0027

24 2 0
                                    

"Jangan risau! Saya sudah arif dengan hutan ini kerana sejak kecil saya sudah mengkaji tentang hutan ini. Dalam keluarga saya, hanya saya saja yang tahu jalan keluar dari hutan ini," kata William pula. Dia ketawa kecil pula tapi kemudian dia mengerang kesakitan sambil memegang kawasan abdomennya.

"Sir William, tolong jangan banyak bergerak. Kau masih terluka..." ujar Emmeline. Dia pula yang merasa risau melihat William masih boleh ketawa dalam situasi seperti ini.

William mengalihkan pandangannya ke arah Emmeline. Ini pertama kalinya dia melihat gadis itu di depan mata. Sebelum ini, dia hanya mendengar nama gadis itu disebut-sebut oleh anak-anak bangsawan yang lain.

Memang betullah, bak kata pepatah 'jangan menilai buku dari kulitnya.'

Saat ini, dia tidak melihat pun sebarang keangkuhan pada wajah gadis itu seperti yang dikatakan oleh para bangsawan. Malah cara dia bercakap tidaklah menunjukkan dia ini seorang yang kasar dan tiada adap.

"Jika anda tahu di mana jalan keluar dari sini, saya akan membawa anda keluar dari sini dan menunjukkan kami jalan keluar. Setelah kita keluar dari tempat ini, saya akan dapatkan rawatan yang secepat mungkin," kata Logan pula.

"Saya tidak merisaukan tentang jalan keluar kerana menemukan jalan keluar dari sini adalah senang. Yang merisaukan saya adalah cara untuk membuka pintu jalan keluar. It's not gonna be that easy."

"Bolehkah Sir William menjelaskan lebih dalam apakah yang membuatkan anda merasa risau?" Giliran Emmeline pula bersuara.

"Hutan ini dikenali sebagai Hutan Sumpahan. Dari namanya, sudah tentu kita tahu hutan ini menyimpan banyak makhluk dan objek sihir yang berbahaya. Hutan ini dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai kerana jika ada yang berani masuk ke sini, mereka tidak akan selamat."

"Untuk keluar dari sini, kita boleh gunakan pintu keluar tapi mendapatkan kunci yang boleh membuka pintu keluar adalah bahagian yang sulit. Kunci itu dijaga dengan Kesatria... Saya tahu satu pintu portal rahsia di Hutan Sumpahan ini. Kita boleh gunakan pintu itu untuk keluar."

"Baiklah, anda akan menunjukkan jalan keluar kepada saya, Sir William. Kita akan keluar dari tempat ini. Saya juga berjanji akan melindungi kamu berdua sehingga kita boleh keluar dari tempat ini," kata Logan tanpa sebarang perasaan ragu-ragu pada wajahnya. Seolah-olah dia yakin akan dapat mengalahkan Kesatria yang menjaga pintu keluar Hutan Sumpahan ini. 

Mungkin bagi orang lain, mereka mungkin tidak akan yakin dapat mengalahkan Kesatria tersebut dan keluar dari sini tapi jika orang itu adalah Logan, Emmeline tidak akan risau kerana dia yakin dengan kekuatan Putera Mahkota tersebut.  

William tidak mahu membawa mereka keluar melalui pintu pagar yang dijaga oleh Kesatria. Dia akan membawa mereka pergi ke pintu portal rahsia kerana lebih senang walaupun mereka harus melewati beberapa kawasan yang dipenuhi dengan makhluk buas.

"Tungu, sebelum kita bergerak, luka kau harus dibalut terlebih dahulu..." Emmeline berkata pula. 

Dua orang lelaki tadi memandang ke arah Emmeline dengan serentak dengan wajah mereka yang terpamer perasaan terkejut.

Tanpa teragak-agak, Emmeline segera mengoyakkan bahagian hujung pakaian yang dipakainya. Setelah koyakan pertama selesai dan dibuang jauh, Emmeline mengoyakkan lagi bahagian yang kedua. Alasan kenapa dia membuang kain yang dikoyak pertama tadi adalah kerana kain itu sudah kotor tersentuh dengan permukaan tanah saat Emmeline berjalan.

"Lady Emmeline, anda tidak perlu lakukan ini," William segera memegang tangan Emmeline. Dia mahu hentikan gadis itu daripada mengoyakkan cebisan pakaiannya lagi.

"Jika saya tidak lakukan ini, apakah kau mempunyai idea lain yang lebih baik? Jika kita tidak menghentikan pendarahan ini, apakah kau yakin kau boleh bertahan sehingga kita boleh keluar dari tempat ini?" ujar Emmeline pula.

4. Mark By FateWhere stories live. Discover now