Berita perletakan jawatan tiba di telinga Kapten Hardi yang baru sahaja pulang dari penerbangan antarabangsa. Dia bergegas ke ibupejabat untuk pengesahan perkara itu.
"Is this true?"tanya Kapten Hardi kepada pentadbir yang bertugas.
"What true?"tanya Marsha gadis berwajah manis yang mengagihkan tugasan dari juruterbang hinggalah ke krew penerbangan. Dia memandang tepat ke ke wajah Kapten Hardi. "Ah...FO Zaireen's resignation? Ya, betul. 24 hours notice."
"Tapi kenapa?"tanya Kapten Hardi lagi. Marsha menghela nafas panjang.
"Kapten, you kan best friend dia. Call sajalah. I banyak lagi kerja ni!"bebel Marsya. Kapten Hardi menepuk meja dengan kuat. Terangkat bahu gadis hitam manis Marsya.
"Masalahnya dia tak angkat!"
"Nah nombor next of kin dia. Encik Zahar..er..FO ZaiReen's father." Dia menghulurkan sekeping kertas kepada Kapten Hardi yang sedang kebengangan. Marsha menjadi serba-salah kerana semua yang ada di situ sedang menonton drama sebabak. "Jangan hantam hantam meja I boleh. You hampir bagi I sakit jantung." Kapten Hardi mengambil kertas itu terus berlalu."Aduilah gugur jantung I yang lawa ni tau!"kata Marsha sambil menjeling kepada yang memandangnya.
Di pejabat Tan Sri Samad, petang itu keadaan gak tenang tak macam selalunya. Dia mengajak Pakcik Zahar minum kopi dengannya.
"Kau tau, Sahil aku pindahkan ke KL berkuatkuasa hari ni."
"Tuan Muda mesti mengamuk nanti,"balas Pakcik Zahar.
"Zahar kita kawan dah lama. Kau jujur dengan aku. Sahil tu boleh diubah ke tidak?"
"Saya tak faham, nak diubah apa? Saya tengok Tuan Sahil tu cukup sempurna. Handsome, tinggi, berpelajaran, bijak."
"Bijak ke hape nya!"bentak Tan Sri Samad. "Kau tau tak stok saham Europe branch merudum! Semua gara-gara terima nasihat Joanna."
"Nampaknya Tuan Sahil masih kuat ikatannya dengan Cik Joanna."
"Dia sengaja nak bagi aku marah kau tau tak? Dia tahu aku tak suka bapak si Joanna tu." Pakcik Zahar sangat memahami kenapa Tan Sri Samad begitu membenci Datuk Jamil. Kerana orang itulah dirinya pernah difitnah menggubal wang haram. Kerana orang itulah banyak mengambil projek-projek mega darinya dengan taktik-taktik yang kotor.
"Saya faham Tan Sri , tapi bab perasaan ni kita mana tau. Mungkin Tuan Sahil memang benar-benar serius dengan cik Joanna." Tan Sri Samad memberikan pandangan tajam kepada Pakcik Zahar dan Pakcik Zahar mengambil jalan berdiam diri lebih baik.
Telefon Zaireen berdering berkali-kali. Zaireen Yang sibuk di dapur menyediakan barang untuk memasak menjeling sahaja kepada telefonnya di atas kaunter. Dia mendiamkan terus deringan biarpun itu adalah daripada Hardi. Dia dapat agak yang Kapten Hardi tentu tidak mengizinkan dia berhenti kerja.
"Reen, angkatlah panggilan tu mana tau penting," tegur Mak Mah sambil membasuh pinggan.
"Tak penting pun," jawab Zaireen pendek. 'Aku hendak menjaga ayah. Itu lebih penting,'desis hatinya.
"Hari ni Puan Sri request ayam golek pengantin ya," kata Auntie Jolie yang baru sahaja menyelia aktiviti mengemas di rumah agam itu.
"Uih ada pengantin nak datang?" Tanya Reen tersenyum.
"Reen, your crush nak balik," jawab Auntie Jolie. Zaireen terdiam.
