0007

41 2 0
                                    

"URGH!"

Terasa sakit badannya apabila dia cuba untuk menggerakkan badannya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Pertama sekali yang dia lihat adalah syiling rumah yang berwarna putih. Digerakkan anak matanya ke kiri dan kanan, dia boleh melihat kain penutup katil yang berwarna merun. 

'Kalau tidak salah saya, ini adalah bilik saya sendiri...'

Logan memaksakan dirinya untuk bangkit walaupun masih terasa sakit di bahagian pinggangnya. 'Macam mana saya boleh ada di sini?'

Logan cuba mengingat apa yang terjadi. Kerana dia masih belum dapat  turun dari katil, Logan hanya mampu bersandar pada kepala katil. Sambil itu otaknya ligat mengingat kembali kejadian yang menimpa dirinya.

Kelmarin dia dalam misinya mahu mengejar kumpulan perompak yang semakin berleluasa dan berani menyerang kota-kota besar yang terletak berdekatan dengan istana. Dia dan askar-askar istana hampir berjaya untuk menangkap ketua kumpulan beserta seluruh anak-anak buah perompak itu.

Tapi siapa sangka jika ada orang kuat yang melindungi kumpulan perompak tersebut. Orang kuat itu adalah ahli sihir yang dikenali dengan sifat jahat dan kejam. Berbeza dengan ahli sihir yang bekerja di istana, ahli sihir ini mengamalkan ilmu hitam dan sangat berbahaya. Mereka dikenali sebagai Black Witch.

Logan dan kumpulan askar istananya diperangkap, mereka dibawa sehingga masuk ke hutan kerana ingin mengejar kumpulan perompak tersebut. Siapa sangka sebaik sahaja mereka tiba di hutan, Black Witch itu menyerang mereka menggunakan sihir hitam.

Logan dan beberapa orang askar istana berjaya melarikan diri. Namun keadaan Logan sudah cedera teruk lalu menyebabkan dia terpisah dari kelompoknya. Nasibnya beruntung kerana kumpulan perompak itu tidak dapat mencarinya setelah Logan melarikan diri.

Logan tidak tahu di mana dia berhenti untuk berehat. Logan masih sedar ketika dia merasa ada orang yang ingin mendekatinya. Dia berfikir jika orang itu adalah orang jahat tapi dia tidak menyangka malah yang datang adalah seorang wanita dan sanggup menolongnya. 

Dalam keadaannya yang separuh sedar itu, Logan  masih boleh mendengar sayup-sayup suara wanita itu bercakap. Sayangnya, Logan tidak mempunyai tenaga lagi untuk membuka matanya untuk melihat siapakah wanita itu. Malah dia ingin bercakap pun tidak mampu.

... "Logan, can you hear me?" ...

... "Kalau kau mati di sini, saya tidak akan maafkan kau." ...

... "Jadi tolong, bertahanlah selagi boleh!" ...

Hanya itu yang Logan dapat dengar dengan jelas. Dia mendengar wanita itu menyebut namanya, jadi wanita itu tentu mengenali dirinya. Tapi siapa sebenarnya dia? Bagaimana dia boleh ada di sana dan menyelamatkan nyawanya?

"Your Highness! Akhirnya Yang Mulia bangun juga akhirnya..."

Logan tersedar dari lamunannya. Dia menoleh ke samping, di mana seorang pelayan lelaki yang terlihat sudah berumur lebih dari 50 tahun sedang berdiri. Di dekat pelayan lelaki itu adalah dua orang pelayan lelaki lagi. Mereka kelihatan gembira saat melihat Logan yang sudah terbangun.

"Sudah berapa lama saya tertidur?" tanya Logan.

"Yang Mulia sudah tertidur selama sehari." Pelayan lelaki yang tertua tadi memandang pelayan lelaki yang berada di sebelahnya. "Cepat, panggil tabib istana untuk datang dan periksa Yang Mulia."

Pelayan lelaki yang diberi arahan itu segera beredar untuk memanggil tabib istana.

"Beritahu Yang Mulia Raja dan Yang Mulia Permaisuri jika Yang Mulia Putera Mahkota sudah bangun," Arahan yang kedua diberikan kepada pelayan lelaki yang kedua. Pelayan lelaki itu pun segera beredar untuk melaksanakan tugas yang diberi.

4. Mark By FateWhere stories live. Discover now