3

174 11 2
                                    

Zaireen bangun pagi itu dengan azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Dia membuka tingkapnya dan menarik nafas panjang. "Ah,segarnya udara pagi-pagi gelap begini,"bisik Zaireen kepada dirinya sendiri. Dia ada tugas besar hati ini, kepulangan Tuan Sahil dan tunangannya. "Aku cuma berharap si Sahil itu bukan lagi jahil! Dan....dia akan lupakan aku pernah mengidolakan dia...dan...dia takkan lagi menggelarkan aku perigi cari timba," bicaranya sendiri. Jam penggeranya berbunyi tepat jam 4.30 pagi.

Keadaan agak sibuk di seluruh rumah agam kerana Tuan Sahil hendak pulang setelah sepuluh tahun menjalani hidup di negara orang.

"Auntie Jolie," panggil Puan Sri yang turut sibuk mengarah itu ini pagi itu.

"Level 2 siap, Puan Sri."

"Kak Mah?"

"Ya Puan Sri semua tip top!"

"Reen?"

"Jamuan makan tengahari istimewa untuk 20 jemputan, bahan-bahan nak masak  sudah ada dan sedang dimasak."

"Alhamdulillah! Baik boleh sambung kerja. Kak Mah jom ikut saya ke pasar saya nak beli bunga kegemaran Sahil."

"Puan Sri ada di belakang, taukeh Mei baru hantar."

"Aduhai punya kalut saya lupa saya dah order. Baik! Mari Kak Mah kita susun bunga." Dengan pantas Mak Mah membontoti Puan Sri ke dapur belakang.

"Reen tak ingat pulak Tuan Sahil minat bunga," kata Zaireen tiba-tiba. Mereka di dapur semua terketawa. "Lah, kenapa ketawa? Reen salah ke?" Tanya Zaireen menggaru kepalanya.

"Sebenarnya Puan Sri saja yang menganggap begitu,"balas Auntie Jolie Zaireen berasa lagi keliru.  "Hari tu Tuan Sahil hantar bunga hari ibu, mawar merah samar."

"Jadi, dari situ Puan Sri fikir itu bunga kegemaran Tuan Sahil"

"Ya!" Jawab mereka beramai-ramai bergema satu dapur. Zaireen mengambil nafas panjang. 'Bukan standard ke pink roses tu untuk hari ibu?'desis hatinya. 'Orang kaya ni memang pelik,'katanya dalam hati lagi.

Pengumuman untuk mendarat didengarkan di pesawat, Sahil menghela nafas panjang. Kabin kelas perniagaan itu sibuk mengemas barang masing-masing ke dalam beg mereka seperti komputer riba dan sebagainya. Joanna menyentuh tangan Sahil, lelaki berkulit cerah, berperawakan menarik di sebelahnya.

"You ni I tengok gelisah dari awal flight. Kenapa sayang,hmm?"soal Joanna, wanita muda kacukan Melayu-Pakistan, teman istimewa Sahil.

"I balik ni, kerana I bankrapkan company papa. I balik dengan kegagalan. Takkan you tak kenal perangai Papa."

"Kalau itu sebabnya, you tak patut rasa bersalah sangat. Nama pun pelaburan. Ramalan saham itu 99% tepat. Bukan I saja yang predict, other people pun bersetuju dengan I."

Sahil mengeluh. Ya 99% peluang untuk berjaya sepatutnya tiada masalah besar untuk berjaya, tapi dia belajar dari pengalaman untuk tidak melekehkan peluang untuk gagal walaupun 1 peratus.

"Hael,"panggil Joanna sambil mengalih wajah Sahil kepadanya. "Walau apapun, I janji I akan berada di sebelah you. Macam sekejap nanti, biarpun Papa you bencikan I, I akan tetap pergi ke rumah you."

"You yakin ke Papa takkan naik baran nanti?"tanya Sahil mengusik.

"Bukan itu yang patut you tanya."

"Habis tu?"

"You patut tanya, adakah I yakin I boleh menghadapi papa you selepas krisis ini."

