"Papa akan nikahkan kamu dengan Zaireen," tenang sahaja Tan Sri memberitahu Sahil selesai makan malam. Semua di situ terpana kecuali Puan Sri Hannah. Sahillah orang yang paling terkejut.
"Hail tak setuju. Kalau bukan dengan Johanna, Hail rela tak kawin sampai bila-bila." Wajah Sahil mencuka.
"Kamu tak ingat apa bapak dia cakap?Ha?Kamu incapable CEO dah cacat lagi lepas tu tak cekap nak teraju syarikat sampai boleh bankrap cawangan SMD paling besar dalam dunia!" Sahil tergamam. Semua kata-kata itu ibarat pisau yang menusuk ke hatinya berkali-kali.
"Pa! Hail rela mati daripada bernikah dengan anak orang gaji!"
Tanpa amaran Tan Sri Samad menampar Sahil.
"Dear!" jerit Puan Sri terkejut terbangun dari kerusi.
"Baik. Kamu keluar dari rumah ini. Survive la sendiri. Sesen pun takkan Papa tolong. Kamu fikirlah baik-baik." Sahil menyentuh pipinya yang sakit. 'Zaireen kau memang perempuan yang tidak tahu malu!' Dia berlalu dengan kerusi roda elektriknya laju sahaja pergi dari situ.
"Dear, kalau ya pun berhaluslah sikit. Hail tengah sensitif tu," pujuk Puan Sri. Tan Sri menggelengkan kepalanya.
"Kita terlalu mengikutkan sahaja kemahuannya hingga dia jadi begini. Terlalu mengikut emosi."
"Dear, you buat macam ni, yang akan kena akibatnya ialah Reen. Dear tak pernah terfikir ke?"
"Yang, you tak pernah terfikir ke Zaireen tu bukan calang-calang perempuan? Hmm?"balas Tan Sri tersenyum. Dia memeluk Puan Sri. "Trust me, if you want him to recover trust me."
"Seyakin mana Dear yang dia akan sembuh?"tanya Puan Sri semula. Tan Sri merenung Puan Sri dan ketawa kecil.
"200 %."
"Apa yang buat Dear yakin sangat, itu Mama masih ragu-ragu,"ujar Puan Sri sambil ketawa meninggalkan Tan Sri sendiri.
"Tan Sri, apa betul yang kami dengar ni?" tanya Mak Mah.
"Of course!"
"Tapi Tuan Sahil tu garang yang amat." Tan Sri ketawa mendengarkan kata-kata itu
"Mungkin nampak macam singa, tapi pada Zaireen dia tu macam singa tak ada gigi je."
Pagi seperti biasa Zaireen menjalankan tugasnya memasak dan pagi itu Zaireen membuat lempeng dan sambal tumis ikan bilis. Dia menyiapkan ubat-ubat yang perlu diambil oleh Sahil. Dia mengetuk bilik dan melihat Sahil sudah dibantu oleh Sam, pembantu peribadinya bersiap dengan pakaian sukan.
"Tuan, hari ini saya buat lempeng untuk tuan. Jemput makan. Sam pastikan tuan makan ubat selepas itu."
"Baik Reen." Sam mengambil dulng daeipada Zaireen.
"Sam kau keluar sekejap," arah Sahil. Zaireen dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan. Sam memandang Zaireen yang tersenyum kepadanya. Sam mengangguk dan meninggalkan mereka di situ. "Ei perempuan tak malu ada hati kau nak kawin dengan aku?!" herdik Sahil. Zaireen hanya membisu. "Ei kau pekak ke? Aku bercakap dengan kau ni!" Zaireen tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Ei anak orang gaji sedar diri kau sikit. Zaireen masih memaniskan muka. " Bapak kau tu kalau tak baik dengan Tan Sri merempat tau." Zaireen mengangguk lagi. Sahil terdiam. Zaireen tidak memberi apa-apa respon. Sahil mencapai botol minyak wangi dan membaling kepada Zaireen tetapi Zaireen cekap menangkapnya. "Walau kau jadi isteri aku, aku takkan memberikan apa-apa mau nafkah zahir atau batin. Kau tak layak jadi ibu kepada anak-anak aku!" Zaireen ketawa besar. 'Banyak kau punya lawa maki aku ya,'desis hati Zaireen. Dia berhenti ketawa dengan sekuat hati dia membaling botol minyak wangi itu tepat ke arah Sahil dan melepasi telinganya lalu terhempas ke dinding. Bunyi berkecai dengan kuat. Tindakan berani Zaireen mengejutkan Sahil. Sam masih berada di pintu kerana telah diarahkan oleh Tan Sri untuk membiarkan sahaja.
