4

152 8 0
                                    

Pakcik Zahar dan Tan Sri Samad balik ke kediamn tepat waktunya. Adik Tan Sri Samad, Hj Samsul dan keluarganya juga berada di situ. Meriah sungguh suasana di situ.

"Abang dah balik. Pergilah mandi Hannah dah siapkan baju. Bukan ke petang nanti Abang ada golf meeting?"

"Baik dear. Abang pergi sekarang. Sham, kau duduk sekejap aku nak tukar baju,"kata Tan Sri Samad. Hj Samsul hanya mengangkat tangan tanda dia faham.

"Err, Tan Sri -"tegur Pakcik Zahar.

"Kau boleh habis kerja awal hari ni Zahar."

"Terima kasih Tan sri. Kalau macam tu saya pulang dulu."

Zaireen sedang memasak sup makaroni untuk mereka berdua hari itu. Fikirannya melayang kepada kejadian itu.

"Ei, Zaireen, kau tu sekolah menengah lagi yang menggatal dengan aku ni...apa kau tak malu?"ejek Sahil. Zaireen yang sedang memegang hadiah harijadi termangu mendengarkan bicara lelaki yang baginya segak dan bijak di matanya.

"Menggatal? Tapi-ini hadiah harijadi,"balas Zaireen teragak-agak. Sahil ketawa dengan kuat.

"Hei perigi, baru 15 tahun kan? Carilah ilmu tu dulu. Ini tak pernah menjejakkan kaki ke dunia luar sibuk kejar lelaki!"

"Perigi? Kejar? Zaireen ikhlas bagi Tuan Sahil hadiah harijadi ni."Zaireen masih lagi cuba menghulurkan kotak ungu berhias riben besar di dalamnya sebuah jam G-shock yang berharga 450 ringgit yang merupakan wang simpanannya dari wang saku yang diberikan oleh ibunya dan juga gaji dropshipping yang dibuatnya.

Sahil meyentap hadiah itu dari tangan Zaireen lalu membukanya. Ada seekor anak patung beruang berwarna koko yang comel berkacamata dan bertali leher kupu-kupu. Dia mengeluarkan jam itu dan membeleknya. Dia menggetus.

"Ni asli ke Lazada ke ni?"

"Reen kumpul duit beli ni, Tuan Sahil. Yang asli,tengok resit tu."

Sahil memgeluarkan anak patung itu dan memeriksanya. Selepas itu dia membuang anak patung itu ke muka Zaireen.

"Hei, kau ingat aku apa teddy bear teddy bear ni? Kalau miskin buat cara miskin. Jangan ganggu hidup aku boleh."

Zaireen sangat kecewa dengan sikap Sahil dan selepas sebulan kejadian itu, Zaireen menerima tawaran ke asrama penuh yang jauh dari Kuala Lumpur. Sahil pula menyambung pelajaran dan terus menerajui syarikat Tan Sri di London. Dicongak-congak lebih sepuluh tahun dia tidak mengambil peduli tentang Sahil. Lelaki itu mengguris hatinya. Parut luka itulah yang membuatnya kental untuk mencari ilmu jauh dari keluarga kaya itu.

"Reen masak apa tu, wangi baunya." Pertanyaan ayahnya membawanya kembali ke realiti.

"Sup makaroni ayah. Cepat ayah balik hari ni?"balas Zaireen membawa dua mangkuk makanan ke meja makan.

Tuan Sahil dah sampai jadi mereka semua akan berkumpul. Tan Sri memberi pelepasan awal kepada ayah." Dia duduk.di meja makan kecil yang cukup untuk 4 orang. "Reen tak perlu ada di sana ke?'

"Puan Sri pun beri rehat kepada Reen. Lagipun semua makanan dah siap. Tiada yang perlu dimasak lagi.

"Senyap je rumah sebelah. Makcik-makcik Reen pergi mana?"

Zaireen ketawa.

"Hari ni katanya Auntie Jolie nak kena pergi cabut gigi tapi dia takut...Mak Mah kena temankan. Since, Puan Sri kata dia dan staf-staf bawahan lain ada. Jadi Auntie Jolie dan Mak Mah bolehlah ke klinik gigi."

Pakcik Zahar menggelengkan kepalanya.

"Dah tua-tua penakut lagi nak cabut gigi,"kata Pakcik Zahar sambil menyuap makanan.  "Oh,ya. Pak Ngah telefon katanya ada orang bertanyakan Reen."

"Hah?Tanya Reen apahal? Kita balik last raya kot. Ada orang sakit ke?"

"Kamu tu yang sakit. Ayah kata diaorang tanyakan kamu."

"Sejak bila pulak Reen sakit. Reen elok je ni!"

Pakcik Zahar mengambil sebatang sudu yang lain dan mengetuk dahi Zaireen.

"Adoi! Ayah ni kenapa?!"jerit Zaireen mengusap dahinya.

"Kamu tu, pilot bagai tapi bengong."

"Ayah! Ni dah la ketuk Reen dengan sudu ni kata Reen bengong?"

