'Zaireen kau tunggu, kau cabar aku ya. Ini Sahil. Kau takkan menang!Itu janji aku',kata hati Sahil dengan penuh dendam. Dia memandang Zaireen sampai hilang kelibatnya di pintu. Sam yang baru sahaja membetulkan kedudukan Sahil di katil terkejut apabila Sahil menamparnya. Sam yang masih terpana memegang pipinya yang sakit.
"Kau jangan nak berlagak sangat. Aku nak kau ingat kau tu pembantu aku bukan balaci si Zaireen. Faham!" Sam hanya menundukkan dirinya. Kalau tak sabar mahu sahaja dia membelasah balik Sahil bongkak ini. Tapi dia kenal Sahil dengan pekerja selalunya bertimbangrasa.
Elana yang cantik menanti Zaireen di Coffee Bean sambil melihat Ipadnya. Zaireen yang berseluar panjang berkemeja biru berkacamata hitam besar menghampirinya. Dari jauh dia sudah tersenyum melihat Zaireen menghampirinya. Zaireen duduk di hadapan Elana. Kopi yang dipesan baru sahaja dibeli oleh Elana menanti Zaireen.
"Yang kau tengok aku tersengih macam ada makna tu kenapa?"tegur Zaireen meletakkan kacamata gelapnya ke atas kepala. Rambutnya yang separas bahu sentiasa ditocang satu atau disanggul.
"Kau ni unik tau. Pakai macam ni nampak handsome, pakai dress nampak cantik."
"Eii kau jangan macam-macam. Geli!"
Elana ketawa besar.
"Aku masih berada di landasan yang benar. I like men,"ujarnya masih ketawa. "Walaupun kau segak aku nampak rupa kau macam letih je."
"Bukan letih dah..nak mampus dah aku rasa ni. Mental koyak, badan penat, emosi tercabar."
"Uih vocab. Macam penulis novel."
"Aku deal dengan Sahil paling-paling mencabarlah. Apa yang aku suka pasal dia dulu pun aku tak tau.Ego gila tak sedar diri tu OKU."
"Oh, aku baca pasal accident dia dalam akhbar."
"Oh...aku tak quit since James is giving me 3 months no pay leave and aku balik bekerja jadi instructor."
"Melbourne branch?"
"No, Subang. Maintenance training."
"Ohh, kau reject Hardy ek?"
"Not my type. What to do." Ringkas saja jawapan Zaireen. "Kau datang minggu depan hari Sabtu. Aku bertunang."
"What?!!Biar benar beb."
"Benarlah. Ini plan ayah aku team dengan Tan Sri."
"Habis kau ikut je?"
"Aku letak syarat 6 bulan."
"Serius ah."
"Aku cakap dengan Sahil if he doesn't get better aku akan jadi isteri dia."
"Sahil setuju?"
"Dia nye mengamuk next level ok?"
"Kau buat syarat tu supaya dia lekas sembuh ek?"
"Ek. Sebab hanya Johanna dalam hatinya. So aku pikir kalau dia boleh baik dalam 80% chances are Johanna and him can be together."
Elana menepuk tangannya 3 4 kali.
"My best friend is an angel...."
"Banyak ah angel kau,"bantah Zaireen menikmati kopinya.
"Kalau dia tak baik jugak?"
"Aku sebenarnya tak pikir lagi sampai situ sebab aku pasti Sahil boleh baik. Doktor dah yang terbaik sekarang ni kesihatan mental dan emosinya yang menghalang perkembangan."
Elana mengangguk. Dia mengangkat cawan kopinya.
"To soon to be ex-Sahil Samad."
Ucapan itu disambut oleh Zaireen dengan kopinya.
"May the wedding never happen. Amin yra,"sambut Zaireen.
Telefon Zaireen berbunyi. Nama Sam tertera di situ. Zaireen mengeluh. Dia baru sahaja hendak melepas stress timbul.isu baru.
"Siapa tu?"
"Sam. Assistant Sahil. Sat aku angkat call."
"Sam-"
"Kau balik sekarang!"jeritan Sahil di hujung talian kedengaran ke telinga Elana. Elana terkejut kerana jeritan itu seperti orang gila. Zaireen memandang Elana dan menunjukkan kepada telefon yang dipegangnya. Dia menekan butang end call.
"Beb, kau biar real. Macam tak siuman je aku dengar tu."
"That's why. Tapi ini Zaireen. Dia ni memekak je pandai, aku tahu handle no hal. Kau jangan bimbang."
Telefon berdering lagi. Zaireen menerima panggilan itu.
"You ungrateful bitch! You come home now!"jeritan Sahil semakin kuat. Elana terpaku melihat betapa tenangnya Zaireen di hadapannya.
"Nombor yang anda dail di luar kawasan. Sila cuba sekali lagi. Toot toot toot." Dia mematikan panggilan itu. Elana dan Zaireen ketawa besar.
"Kau serius tak apa-apa ni?"
"I am ok.Jazz Bridal kul 4 esok aku dah reserve baju untuk kau. Jangan lupa ambik."
"Kau tak tanya aku pun nak pesen apa aku nak."
"Tak perlu, I know you would like it. I have to go. Sat lagi Sahil jadi gorilla kat rumah tu."
"Ok, see you saturday.InsyaAllah."
Mereka berpelukan sebentar mengucapkan selamat berjumpa lagi.
Zaireen menelefon Sam nombor personal.
"Apahal bos kau tu?"tanya Zaireen.
"Dia nak makan bubur nasi. Assistant kau buat tak kena dia mengamuk." Zaireen menghela bafas panjang.
"Mengarut apa. Bubur bukan dalam menu hari ni."
"Kau baliklah aku rasa sesak nafas ni tengok dia ni menggila."
"Kau kat mana ni?'
"Dapur dia nak kopi."
"Davidoff merah, 2 sugar cubes guna mug favourite dia. Temp air 80°C ada termometer kat dalam laci. Aku on the way balik ni. You hang on ok?"
"Baik, Reen. Hati2 balik."
"Bye!" Zaireen mematikan panggilan dan naik ke motor besarnya. "Kurang ajar betul mamat ni. Kau tunggulah..."omel Zaireen sendiri.
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...