Sahil tidak dapat melelapkan matanya lalu dicapainya telefon bimbit.dan mendail nombor Johanna. Berkali-kali telefon itu berdering kali yang ke sepuluh barulah Johanna menerima panggilan itu.
"Deaaaarrrr, tengah malam ni. I nak tidur esok pagi kerja!"
"I'm sorry, I rindukan you sebab itu-"
"You.tak penat ke dengan kenduri,huh?" Johanna membebel dengan mata terkatup.
"Sayang, jumpa I,esok di fisio."
"Itu je ke you nak cakap. Text pun takpa! Sorry ya darling I penat sangat."
"Jump-"
Klik, panggilan dimatikan. Sahil terdiam memandang telefonnya.
"Maafkan saya tuan, tuan mesti tidur sekarang. Esok pagi hendak ke pusat fisio,"sapa Sam seraya masuk membawa susu tinggi kalsium suam. "Jemput minum dulu,"lembut sahaja Sam berbicara. Dia membantu Sahil ke katil dan dia pergi membuka lampu tidur. Sam tidur di atas daybed di tepi dinding berdekatan dengan katil Sahil.
Seminggu berlalu dan Zaireen menunaikan segala niatnya. Daripada menyediakan dan melatih chef baru di rumah itu hinggalah memastikan segalanya berjalan seperti biasa.
"Reen ini Marina. Nutritionist Sahil,"kata Puan Sri kepada Zaireen . "Marina ini tunangan Sahil."
"Apa khabar? Saya Marina. Alhamdulillah dapat berjumpa."
"Baik, saya Zaireen. Selamat berkenalan,"ucap Zaireen menyambut tangan Marina.
"Saya berpeluang melihat menu yang Cik Zaireen buat-"
"Panggil saja Reen,"potong Zaireen tersenyum.
"Oh, baiklah. Saya nak Reen tahu, menu yang Reen buat sangat teliti."
"Cik Marina memuji saya?"
Marina terketawa kecil.
"Ya."
"Tak perlu sebab semua makanan itu atas permintaan Tuan Sahil,"jawab Zaireen ketawa. "Cuma satu perkara kecil yang saya hendak ingatkan."
"Apa dia?"
"Tuan Sahil alergik walnuts dan almonds. Kacang lain ok."
Marina cepat-cepat mengeluarkan nota kecil.
"Terima kasih kerana mengingatkan saya."
"My pleasure,"ucap Zaireen tersenyum. "Mama, Reen minta diri dulu. Reen ada hal sikit kat rumah."
"Tak nak tengok Sahil ke?"tanya Puan Sri. Zaireen tersenyum.
"Tuan Sahil kan di Master Chu untuk.urutan refleksologi."
"Eh ya tak ya. Baiklah Reen. Reen pergilah buat kerja Reen." Zaireen meminta diri pulang ke kediamannya. Baru sahaja dia melangkah masuk telefon bimbitnya berbunyi. Video call dari Sam.
"Aik, kenapa lain macam call hari ni? Text tak leh?"usik Zaireen. Sam nampak begitu serba-salah. "Kau ni apasal Sam?"
"Reen, kau boleh datang ke pusat fisio tak?"
"Bukan ke Master Chu ke?"
"Sudah...sepatutnya tiada fisio tapi Tuan Sahil berkeras hendak ke mari."
Zaireen hanya memandang Sam di telefon.
"Mana dia?"tanya Zaireen. Sam menukarkan ke kamera belakang. Kelihatan Sahil bermenung. "Kenapa nampak tak terurus sangat ni Sam?"
"Aku try, tapi kau taulah Tuan ni kalau dia mengamuk-teruk."
"Hmm..baru sampai ke?"
Sam mengangguk.
"Ok aku sampai dalam 30 min."
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...