"Crush?" Tanya Zaireen kepada Auntie Jolie. Auntie Jolie dan Kak Mah saling berpandangan sambil menguntum senyuman. 'Siapa,?'soal Zaireen sendiri. Dan fikirannya tiba-tiba melayang sedekad yang lalu ketika dia di Tingkatan tiga. Zaireen mengeluarkan keluhan yang berat.
"Tuan muda, hari ini harijadi tuan muda Reen buat sendiri kad harijadi ni. Dan teddy bear comel ni Reen beli dengan duit sendiri ni tau. Selamat harijadi!"ucap Zaireen ceria sambil menghulurkan hadiah dan kad ucapan. Sahil yang agak terkejut dengan pemberian Zaireen hanya memandangnya. Benarlah telahannya. Si gadis remaja anak pemandu di rumah agam itu menyukainya.
"Oh...what a nice surprise! Aku boleh terima tapi dengan syarat-"
"Syarat apa?"
"Syaratnya, kau jawab soalan-soalan aku ini dengan ikhlas."
"Boleh! Teruskan!"
"Kau sukakan aku?" Soal Sahil tanpa berselindung. Zaireen kaget. "Jawablah. Nak aku terima ke tidak?" Usik Sahil sambil tidak melepaskan pandangannya kepada gadis berkulit sawo matang di hadapannya. Zaireen mengambil beberapa saat untuk bersuara.
"Ya saya meminati Tuan Sahil."
"Minat tu minat macam idola atau berimpian mahu menjadi teman istimewa?"
"Err..pada saya Tuan seorang bijak, segak, bergaya-"
Sahil tersenyum manis sambil menggelengkan kepalanya. Untuk seorang remaja 15 tahun cuba mencurahkan perasaan kepada jejaka 20 tahun. Baginya sesuatu yang kelakar.
"Reen, aku tengok kau membesar di rumah ini. Dan tentang ini parents kau tak pernah ajar ke? Perigi cari timba. Kau perigi aku timba." Zaireen terpempan. Dia tahu pepatah itu tapi kini, tuan muda rumah agam itu melontarkan kata-kata itu kepadanya. "Ei, kau tu sedarlah sikit. Mak kau tukang masak dan ayah kau tu drebar parents aku. Kau tak malu ke nak suka-suka aku macam ni? Kau tu tak setaraf. Aku tak rasa Papa akan membiarkan anak pemandu mempunyai impian hendak duduk sama rendah berdiri sama tinggi?" Dengan itu Sahil merampas hadiah dan kad ucapan itu dan membuangnya ke dalam kolam mandi. Airmata Zaireen jatuh satu persatu dihina sebegitu rupa. "Oh ya, kita takkan berjumpa selepas ini kerana aku akan sambung belajar di UK dan err..lupakan sahaja diri aku ni. Ingat kau anak orang gaji je di rumah ini." Zaireen hanya memerhatikan teddy bear yang mahal baginya dilempar begitu sahaja. 'Aku takkan lupakan penghinaan ini Sahil,aku takkan maafkan!'Hati Zaireen merintih. Dia terjun ke kolam itu mengambil semula teddy bear dan kad ucapan yang sudah hancur.
"Haiya! I was 15. Innocent lagi tau tak," jawab Zaireen kepada Auntie Jolie menjeling ke atas.
"Betul ke ni. Lama dah dia tak balik kan? 10 tahun ke lebih,aku tak pasti," bicara Mak Mah.
"Orang kaya Kak Mah. Setiap raya selama ini mereka semua berhari raya di luar negara. Anak seorang kan?" Sambung Auntie Jolie.Zaireen mencebik.
"Udah, Reen banyak lagi nak buat ni. Panggilkan Jiji dan Daud datang. Nanti takut tak siap ayam golek pengantin tu."
"Reen tak nak tau ke Tuan Sahil dah kawin ke belum?"
'I got the feeling you gonna tell me anyway!'bisik hati Zaireen sambil memandang dua orang makcik di hadapannya.
"Jawab dia soon to be married!" Ucap Auntie Jolie. Zaireen memakai apron dan berlalu ke peti ais meninggalkan mereka berdua tanpa balasan. 'I don't give a s%"t,'desis hati Zaireen.
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...