KEESOKAN hari, Gabriella dan Emmeline pergi ke Festival Buah dan dijaga oleh enam orang pengawal peribadi mereka. Dua orang adik-beradik ini terlihat sangat teruja saat mereka melihat pesta festival yang sangat meriah itu.
Keriuhan dari orang ramai yang datang itu menambahkan rasa ceria dan kegembiraan di festival itu. Suara-suara seperti orang ramai bercakap dan kanak-kanak yang saling kejar-mengejar dan bergelak tawa menambahkan suasana ceria.
Ditambahkan lagi dengan gerai yang dihias dengan perhiasan berwarna-warni menarik perhatian pengunjung yang datang ke festival itu. Yang lagi menarik adalah jenis-jenis jualan yang terdapat di setiap gerai.
Meskipun jalan sudah sesak dengan orang awam, Emmeline dan Gabriella masih teruja dan mereka bergerak dari sebuah gerai ke gerai lain untuk memeriksa setiap produk yang dijual.
Mereka tiba di sebuah gerai yang menjual barangan antik. Tidak ada yang menarik di gerai itu jika dilihat oleh orang biasa. Orang ramai hanya sekadar melihat-lihat tapi tidak membeli apa-apa dari gerai tersebut.
Malahan pemilik gerai itu pula hanya diam sahaja sambil berpeluk tubuh. Dia tidak seperti penjual lain yang menjerit dengan lantang untuk memanggil pelanggan datang. Meskipun orang datang dan pergi di gerainya, pemilik itu tetap mendiamkan diri.
Namun Emmeline yang tiba di depan gerai itu, tertarik kepada satu objek yang terdapat di gerai itu. Dia melihat sebuah cincin yang mempunyai ukiran yang sangat unik. Saat Emmeline menatap cincin itu, cincin itu mengeluarkan cahaya terang berwarna emas.
"Saya tidak pernah melihat cincin yang bercahaya seperti ini," ujar Emmeline pula."Hmm bercahaya? Mana?" Tanya Gabriella pula. Dia menghampiri Emmeline dan memandang cincin yang disebutkan oleh Emmeline. Sayangnya, dia tidak melihat cahaya seperti yang dimaksudkan oleh Emmeline.
"Tak ada pun."
Emmeline memandang Gabriella dengan wajah bingung. "Apa maksud kau tiada? Tengok tu, cincin ni bercahaya terang. Sangat cantik."
"Saya tidak nampak apa-apa. Cincin tu nampak biasa-biasa saja buat saya."
Emmeline menjadi hairan. Kenapa Gabriella kata dia tidak boleh melihat cahaya pada cincin ni sedangkan saya nampak jelas sekali.
Gabriella tidak melayan Emmeline lagi. Dia segera memandang ke arah perhiasan yang lain pula.
Emmeline tetap memandang cincin yang bercahaya tadi. Entah kenapa dia tertarik dengan cincin tersebut dan mahu membelinya.
"You have been chosen, young one."
Emmeline mendongakkan kepalanya, memandang ke arah si pemilik gerai yang tiba-tiba mula bercakap itu. Eh tadi dia bersikap macam endah tak endah saja. Kenapa tiba-tiba dia mula bercakap ni?
Emmeline meluruskan telunjuk ke wajahnya. "Siapa? Saya?"
Pemilik itu mencapai cincin tadi dan mendekatkan cincin itu di wajah Emmeline. "Bukan semua orang boleh melihat cahaya di cincin ini. If you can see the light, it means you have been chosen. Take this ring. You are now it's owner."
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasyMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...