"Hari ini pun shopping lagi?" Serasa ingin menangis air mata darah sahaja Emmeline saat ini kerana terpaksa keluar untuk berbelanja lagi. Ini sudah hari ketiga dia harus keluar berbelanja bersama Gabriella.
Hari pertama adalah memilih pakaian. Hari kedua adalah memilih kasut. Dan hari ini pula adalah memilih perhiasan.
Dan memang sekarang mereka ada di sebuah kedai perhiasan untuk memilih perhiasan mereka. Selain mereka berdua, ada banyak lagi anak perempuan kaya yang sedang membeli di sana.
"Sister, why do we have to buy all this in different day? Kenapa tidak beli semua dalam hari yang sama sahaja?" Keluh Emmeline tidak puas hati.
Berbeza dengan Emmeline yang nampak tidak bermaya dan lesu itu, di sisi lain Gabriella sedang memilih gelang tangan permata dengan wajah ceria dan gembira. Sudah sepuluh kali gelang tangan permata di tangannya ditukar.
Sekejap di tangan kanan, sekejap di tangan kiri.
Padahal, semua gelang tangan itu nampak sama di mata Emmeline.
Di dunia asalnya, Emmeline bukanlah kaki shopping. Dia hanya keluar membeli-belah jika dia sangat memerlukan barangan tersebut. Tapi tidaklah keluar berbelanja setiap hari seperti yang dia lakukan bersama Gabriella.
Macam hendak tercabut kaki, tangan dan tulang belakangnya asyik ke hulu ke hilir bersama Gabriella.
Jika ada sepuluh kedai perhiasan di ibu kota ini, sepuluh kedai itu juga Gabriella akan mengheret Emmeline untuk membeli perhiasan.
(Saya lupa mention kalau keluarga Duke ini tinggal di ibu kota Kerajaan)
"Kita kena beli setiap barangan ni dalam hari yang berbeza kerana kita perlu memilih yang terbaik untuk kita. Kita harus pastikan kita terlihat sangat cantik pada hari Pesta Bunga itu disambut di ibu kota!" Suara ceria Gabriella boleh didengari saat dia bercakap.
Mata Emmeline diputarkan ke atas, pasrah dengan apa yang dikatakan oleh Gabriella. 'Baik saya belajar magik daripada habiskan masa saya shopping macam ni!'
Gabriella menunjukkan gelang tangan yang dipakainya di tangan kanan. "Jadi macam mana? Sesuai tak jika saya memakai pakaian yang bertema biru?"
Emmeline memerhati gelang tersebut. 'At least, ini saya boleh tolong sebab jika Gabriella nampak cantik masa hari kejadian, Crown Prince tu akan makin sayang dengan dia.'
Saat Emmeline memerhati gelang yang ditunjukkan oleh Gabriella, Emmeline teringat akan kejadian yang berlaku di kedai perhiasan ini semasa kehidupan pertama Emmeline.Kejadian itu berlaku saat Gabriella bertanya manakah perhiasan yang sesuai untuk dirinya kepada Emmeline. Saat itu, Emmeline sudah pun merasa cemburu kerana pasangan Gabriella semasa Pesta Bunga nanti ialah Logan.
Kerana tidak mahu melihat Gabriella, Emmeline sengaja menipu Gabriella dengan mencadangkan perhiasan lain. Hasilnya, perhiasan yang dipakai oleh Gabriela semuanya bertentang dengan pakaian yang dipakai oleh Gabriella.
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasyMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...