17

162 10 2
                                    

Pagi pertunangan itu setelah Zaireen lengkap bersiap dia melihat wajahnya di cermin. Seperti yang dia impikan solekan ringkas namun sempurna. Rambut tersisir rapi disanggul rendah. Pakaian polos coklat cair baju kebaya arwah ibunya yang belum sempat dipakai. Selendang chiffon dari warna yang sama. Lama dia menatap wajahnya sendiri. 'Not bad Reen,'hatinya tertawa. Dia melirik kepada potret ibunya di meja solek. 'Mak, kalau mak ada bersama, tidaklah Reen merasa kekosongan.'

Lamunannya terhenti ketika pintu biliknya diketuk.

"Reen, ayah ni. Boleh ayah masuk?"

"Masuklah ayah,"jawab Reen sambil mengalihkan kedudukan menghadap ayahnya. Hj Zahar, tersenyum melihat Zaireen yang begitu persis arwah isterinya. Tatapan matanya yang lembut, senyumannya menceriakan setiap ruang. "Kenapa ayah?"

Hj Zahar menghulurkan sekotak baldu kecil.

"Ni apa?"

"Mak dan ayah sebelum mak meninggal pergi ke kedai emas berniat hendak hadiahkan ini untuk Reen. Sempena naik pangkat kepada kapten Zaireen." Zaireen membuka kotak itu dan melihat seutas rantai tangan yang tertera namanya. Reen. Zaireen terasa sebak melihat hadiah itu.

"Mari ayah tolong pakaikan."

Zaireen menyentuh rantai yang begitu cantik di tangannya. Ayah dan mak sudah merestui pekerjaannya.

"Ayah tahu Reen setuju bertunang kerana permintaan ayah. Dan ayah tahu Reen berhenti kerja kerana mahu menjaga ayah." Zaireen memandang wajah ayahnya yang sudah berkaca. "Tapi Reen mak dan ayah tak mahu Reen korbankan minat Reen untuk kami."

Zaireen memeluk ayahnya seketika.

"Sama ada Reen teruskan pertunangan ini dengan perkahwinan ayah serahkan kepada Allah dan hati Reen. Ayah mengerti sekarang, anak ayah dan mak adalah anak yang luar biasa. Tapi ayah harap satu hari Reen faham hati mak dan ayah yang nak tengok Reen punya keluarga sendiri."

"Ayah apa ni? Ayah tak boleh buat Reen menangis. Mahal tau mekap ni,"kata Zaireen cuba bergurau. "Reen faham apa yang ayah cuba buat. HQ tak bagi berhenti, so buat masa sekarang jadi instruktor di maintenance hub."

"Reen tak berhenti?"

Haji Zahar terkejut dengan pengakuan itu. Zaireen menggelengkan kepalanya.

"Reen akan kembali bekerja akhir bulan depan. Happy?"usik Zaireen lagi. Haji Zahar menepuk tangan Reen perlahan.

"Selepas pertunangan ini, ayah bercadang hendak buat umrah dan ziarah. Selepas itu ayah ingat ayah nak letak jawatan."

"Hmm...ok..nanti Reen temankan ayah bila-bila."

"Tan Sri berpesan,Reen boleh terus duduk di rumah ini selama mana yang Reen mahu." Zaireen mengangguk memahami.

Majlis meriah seperti sebuah pesta. Sahil hanya duduk di biliknya ditemani oleh Sam. Hatinya begitu sakit kerana keadaan hidupnya. Menjelang petang semua tetamu beransur pulang. Zaireen yang masih berpakaian bertunang duduk di dapur berehat. Sam masuk membawa dulang yang hidangannya tidak terusik.

"Tahniah Reen. Sorry aku tak dapat nak tengok kau sarung cincin tadi." Zaireen melihat cincin.berlian itu dan menukarkan ke jari tengah.

"You mean this ring?"tanya Reen sambil menunjuk jari tengah yang tersarung cincin tunang. Sam terketawa besar.

"Reen, tak baik tau!"

Zaireen turut ketawa dan meneguk air di tangannya.

"Sahil tak makan dari pagi tadi?"

Sam mengangguk. Zaireen menjeling kepada jam di dinding. Dia menggelengkan kepalanya. Jam menunjukkan jam 5 petang. Ini bermakna Sahil tidak mengambil ubat yang sepatutnya. Dia bangun dan memasak pasta kesukaan Sahil dan membuat salad sedikit. Penuh dulang dengan makanan. Dia meletakkan semangkuk bubur nasi sekiranya Sahil tidak mahu hidangan yang dibuatnya.

"Sam.kau bawak dulang makanan ni ikut aku ke bilik Sahil."

