Johanna yang kemurungan setelah bertengkar dengan bapanya mengurungkan dirinya dalam bilik. Dia melihat telefonnya. Patutkah dia menelefon Sahil? Tidak menelefon rindunya tidak terkata, kalau telefon dia rasa seperti pembelot. Pembelot kepada ayahnya, pembelot kepada Sahil. Namun dia memberanikan diri mengirim mesej untuk Sahil. Nombor Sahil sudah tiada wajah profil. Itu bermakna Sahil telah menyekat nombornya. Johanna memgwluh panjang. Esok paginya dia sudah mula mengambil alih jawatan Naib COO di SMD Holdings.
"Hail, walau papa menghalang akan aku kembalikan saham-saham itu. Aku ikhlas menyelamatkan SMD Electronics tapi aku sendiri kena game dengan papa. Maafkan aku Hail." Dia berkata sendirian.
Zaireen sampai ke rumah yang tersergam indah itu tepat azan maghrib bergema. Kereta-kereta Tan Sri tersusun elok. Dia masuk ke rumah itu dengan helmet di pinggang.
"Assalamualaikum,"tegur Zaireen melihat Tan Sri dan Puan Sri sudah bersiap-siap untuk ke majlis.
"Waalaikumsalam. Reen dari mana ni?"tanya Puan Sri manis.
"Dari jumpa Elana kawan baik Reen suruh datang sabtu ni."
"Oh, pergi jemput pengapit ya?"usik Puan Sri. Zaireen mengangguk.
"Reen kena jumpa tuan Sahil dulu. Sam kata ada problem tadi."
"Problem apa?"tanya Tan Sri hairan.
"Attitude problem,"kata Zaireen selamba. Puan Sri dan Tan Sri terketawa kecil.
"Kalau macam tu kami gerak dulu ya?"
"Hati-hati di jalan raya ya,"balas Zaireen lembut. Zaireen bergerak ke lif. Dia menghela nafas panjang. "Aku kena sabar untuk jayakan niat aku ni. Aku tak nak jadi Mrs Sahil." Dia terasa meremang bulu romanya apabila memikirkan kemungkinan itu.
Pintu lif terbuka dia terdengar jeritan Sahil dan gelas pecah di biliknya. Sam tergesa-gesa keluar sambil memegang kepalanya.
"Sam!"jerit Zaireen melihat ada darah mengalir dari dahi Sam. Dia mendapatkan Sam dan bawa Sam duduk di kerusi. Dia berlari ke kabinet terdekat dan mengambil first aids box. "Mari sini aku tengokkan luka kau."
"Susah sangat ke nak minum kopi kat rumah ni?!!"tempik Sahil dari dbiliknya. Darah Zaireen terasa menggelegak. Dia mencuci luka dan meletak antiseptik dan ubat luka lalu menutup dengan gauze.
"Apa ke hal pesakit mental tu?"tanya Zaireen.
"Aku lupa 3 kiub gula ke 2 kiub."
"Jadi?"
"Aku letak 3."
"Mangkuk betul Sahil ni. Lepas ni Pak Ali bawa kau ke klinik. Tengok balik luka tu. Aku rasa macam kena jahit tu." Sam mengangguk. Dia langsung menelefon Pak Ali pemandu kereta Puan Sri. "Pak Ali kat mana? Tolong bawakan Sam ke klinik." Zaireen mematikan panggilan. Selang seminit Pak Ali muncul dan membawa Sam pergi. Zaireen berdiri dan meluruskan sendi-sendinya. Malam ini Sahil akan diajar supaya lebih bersopan dengan pekerja-pekerjanya.
Dia masuk tanpa mengetuk pintu. Dia melihat bilik itu bersepah-sepah. Sahil terkejut melihat Zaireen di situ.
"Ah, cik tunang dah tiba. Amacam syok pergi dating dengan jantan lain." Zaireen berjalan perlahan-lahan ke arah Sahil dan duduk di bucu katil bersilang panggung.
"Aik, pelik tul dengan panggilan itu."
"Oii, orang gaji, kau tu siapa nak keluar jumpa kawan sesuka hati,ha?"
"Saya bukan hamba di sini. Saya ada waktu kerja."
"Menjawab je pandai."
"Awak ni sejak cacat ni dah bukan seorang manusia ek?"
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...