"Berani kau!" tempiknya. Zaireen menghampirinya dan mengambil secebis kaca tajam dan meletakkan kaca itu di leher Sahil. Sahil takut untuk bergerak takut tercedera.
"Lebih dari ini aku berani," bisik Zaireen. "You are a bastard and an idiot to boot." Sahil ingin membalas tetapi Zaireen memberi amaran dengan matanya untuk tidak berbuat apa-apa. "Satu Tan Sri yang decide perkahwinan ini. Dua aku belum pekak lagi. Tiga, my mom was a certified chef and my dad was a banker. obviously they are not the stupid one to bankrupt their own family. Dan tanpa Tan Sri kami takkan merempat coz ayah was a well known remisier. Gaji yang Tan Sri bagi ayah biaya sebuah madrasah di Seremban on his own. Kau ingat kau mulia sangat? Kau tu lumpuh,cacat dahlah cacat kena tipu bermilion-milion. Muka je lawa, dalam ni kosong," tambah Zaireen menunjukkan ke kepala Sahil. "Nafkah batin kunun. Kau lumpuh dari pinggang ke kaki. Aku rasa kau overestimate diri kau," ejek Zaireen sambil mengalihkan serpihan kaca itu dari leher Sahil. "Aku bagi kau 6 bulan untuk sembuh and sembuh itu ialah kau boleh berjalan seperti biasa. Syarat aku kau sembuh the wedding is off, tak sembuh kau akan dikenali sebagai suami Zaireen Zahar lelaki yang cacat dan tak berguna yang tiada siapa mahukan. Aku ni sempoi je. Even though kau cacat, muka boleh tahan. So takdelah wasteful sangat. Dan kau jangan risau kalau Johanna menerima kau cacat kekal dia boleh jadi madu aku." Hati Zaireen sakit dan seperti dipintal-pintal kerana belum pernah dia berkata biadap dengan sesiapa pun umpama perempuan jalang. Tapi Sahil perlu sembuh perlu bangun kembali. Terlalu dimanja sepanjang hayatnya akan membuatkan dia orang yang mudah patah semangat.
'And I don't mind being an anti-hero,' kata hati Zaireen.
"Zaireen!" Sahil menjerit sekuat hati.
"Think about it. Semua di tangan kau. Rajin2makan ubat rajin2 buat fisio. Buktikan kepada aku kau tu bukan cakap besar saja one sen no use. Faham? Satu lagi...aku nak ingatkan kau, kau sopan dengan aku akan sopan dengan kau. Hidup aku simple."
"Sun-"
"Sebelum kau teruskan perkataan itu aku bagi pandangan sikit lah. Aku maybe sundal di hati dan mata kau tapi aku boleh berdiri,berlari dan er tidak memalukan keluarga aku. Ingat sikit apa yang Datuk Jamil cakap hari tu. Bawak-bawak mengucap. Solat tu jangan tinggal. Orang cacat pun perlu solat tau!" tambah Zaireen tersenyum mengejek. "Aku ingatkan sekali lagi kau ada masa 6 bulan dan aku akan pastikan aku berada di setiap sesi fisio kau. Nak miss ubat jangan haraplah,ok? Aku keluar dulu. Your six months starts today. Sabtu depan kita ada majlis ya. See you-in your wheelchair! Bye!" Zaireen keluar dari bilik serba mewah itu.
"Reen, aku tak pernah dengar orang mencabar Tuan macam tu," tegur Sam.
"You just did! Bersihkan serpihan kaca tadi dan pastikan dia makan before fisio dia. Faham?" Sam Mengangguk dan masuk ke bilik. Sahil melemparkan semua makanan dan ubat-,ubat yang Zaireen bawakan.
"kau keluar!"
"Tapi tuan."
"Keluar!"jerit Sahil. Darahnya yang masih menggelegak tidak diucapkan dengan kata-kata. Mana mungkin dia bernikah dengan Zaireen? Budak berhingus itu. Dia masih ingat budak perempuan yang bernama Zaireen sentiasa menegurnya dari dia kecil sampailah ke sekolah menengah. Dan hari itu, di harijadinya Zaireen memberikan hadiah patung beruang. Pakcik Zahar dan Chef Suri sepasang suami isteri yang dia hormati tapi Zaireen? Entah kenapa dia tidak berkenan mungkin kerana Zaireen suka mengganggunya.
YOU ARE READING
Perigi cari timba.
ChickLitKisah Zaireen Zahar gadis ceria yang berazam mahu menjadi single sampai mati. Ayahnya Zahar Zainal pemandu Tan Sri Samad yang setia. keazaman Zaireen menjadi tonggak kerisauan ayahnya. Tan Sri Samad yang tidak percaya kepada pilihan hati anak sulung...