."
"Tapi-"
Datuk Jamil tanpa bertolak-ansur membawa Joanna keluar dari bilik itu. Hilang sahaja kelibat mereka,Tan Sri Samad rebah disambut oleh Pakcik Zahar. Doktor Kasim yang berada di situ, dengan pantas mengelui lebih ramai jururawat untuk masuk membantunya.
"Dear,dear!" Panggil Puan Sri Hannah kepanikan. Sahil yang berbalut sana-sini masih tidak boleh bergerak menitiskan airmatanya kerana dia merasakan dia sudah gagal sebagai pewasris SMD Holdings. "Doktor..."
"Jangan risau, mujur Tan Sri collapse di sini. Saya mesti membawa Tan Sri ke wad kecemasan. I will let you know. You need to stay with your son." Dengan kata-kata itu, Tan Sri Samad diusung ke unit kecemasan.
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...