Sahil tersenyum.

"Apa jawapannya?"soal Sahil kembali.

"Ini Joanna Datuk Jamil. Anak sulung Datuk Jamil CEO Smart Investment Bhd. I yakin dapat melembutkan hati papa you."

"Good luck...I dah give up nak bertoleransi dengan Papa. I balik ni pun sebab I rasa bersalah kerana SMD Electronics bungkus-gulung tikar,"balas Sahil mengangkat kedua tangannya ke atas tanda menyerah.

Tengahari itu, seluruh keluarga Tan Sri bekumpul bagi mnyambut kepulangan Sahil. Bahagian Zaireen siap semuanya dan dia telah mengarahkan orang bawahannya untuk menyediakan jamuan. Dia mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Sahil atau Jahil, itu semua dia tidak kisah. Kenangan itu sedikit sebanyak mencalar hatinya. Sejak itulah dia belajar untuk berhati-hati dalam soal perasaan. Tetapi kerana Sahil dia bangkit menjadi seorang wanita muda yang berani dan tahu apa yang dia mahukan.

Zaireen masuk ke rumah pekerja yang sudah seperti rumahnya sendiri kerana sudah berbalas tahun keluarganya tumpang berteduh. Tan Sri Samad dan isterinya memberikan kebebasan sepenuhnya bagaimana Pakcik Zahar dan Makcik Suri menghiasinya. Warna coklat cair dan putih siap dengan wainscoting beserta wangian bilik yang berbau segar lemon dan mawar menenangkan sesiapa sahaja yang melangkah masuk. Sedari subuh dia bekerja membuatkan satu tubuhnya sengal. 'Ah, begini agaknya mak sakit-sakit badan selepas seharian bekerja di dapur,'bisik hatinya sambil menggeliat semahunya. Biarpun sebagai ketua chef di rumah agam itu, maknya tidak pernah membiarkan pembantu-pembantu dapur bekerja tanpa seliaanya. Dia memandang foto ibunya bertopi tinggi di sebelah chef terkenal negara. Kerana cintanya kepada ayahnya dia sanggup menjadi personal chef di kediaman ini.

"Mak, orang tak tahu akan ingat mak hanya tukang masak biasa tetapi tak ramai yang tahu mak ialah chef terlatih,"ucap Zaireen memegang bingkai gambar sebesar A4 yang sentiasa berada di meja konsol di tepi pintu masuk. Bukan gambar itu sahaja. Semua gambar keluarga kecil mereka semua diletakkan di situ. Matanya terlekat foto keluarga di hari dia bergraduasi sebagai seorang juruterbang. Mak ayahnya kelihatan begitu gembira masa itu. Lamunannya terhenti dengan deringan telefon bimbitnya. Dia menjeling telefon yang berada di belakangnya.

"Haiya, Hardi leave me alone!"tempik Zaireen sendiri. Tetapi telefon itu masih berdering. "Hiiiiii!"jerit Zaireen sambil menghentak kakinya. Dengan penuh rasa geram dia menerima panggilan itu.

"FO Reen, aku dengar kau beri notis 24 jam."

"Betul."

"Reen kau sedar tak apa yang kau buat ni?"tanya Hardi.

"Mestilah. Aku tak hilang akal lagi."

"Reen lagi 2 bulan aku akan naik ke SFO lepas tu kapten."

"So?"

"So kau kata. Bukan ramai yang ditawarkan jawatan tu. Kau layak-"

"Kapten Hardi, pangkat tak bererti apa pun bagi aku. Keluarga lebih penting,"sampuk Zaireen.

"Let's meet. Aku tak boleh nak terima peletakan jawatan kau ni."

"No need. Nothing will change my mind. Goodbye!"balas Zaireen terus meletak telefon.

"Ap...Reen..Reen..What the- kau hang up on me Reen? Aku ketua kau!" Getus Kapten Hardi. Dia melihat telefon bimbitnya dengan rasa tidak puas hati.

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now