22

18 6 1
                                    

Sahil segak bersut hitam bertali leher hijau gelap. Rambutnya juga disisir kemas.

"Wah, tuan muda nampak begitu segak hari ini,"puji Sam membawa setokin hitam kiriman Auntie Jolie.

"Sudah tentu. Aku mahu Johanna melihatku seperti yang dia kenali,"jawab Sahil membetulkan sedikit kaflink lengan. Sam sedikit terpempan. 'Balas mesej pun tidak,'bisik hati Sam.

"Er, tuan mari. Puan Sri sudah pun menunggu,"ucap Sam menarik kerusi roda canggih Sahil. Dia terus duduk di kerusi itu. "Er tuan, Dr Kim dari pusat rehab berpesan untuk tuan mesti membuat latihan fisio setiap hari."

"Aku ingat. Mari kita sudah lewat."

Selama tiga minggu Zaireen mengelak daripada bersua dengan Sahil, tiga minggu itu jugalah Sahil tidak pernah bertanya.Dia langsung tidak peduli sama ada Zaireen masih hidup atau tidak. Zaireen tidak patut menjadi tunangannya kerana baginya Zaireen tidak layak.

"Mama,"panggil Sahil. Dia memberhentikan kerusi rodanya dan mengambil beberapa tapak ke meja makan dibantu oleh sebatang tongkat.

"Wah, kagum mama. Sahil sudah semakin kuat. Mari duduk," jemput Puan Sri Hannah. Auntie Jolie, Mak Mah dan Pakcik Zahar juga ada di situ menyaksikan perkembangan Sahil yang boleh dibanggakan.

"Assalamualaikum semua!"tegur Tan Sri keluar dari lif menuju ke meja makan. Semua di situ menjawab salam dengan ceria.  "Apa yang duduk tercegat di situ, mari makan bersama."

"Err...takpe takpe kami di sini nak tengok tuan muda pergi kerja. Kami bersyukur sangat Tuan Sahil sudah beransur pulih.. Err kami gerak ke dapur dulu,"bicara Mak Mah tersenyum.

"Zahar, marilah. Kau pun hanya nak melihat ke?"

"Eh, Tan Sri..saya-"

"Ha..Sahil ini kan bakal bapa mertua kamu."

"Pakcik Zahar, er hari ni tak perlu hantar saya. Sam ada."

Wajah Tan Sri berubah kerana kebiadapan Sahil.

"Hail!"tegur Puan Sri sebelum Tan Sri sempat menegur Sahil.

"Kenapa mama?"tanya Sahil pura-pura tidak mengerti. "Sahil beritahu Pakcik Zahar supaya arahan jelas."

Pakcik Zahar tersenyum kelat. Dia mengerti kiasan itu. Sahil mahu dia sedar kedudukannya dia rumah itu.

"Pagi-pagi lagi dah menyombong," tegur Zaireen masuk dari dapur. Semua terpaku melihat Zaireen yang sudahpun berambut pendek separas telinga dan bersut seluar coklat muda. Wajahnya yang tersolek sederhana tapi rapi. Dia berdiri di sebelah ayahnya.

"Er..Reen, Zahar apa berdiri lagi tu. Mari sarapan bersama."

"Lain rupa hari ni. Nak pergi jual insurans?"perli Sahil.

"Sahil!"templak Tan Sri. "Reen tu-"

"Assalamualaikum Puan Sri, Tan Sri. Reen sebenarnya dah pun sediakan sarapan kegemaran ayah di rumah. Ni datang nak panggil ayah makan bersama. Al-maklum hari pertama."

"Kerja insurans je pun,"kata Sahil sinis. Tan Sri ingin membalas kata-kata itu tapi ditahan oleh Zaireen.

"Hina ke jual insurans? Dari kita ni bergantung dengan kekayaan mak ayah baiklah berdikari jual insurans."

"Hei Zaireen!"

"Hail! Duduk makan sekarang,"arah Tan Sri, kemarahan bersarang di hatinya melihat sikap buruk Sahil.

"Zaireen minta diri dulu Tan Sri, puan Sri. Mari ayah." Zaireen menarik ayahnya keluar dari situ. Pakcik Zahar mengatur langkah lemah. Sampai di rumah, Zaireen dan ayahnya duduk di meja makan yang cantik berhias. Sepertimana yang disukai oleh Makcik Suri atau Chef Suri. Ayahnya melihat aturan roti bakar dan kacang panggang, skon dan mentega kecil. Kewangian teh pic dan stroberi mengisi ruang rumah itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 44 minutes ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perigi cari timba.Where stories live. Discover now