Tan Sri Samad memberi pandangan begitu bermakna kepada Pakcik Zahar. Begitu ramai di rumah sebesar istana ini hanya Zaireen yang boleh mendiamkan kegilaan Sahil.
"I will fix you something to eat. Tuan nak makan apa?"
"Sushi! Aku tak nak yang beli di kedai aku nak yang kau buat!"
Zaireen menjeling ke atas. Dia menggelengkan kepalanya melihat perangai Sahil yang menjadi bertambah buruk dari semalam.
"Boleh dengan syarat lepas makan, mesti solat nanti saya ajar solat atas wheelchair, makan ubat. Fisio kaki 15 minit."
"-Ak-"
"Dan mesti habiskan makanan."
"-Ak-"
"Atau saya takkan buat apa-apa langsung!"tegas Zaireen. Keadaan bilik sepi seketika. Sahil membungkam tetapi dia tiada pilihan lain. Hanya dengan Zaireen dia tidak rasa seperti seorang cacat kerana Zaireen tidka memberikan sebarang keistimewaan kepada dirinya. "Boleh tak boleh? Hmm?"soal Zaireen lagi memandang tepat kepada Sahil. Sahil mengangguk walaupun terpaksa.
"Kalau macam tu, masalah selesai. Mari, Zahar, Dear." Ajak Tan Sri kepada semua yang ada di situ.
"Aku nak makan dalam 20 minit!"tempik Sahil membuatkan semua menoleh ke belakang. Zaireen tanpa membuang masa keluar dari situ. Dia terus ke dapur seumpama dapur hotel itu. Tan Sri, Pakcik Zahar dan Puan sri bergerak ke ruang tamu.
"Auntie Jolie, apa jadi hari ni?"tanya Puan Sri Hannah.
"Pagi tadi tuan Sahil lagi teruk tka mau makan ubat tak mau makan sarapan."
"Habis tu apa jadi?"tanya Tan Sri.
"Reen yang memaksa tuan makan."
"Makan tak?"tanya Tan Sri lagi. Auntie Jolie mengangguk kepalanya. Tan Sri berpandangan dengan Puan Sri. "Baiklah Auntie jolie. Buatkan kopi untuk kami." Auntie Jolie menurut sahaja arahan itu. Tan Sri terketawa apabila Auntie Jolie berlalu dari situ.
"Kenapa dear ketawa?"tanya Puan Sri.
"Zahar apakata kita jodohkan sahaja mereka."
Pakcik Zahar memandang Tan Sri Samad dan Puan Sri Hannah.
"Tapi-"
"Mereka sangat sesuai,"tambah Puan Sri.
"Kalau macam tu nanti saya try tanya macamana." Pakcik Zahar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Papa! Anna sayangkan Sahil. Kita setuju nama auntie Kirah tu proxy saja kan. Kalau tak they will lose to the foreign company. Papa mungkir janji!"
"Anna dengar tak apa yang Anna cakap? Sahil is incapable! Papa tak nak menantu papa seorang yang bodoh!"
"Papa, he was cheated by his partner!"
Datuk Jamil mendengus.
"Orang yang bijak takkan tertipu. Lelaki macam tu nak majukan syarikat kita!"
"Pa!"
"Enough! Anna sekarang memegang 10 peratus SMD Global. You go to work and pastikan SMD akan jadi milik kita."
"Kenapa papa kejam sangat hah?"
Tanpa menjawab pertanyaan itu Datuk Jamil keluar dari pejabatnya. Johanna termangu dia melihat tangannya yang berbalut, hatinya sedih keadaan Sahil lagi teruk kerana kemalangan itu. Syarikat mereka sentiasa bersaing dan Datuk Jamil dan Tan Sri Samad bukanlah orang asing. mereka pernah berkawan baik dan rakan kongsi tetapi setelah Datuk Jamil menggelapkan wang syarikat beberapa juta persahabatan mereka terjejas.
Zaireen pulang ke kuartersnya agak keletihan dengan sikap Sahil yang psiko
"Reen balik dah?" sapa Pakcik Zahar. Zaireen tersenyum manis duduk di hadapan ayahnya di meja makan kayu untuk 4 orang. "Nah, Milo panas," kata ayahnya lagi menghulurkan minuman itu. Zaireen merenung kehairanan dengan sikap ayahnya. "Kenapa pandang ayah macam tu?" Zaireen tersenyum mendatar sambil menghirup Milo suam di tangannya."
"You can speak now ayah."
Pakcik Zahar terdiam. "Apa di fikiran ayah ni?"
"Tan Sri mencadangkan Reen bernikah dengan Sahil."
Zaireen terketawa dengan kuat.
"Kenapa Reen gelak?"
Zaireen menggelengkan kepalanya.
"Dalam 4 bilion lelaki dalam dunia ni, ayah consider Sahil? Ayah tak tau ke dia bencikan Reen?"
"Itu ayah tau."
"Habis tu?"
"Kami bersependapat, hanya Reen sahaja yang boleh bertahan dengan baran Tuan Sahil."
"Kami? Ayah, Tan Sri dan Puan Sri?" Pakcik Zahar tersenyap. "Sadistik sungguh ayah pada Reen."
"Reen..."
"Kalau ya pun nak tengok Reen berkahwin at least carilah yang berpotensi buat Reen bahagia hidup aman damai."
"Bukan itu niat ayah."
"Apa niatnya?"
"Hanya Reen harapan Tan Sri untuk Sahil sembuh."
"Sembuh? Ayah Reen is a pilot not a doctor apatah lagi kaunselor."
"Reen...only you can make zSahil listen." Zaireen terdiam. Mungkin ini adalah peluang baginya. Sahil membencinya peluang dia diceraikan tinggi. Lagipun mungkin inilah masanya untuk dia 'mengajar' Sahil yang sombong.
"6 bulan."
"Apa 6 bulan?"
"Bertunang. Dan dalam masa itu kalau Sahil sembuh Zaireen setuju kawin. Kalau dia masih cacat begitu, the wedding is off." Dia memandang ayahnya.
"Apa rancangan Reen ni?"
"No plans just a promise that I will get married. Ayah juga suruh cuba bukan? Oklah,Reen penat bakal tunang psiko sikit hari ni." Dia bergurau dan masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...