12

108 9 0
                                    

Telefon berdering nama Elana tertera. Zaireen yang baru sahaja selesai menyediakan sarapan keluarga Tan Sri menerima panggilan itu.

"Beb, kau tak jadi berenti kenapa tak update aku?"tanya Elana. Zaireen keluar dari dapur dan duduk di atas buai cantik di bawah pokok tecoma. Musim berbunga habis selaman berwarna merah jambu

"Bukan aku tak nak update aku tak sempat nak update. Banyak benda berlaku serentak kau takkan tahu betapa havocnya hidup aku la ni. Aku habaq hang."

"Kau free tak like 3 pm? We go chill mana2?"

"Nanti aku check my schedule i will let you know."

Elana ketawa di hujung talian.

"Aduhlah FO Zaireen dah tukar profesion pun sibuk gila."

"Kau jangan tak tau. Kat sini aku kuli kalau fly aku boss..banyak beza tu."

"Alright beb, text a.s.a.p."

"You take care!"

"You too, assalamualaikum,"ucap Zaireen menghentikan perbualan. Segala yang berlaku di usia 27 tahun ini sememangnya keterlaluan. Dia klik jadual harian Sahil. Hari itu ada sesi akupuntur Master Lim jam 3 petang. Dia mencongak-congak, Tan Sri memaklumkan kepadanya dia dan Puan Sri ada majlis rasmi di kediaman konsulat Jepun pada malamnya. Dia lantas bangun dan bersedia untuk menyediakan makan petang dan makan malam untuk Sahil. Dia hanya perlu memantau kerana di bawahnya ada dua orang pembantu.

Baru sahaja dia hendak melangkah masuk, Sam berlarian mendapatkannya.

"Apahal ni Sam? Nampak kalut je ni."

"Tuan mengamuk tak mahu akupuntur dia kata dia tak nak kena cucuk."

"Yang kau datang kat aku ni apahal?"

"Reen, takde orang lain dah yang boleh bantah Tuan Sahil." Sam memandangnya meminta simpati. Zaireen menghela nafas panjang. 'Tak habis-habis baran kau ya?Kau tunggu aku datang.'

"Ok, watch and learn. Ikut aku."

Mereka berdua pergi ke bilik Sahil dan melihat Sahil ssdang termenung di pintu kaca menghadap skyline Kuala Lumpur. Zaireen mengetuk pintu dan masuk.

"Ada aku suruh kau masuk?"perli  Sahil. Dia masih tidak mengalihkan pandangannya.

"Saya nak ingatkan temujanji dengan Master Lim jam 3. Awak jangan nak mengamuk bagai."

"Awak?" Sahil beralih ke belakang. "Kau tu orang gaji je kat rumah ni!"

"Heish...awak tu tunang saya minggu depan. Dengan perangai pengecut awak ni tak hairan saya akan jadi isteri awak."

"Perasan! Cermin muka kau tu dulu!"

"Dah, not bad looking saya ni."

Sahil ketawa mengejek.

"Asal awak gelak?"

"Ei, Johanna tu muka macam Miss Malaysia tau. Kau tu muka sinki dapur je,"ejeknya lagi. Zaireen mengangguk.

"Cik Johanna, oh Cik Johanna?"panggil Zaireen sambil menjengah ke sekitar bilik.

"Ei apa yang kau merapu ni?Mana ada Johanna kat sini?!"

"That's my point. Muka sinki dapur ni at least bolehlah bergerak sendiri...tak perlu kerusi roda. Muka macam selebriti tapi cacat awak rasa?"

Sahil memecut kerusi rodanya ke arah Zaireen tetapi Zaireen dapat mengelak dan dia melanggar dinding lalu jatuh berguling  ke lantai.

"Tuan!" Jerit Sam. Zaireen mengarahkan dia untuk tidak bergerak.

"Ouch...sakit tak? Kuat jugak awak langgar dinding tu. Zaireen pergi ke dinding meneliti  wallpapernya terkoyak dan sedikit pecah. Kerusi roda itu rosak tayarnya bengkok dan Sahil yang berguling tadi masih di lantai. Lengannya sedikit luka dan pipinya tercalar. Sahil mengaduh kesakitan. Zaireen pergi kepada Sahil tanpa ada wajah simpati dan membongkok.

"Hei, orang gaji tak nampak ke aku luka ni?"

"Ohh....saya tak buta lagi. Awak yang pecut terus ke dinding kenapa? Bukan saya yang tolak. Dah rasa nak meninggal awal then awak settle la sendiri,"kata Zaireen sambil berdiri.

"Sam!"tempik Sahil. Sam hendak bergerak tapi dijeling Zaireen. "Aku boss kau bukan pompuan ni!"

"Tan Sri mengarahkan jika ada pertelingkahan saya mesti mengikut arahan Zaireen,"kata Sam serba-salah.

Sahil merasa begitu terhina terguling di lantai dan cedera begini tidak dibantu dengan segera. Dia mengaduh kesakitan.

"Apa yang awak nak sebenarnya Zaireen?"tanya Sahil dalam kepayahan. Dalam hati Zaireen sedikit simpati tapi Sahil mesti dilayan begini untuk dia berusaha menyembuhkan dirinya sendiri.

"Wow, awak ingat nama saya?" Balas Zaireen kecil. "Sesi Master Lim stays. Lepas tu jangan lupa makan dan makan ubat on time segala pergerakan dipantau. Malam nanti ada Pak Din datang mengurut saraf. You have to be here and accept those treatments. Bukan itu saja..setiap hari selama 6 bulan ini awak tidak dibenarkan skip apa pun."

Sahil mengangguk tanda setuju.

"Awak faham tak ni?"

"I UNDERSTAND YOU BITCH!" jerit Sahil. Zaireen mengangguk. Tiada respon marah atau terasa kerana kata-kata itu.

"Well, baguslah kita sepasang. You're a total jackass anyway."

"Bee-"

"Ah, ah, ah" Zaireen menghentikan perkataan itu. "You don't make my blood go upstairs you know. You no like. I warranty you!"

Sam menutup mulutnya yang hendak ketawa. Zaireen mengisyarakatkan Sam untuk membantu Sahil. Zaireen menekan interkom memanggil dua orang lagi pembantu ke bilik itu.

"So, Tuan Sahil saya hendak bagi last warning jangan buat perangai bukan-bukan. Sebab antara kau dan aku, kau di pihak yang lemah. Saya nak keluar dan saya nak tengok semua yang dirancang mesti berjalan lancar. You skip one meal and meds saya tolak awak dalam swimming pool." Zaireen dengan wajah yang serius memberi amaran. "Sam Dr Wan sampai sat lagi. Suruh dia tengok luka Tuan Sahil."

"Kau nak ke mana?"tegur Sahil yang baru sahaja diangkat ke katil.

"Bukan hal awak." Zaireen keluar dari bilik itu. Dadanya terasa sesak. Sampai bila.dia mesti menjadi wanita kejam di hadapan Sahil.

"

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now