Zaireen mengetuk pintu bilik dan terus masuk tanpa mendengar arahan Sahil.

"Wah, lihat siapa yang masuk ni. Anak orang gaji..."

"Sam, kau letak dulang tu kat situ. Kau keluar sekejap."

Sam meletakkan dulang itu dan terus meninggalkan mereka berdua. Zaireen duduk di sisi Sahil.

"Hei,anak orang gaji-"ucap Sahil dan Zaireen pada masa yang sama mengucapkan kata-kata itu serentak. "Kau-"

"Kau2 apa, hah?"balas Zaireen menuding jari telunjuknya. "Saya nak beritahu awak kira macam nasihatla-"

"Anak orang gaji tak sedar diri."

Zaireen memeluk tubuhnya dan memandang Sahil tajam.

"Eii, anak orang kaya CACAT. Makan pun orang buatkan,mandi pun orang mandikan, pakai baju pun orang pakai..nak pergi bilik air pun berpapah siap pakai adult diapers lagi takut kencing merata. Kau jaga mulut tu."

"ZAIREEN!!!"tempik Sahil. Kata-kata Zaireen meruntun hatinya.

"Tau kau nak membalas ya. Apa perasaan orang bagi kat-kata indah macam tu? Bangga?"

"Aku cakap benda betul."

"Habis kata-kata aku tadi cerita dongeng? Betul kan. Ei, dengar ni yes aku anak orang gaji tapi at least aku boleh berdiri dan berjalan sendiri. Aku nak warning kau...with this attitude you are actually asking someone to punch you in the face."

Sahil menjadi lebih jengkel.

"Memang low class..menghina kekurangan orang."

Zaireen memandang Sahil seperti tidak percaya mendengarkan kata-kata itu. 'Narsistik habis. Dia mengata orang tak salah. Orang bagi balik dia kata aku menghina dia.'

"Ok, saya tak nak buang masa. Awak tolong habiskan bubur nasi tu lepas tu ambik ubat."

"Kau tu boss aku ke?"templak Sahil.

"Ok pasta pun ada."

"Get out!"

"Salad tu pun kegemaran awak."

"Aku tak sukakan kau ingat aku nak makan makanan yang kau buat,huh?"

"Let's make a deal. Awak boleh berjalan menggunakan tongkat atau lebih baik, saya akan putuskan pertunangan ini."

Sahil terpempan.

"Awak dengar tak saya cakap ni? Awak boleh berjalan menggunakan tongkat atau lebih baik perkahwinan ini takkan terjadi."

Sahil mendengus.

"Awak tak percaya?"

"Zaireen kau sukakan aku dari kau kecil. Berkahwin dengan aku bukankah impian kau menjadi kenyataan?"

Zaireen terketawa besar.

"Kau fikir logik sikit. Kau tengok aku, kau cermin diri kau tu sikit."

"Perasan! Kau dengan Johanna ibarat langit dengan bumi. Dari segi latarbelakang, pendidikan dan paras rupa. Berangan hmm?"

Zaireen menghela nafas panjang. 'Begitu hina aku di mata kau yang bodoh.'

"Di mana dia dewi cinta awak tu sekarang? Selain dari saya siapa lagi nak kawin dengan orang cacat macam awak ni?"

Wajah Sahil berubah. Dia mengambil mangkuk di hadapannya dan membaling kepada Zaireen tetapi Zaireen dapat menahan mangkuk itu dengan tangannya lalu jatuh berderai ke lantai. Lengan Zaireen terasa perit kerana bubur nasi yang masih panas. Sahil seakan tersedar yang dia telah mencederakan Zaireen di situ. Zaireen menarik lengan baju dan melihat kesan merah kelihatan. Zaireen meniup lengannya yang terasa perit.

"Buta ke? Tak boleh elak?"bentak Sahil. Zaireen berdiri.

"Saya ke awak yang buta?Saya akan abaikan kerana mental awak begini. Saya takkan lepaskan awak kalau ini terjadi sekali lagi. Saya nak ingatkan awak, jika awak tak mahu menjadi suami saya, awak pastikan yang awak boleh berjalan 6 bulan dari sekarang. Dan mulai hari ini saya takkan buat awak meluat dengan kehadiran saya. Kita tak perlu berjumpa jika tidak perlu. Saya minta diri dulu."

"Ni siapa nak cuci?"

"Auntie Jolie akan handle sekejap lagi."

"Aku nak kau cuci sekarang!"

Zaireen memberi jelingan tajam dan tanpa berlengah pergi dari Sahil Zaireen keluar dari bilik itu. 'Mengarut!'bentak hati Zaireen.

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now