0029

34 3 0
                                    

Setelah dirawat oleh doktor peribadi dari keluarga mereka dan berehat selama seharian, akhirnya Emmeline terbangun dalam keadaan segar dan gembira. Dia agak terkejut bila menyedari yang dia sudah berada di kediaman Duke Rich. Kali terakhir yang dia ingat sebelum tidak sedarkan diri ialah dia masih berada di Forest of Purple Fairy.

Kerana dia sudah sedarkan diri, keluarga Duke Rich merasa lega dan gembira kerana tidak berlaku apa-apa yang teruk selain daripada luka pada lengannya. Namun, doktor peribadi keluarga mereka telah memberikan ubat sapu kepada Emmeline agar tiada parut yang tertinggal pada luka itu.

Memandangkan Emmeline baru saja mengalami situasi yang berbahaya sehinggakan Emmeline terus tidak sedarkan diri, Duchess Merrily memberikan arahan kepada Emmeline agar dia ditahan di dalam rumah selama tiga bulan dan tidak dibenarkan keluar sama sekali. 

Ini membuatkan Emmeline merasa tidak senang hati kerana dia masih ingin mengikuti Pesta Bunga. Emmeline cuba memujuk Duchess Merrily untuk membenarkannya tetap mengikuti Pesta Bunga namun tidak diendahkan oleh mamanya.

Akhirnya, terpaksalah Emmeline 'berehat' saja di dalam biliknya sehinggalah dia benar-benar sembuh. Gabriella selalu mengunjungi Emmeline di biliknya bila ada kesempatan untuk menemani Emmeline agar dia tidak kesepian. 

Ivon dan Cherly juga sering melawat Gabriella bila mereka mendapatkan kesempatan. Dari merekalah Emmeline mendapatkan berita mengenai keadaan William Malcom selepas mereka keluar dari Hutan Sumpahan tersebut.

Menurut mereka, setelah William Malcom tersedar dari keadaan tidak sedarkan diri, dia telah pergi berjumpa dengan ketua keluarga Faruka untuk menceritakan kejadian sebenar bagaimana dia boleh terluka di Hutan Sumpahan.

Kerana anak-anak lelaki dalam Keluarga Faruka mahu berebut posisi sebagai pewaris seterusnya untuk menjadi ketua keluarga Faruka, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan pihak lawan yang lain.

Yang paling jahat dan licik diantara mereka semua adalah anak keempat, Geiry Malcom. Dia telah mengupah sebuah organisasi asasin untuk membunuh William dan membuang meletakkan William ke dalam Hutan Sumpahan. 

Malah organisasi itu juga mencari seseorang yang mempunyai wajah yang serupa dengan wajah William, di mana William palsu itulah yang menggantikan posisi William semasa majlis di Forest Of Purple Fairy tempoh hari.

Geiry mahu menggunakan kesempatan itu untuk meracuni beberapa orang adik-beradiknya yang lain dan menjadikan William palsu sebagai kambing hitam. Dengan begini, saingannya untuk mendapatkan posisi sebagai pewaris ketua keluarga akan berkurangan.

Namun keinginannya untuk menjadi pewaris ketua keluarga menjadi sia-sia apabila Logan dan Emmeline telah dibawa masuk ke dalam Hutan Sumpahan dan membawa William Malcom keluar dari tempat itu. Setelah membongkarkan semua kejahatan Geiry, akhirnya dia telah dihukum menurut tradisi dalam Keluarga Faruka.

Sekarang, William Malcom sedang berehat di kediamannya sehingga menunggu lukanya untuk sembuh. Terdapat juga khabar angin jika William Malcom yang akan dipilih sebagai pewaris seterusnya untuk menjadi ketua keluarga Faruka.

Manakala Logan kembali ke istana setelah menghantar Emmeline dan Gabriella kembali ke kediaman mereka. Tidak banyak yang Ivon dan Cherly ceritakan tentang keadaan Logan kerana Putera Mahkota itu tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang putera mahkota dalam apa pun keadaan.

Emmeline merasa terkejut setelah mendengar bagaimana Logan yang telah mengangkatnya keluar dari Forest of Purple Fairy dan ke kereta kuda mereka. Dia agak tertanya-tanya kenapa Logan merasa baik hati untuk membantunya saat itu.

Emmeline teringat akan jubah yang diberikan oleh Logan tempoh hari. Hanya setelah Ivon dan Cherly sudah kembali ke kediaman mereka, Emmeline pergi berjumpa dengan Gabriella untuk bertanyakan tentang jubah tersebut.

4. Mark By FateWhere stories live. Discover now