"Yalah. Tak reti-reti! Pak Ngah kata ada orang berminat nak meminang kamu!"

"Cakap biar terang! Ayah ni pun. Ayah tahu jawapan Reen. Tolak je lah!"

"Ni ayah nak tanya. Kamu kenal tak Kapten Hardi?"

"Awat tak kenal. Ketua Reen tu. Selalu Reen bertugas dengan dia. Oit,ni kenapa tiba-tiba ada nama dia ni?"

"Pak Ngah cakap keluarganya datang pagi tadi."

'Adakah kerana itu dia menelefon banyak kali?'soalnya dalam hati. 'Tapi bukan dia marah pasal aku nak berhenti?'

"Mengelamunlah tu. Ayah tak tolak lagi takut kamu pun sukakan kapten tu!"

Tersembur keluar semua makanan dalam mulut Zaireen singgah di wajah ayahnya.

"Sorry sorry!" Cepat Zaireen mengesat wajah ayahnya yang penuh dengan sup. Pakcik Zahar hanya merenung Zaireen menahan marah. "Ayah, dia tu dah dekat 40! Duda anak satu! Reen dah nekad tak mau kawin sampai bila-bila."

Pakcik Zahar menepuk meja dan pergi meninggalkan Zaireen sendirian. Hatinya cukup sedih mendengarkan pengakuan itu. Dia mesti membuat sesuatu. Zaireen mesti menikah. Dia tidak mahu bila dia pergi Zaireen tiada teman mengadu.

"Ayah, ayah marah ke?"panggil Zaireen seperti memujuk. Tanpa menjawab apa-apa Pakcik Zahar masuk ke biliknya. Zaireen menghela nafas panjang. Dia tahu  isu ini sudah lama diperbincangkan dan jawapan Zaireen tetap sama. Semasa ibunya ada, dia ada penyokong dan kini... Hatinya tidak senang  melihat reaksi hebat daripada ayahnya. Biarpun itu ada reaksi kebiasaan ketika isu ini dibangkitkan. Pakcik Zahar duduk di katil termangu sendirian. 'Su, melampau sangat ke niat saya ni?'soalnya sendiri. Dia menghela nafasnya panjang-panjang. Hatinya begitu takut sekiranya dia tiada, Zaireen tiada keluarga sendiri,hilang kasih sayang sebuah keluarga.

Keluarga besar Tan Sri Samad berkumpul di rumah agam itu. Sahil berpimpin tangan dengan Joanna masuk ke rumah. Puan Sri Hannah dan keluarga pakcik sebelah ayahnya turut berada di situ. Rumah itu sedikit asing kerana terlalu lama meninggalkannya.  Tan Sri Samad sedikit pun tidak terkejut melihat Joanna di situ. Setiap kali perjumpaan keluarga di mana sahaja dalam dunia Joanna akan sentiasa bersama. Meriah keadaan di ruang tamu tetapi Tan Sri Samad duduk di sofanya tanpa menyertai sesi beramah mesra.

"Papa," tegur  Joanna menghampirinya. "Ini Anna belikan untuk Papa, jam yang Papa suka." Dia menghulurkan kotak itu kepada Tan Sri Samad. Puan Sri Hannah yang elok berbual sedikit dengan Sahil melihat wajah yang tiada manis suaminya. Dia memandang semula kepada Sahil.

"Hael, tak elok Joanna menegur papa begitu. Kamu tahu perasaan Papa yang tidak sukakan Joanna bukan?"

"Hael tahu Anna pun tahu. Tapi ma, Hael balik pun kerana Hael nak berkahwin dengan Joanna."

Puan Sri Hannah merenung anak sulungnya dan dia menggelengkan kepalanya. 'This is bad,'desis hatinya.

"Papa, Anna tahu Papa tak sukakan keluarga Anna tapi Anna betul-betul sayangkan Hael."

Tan Sri Samad meletakkan tabletnya ke meja sisi lalu berrdiri.

"Kamu ni nama saja anak orang kenamaan tapi tiada adab. Apatah lagi ilmu agama. Jalan berpimpin masuk walau bukan suami isteri. Datang pula tidak dijemput. Setiap kali kami berkumpul ada sahaja kamu," tegas Tan Sri Samad.

"Pa!"

"What?"

"Joanna is going to be my wife."

"Pa," panggil Joanna.

"Stop calling me Papa. Kamu tu orang asing di sini!"

"Makanan dah siap nanti sejuk pula, mari." Puan Sri Hannah memberi isyarat kepada  Haji Shamsul untuk masuk campur.

"Betul tu. Mereka baru sampai ni dah tentu penat. Eloklah kita makan dulu," kata Hj Shamsul menepuk-nepuk sedikit di belakang Tan Sri Samad. "Abang, kita nanti lambat nak ke kelab golf." Tan Sri Samad terus ke ruang makan kerana dia tidak mampu hendak berdiri di situ tanpa bersuara. Hatinya terlalu geram dengan anak lelaki tunggal pewaris rumah itu.

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now