5

133 8 0
                                    

Zaireen berdiri di hadapan tingkap yang menghadap bahagian dapur rumah agam Tan Sri Samad. Dari cermin besar dapur itu dia dapat melihat keadaan mereka makan sambil bergurau-senda. Dia sekilas melihat wajah yang sudah menjadi terlalu asing baginya. Sahil Samad hanya duduk di situ bersama seorang wanita yang begitu cantik di sebelahnya. 'Itu tentu Joanna. Mereka nampak sepadan. Punya lama tak balik kenapalah muka ketat macam tu,' omel Zaireen dalam hatinya. Dia meneguk americano yang dibancuhnya sebentar tadi. 

"Tan Sri masih lagi marahlah tu," tegur Pakcik Zahar berdiri di sebelahnya. Hampir hendak terlepas mug kopi yang dipegangnya.

"Ayah bagi salam dulu boleh. Nyaris tumpah kopi ni."

Pakcik Zahar hanya memberikan jelingan. Zairen membalas jelingan itu dengan gelengan kepala. Dia mengambil seuncang teh perisa Strawberi dan meletakkannya ke dalam cawan tinggi. Dia mencurahkan air yang masih panas ke dalamnya. Harum bau teh itu, diharapkan Zaireen untuk menenangkan kemarahan bapanya. Dia menghulurkan cawan itu kepada ayahnya.

"Apa maksud ayah?"tanya Zaireen sambil menikmati americano nipis tiada gula kegemarannya.

"SMD Electronics UK terjual kepada saingannya 2 minggu sudah."

"What do you mean ayah? Reen tak faham. Terjual? Maksudnya?"

"Tulah, orang suruh ambil business tak nak, pergi ke kolej penerbangan. Dah tak tahu apa yang terjadi di sekeliling."

Zaireen mengeluh.

"Ayah, Reen ni walau taklah jutawan hampir semua negara dalam dunia Reen dah pergi tau. Free je!" Pakcik Zahar malas hendak membalas kata-kata Zaireen itu.

"Tan Sri hilang 30 peratus assetnya. Untuk kita mungkin sikit peratus itu tetapi untuk keluarga ternama seperti Tan Sri, itu bermakna mereka telah kerugian besar."

"Close to bankruptcy?"

"Sahil akan diisytiharkan bankrap kerana saham dia terbanyak di SMD."

Zaireen menggelengkan kepalanya. 'Apa kau bodoh sangat ni Sahil?'

"Dia balik kerana hendak meminta izin bernikah dengan Joanna Tan Sri Jamil."

"Baguslah tu, dengarnya dah dekat 10 tahun bersama. Ke 5,ke 7 ke tak penting?" Zaireen bergurau. "I guess they are practically married."

"Cakap pasal kawin-"

"Ayah, Reen kena keluar sekejap. I need to see Kapten Hardy. Reen nak tanya betul-betul apahal dia masuk meminang Reen tak inform apa-apa kat Reen ni." Zaireen menggunakan alasan itu untuk melarikan dirinya daripada perbincangan hangat yang mungkin menyebabkan ayahnya terus tidak berpuashati dengan keputusannya.

"Ei, Reen-"

Zaireen mengambil tangan kanan Pakcik Zahar dan mengucupkan. 

"Reen balik sebelum tengah malam tau ayah. Reen pergi dulu ya."

"Reen, ei Reen tunggu-"

"Bye ayah!" ucap Zairen bergegas mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah itu dengan segera. Dia memandu terus ke Pavilion. Dalam kereta dia menekan nombor Elana.

"Beb kau dah touch down belum?" Soal Zaireen tanpa sebarang salam.

"Kau rasa? Dah aku angkat fon ni dah mendaratlah."

"Kau we need to talk."

"Yep, kau kena jelaskan banyak benda ni."

"Pavilion?" Ajak Zaireen.

"No...sesak aku nak chill-chill je."

"Habis tu?"

"Starbucks depan kondo aku."

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now