15

160 10 3
                                    

Puan Sri yang baru saja pulang dari menemani Tan Sri di Jakarta hanya duduk mendengarkan cerita Sam apa yang telah berlaku. Dia termenung seketika. Apa yang akan terjadi jika Sahil benar-benar tidak dapat dipulihkan seperti dulu. Dia mengurut dahinya lembut.

Zaireen menghampirinya dan meletakkan koko panas tiada bergula di hadapan Puan Sri.

"Reen, mama rasa macam mama menganiayai Reen kalau Reen berkahwin dengan Sahil. He's too broken."

Zaireen memegang tangan Puan Sri lembut.

"Doktor kata Tuan Sahil boleh pulih. Puan Sri bagi masa 6 bulan. Reen percaya hari pernikahan itu,Tuan Sahil akan pulih."

"How can you be so sure?"

"Sekarang ini masalah besar tuan Sahil ialah psikologi dirinya. Doktor bagitahu, dia boleh pulih tapi dia mesti kuat melawan perasaannya sendiri."

"What do you have in mind?"

"Nothing." Zaireen menjawab dan ketawa kecil. "Yang pasti apa saja yang terjadi selepas ini Reen nak Puan Sri percaya pada Reen."

"Mama takut yang lebih terluka ialah Reen."

"Apa yang Puan sri-"

"Berapa kali nak bagitau. Panggil I mama!"

Zaireen tersenyum.

"Baik...mama. Reen ni kental mama. Kalau tak tak jadi pilot." Zaireen cuba berbunyi ceria. Puan Sri sudah boleh tersenyum. "Reen dah siapkan makan malam. Reen balik ke rumah dulu."

"Ok, Reen rehatlah. Nanti mama akan temankan Sahil makan." Zaireen mengangguk dan berlalu dari situ. Sampai di rumah dia mendail.nombor Edward.

"Eddie esok kita bawa tuan Sahil ke Physio centre."

"Baik Reen."

"Ada nombor Johanna tak? Send it to me."

"Ok." Panggilan dimatikan. Dia melihat nombor yang diberi dan dia terus mendail nombor itu.

"Cik Johanna, Zaireen here."

"Zaireen who?"

"Tunang Tuan Sahil." Johanna terdiam seketika.

"Apa yang kau nak?"

"You nak jumpa tuan Sahil?"

"Bolehkah? Kawalan terlalu ketat di pihak I."

"Damansara Physio centre jam 9 pagi esok. We need to talk. I akan share location tempat itu sekarang. Jangan drive ke sini. Ambil Grab. You pergi ke pejabat dulu dan datang ke sini dengan Grab. I akan hantar you balik ke pejabat."

"Why are you helping me?"

"I am not. Kita jumpa esok." Zaireen mematikan panggilan. Mesej daripada Sahil masuk.

"Hei orang gaji kau datang sekarang aku lapar."

Zaireen menjeling ke atas. Kepenatan melayan kerenah Sahil hampir membuatnya hilang  sabar. Tapi mungkin bagus juga. Dia hendak memberi Sahil satu pilihan yang takkan dia tolak. Dia bergerak dari rumahnya ke dapur. Dia membuat sandwich tuna dan telur untuk Sahil dan se-mug teh Earl grey.

Dia masuk dengan sedulang makanan yang disediakan. Sam mengambil dulang itu dari tangan Zaireen.

"Sam kau keluar sekejap. Ada benda aku nak bincang dengan tuan."

"Baik Reen."

"Eh, aku tengok kau ni sejak nak bertunang ni macam mem besar dalam rumah ni. Semua orang dengar cakap kau ya?"sindir Sahil.

"Tuan saya ada satu cabaran untuk tuan."

"Tuan kau panggil aku malam ni? Selalunya panggil nama je."

Zaireen menghela nafas panjang.

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now