Gabriella meninggalkan Emmeline seorang diri di dalam pondok tersebut kerana dia pergi berkumpul bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Walaupun ditinggalkan, Emmeline tidak merasa kesepian. Malah, dia sedang menikmati masa tenang dan sunyi tanpa sebarang drama saat ini.
'Alangkah baiknya jika suasana tenang seperti ini berkekalan sepanjang hidup saya,' gumam Emmeline dengan penuh harapan di dalam hatinya.
Di sisinya juga ada Susanne. Pembantu peribadinya itu akan selalu menambahkan minuman teh ke dalam gelas Emmeline sekiranya gelasnya sudah kosong.
Emmeline ialah orang yang menyukai ketenangan dan tidak suka dengan drama dunia. Jika boleh, dia hanya mahu jadi penonton sahaja tanpa harus melibatkan diri.
Namun bagaimana hendak mengelak? Emmeline sendiri merupakan salah satu orang yang penting dalam cerita kehidupan Logan dan Gabriella.
Emmeline hanya perlu memastikan saja Logan dan Gabriella dapat hidup bahagia selamanya barulah Emmeline boleh merasa tenang.
Emmeline sedang memikirkan cara lain bagi menyatukan Logan dan Gabriella. Tapi dia tidak menyedari yang Susanne sedang memandangnya dengan wajah terkedu. Ini kerana gaya Emmeline ketika duduk di bangku panjang itu.
Dengan kedua kaki disilangkan ke atas meja, badannya disandarkan ke belakang dan kedua tangannya disilangkan ke dada. Gayanya terlihat sangat santai dan tenang. Tapi kerana sikap seperti itu tidak sesuai untuk para wanita di era tersebut.
Apa yang dilakukan oleh Emmeline seperti itu akan dianggap sebagai tidak sopan dan tiada sifat lemah-lembut, sifat yang seharusnya dimiliki oleh wanita-wanita seumur Emmeline di era ini.
"My Lady, tolong letakkan kaki anda ke bawah. Tidak sopan dilihat oleh orang lain dengan sikap cik muda seperti ini," kata Susanne mencuba untuk menasihati Emmeline.
Emmeline sekadar menghembus nafas kecil. "Kau tak perlu risau, Susanne. Tiada orang yang akan datang ke sini dan menganggu kita. Mereka tidak akan tahu bagaimana keadaan saya sekarang."
"Tapi cik muda..."
"Susanne, jangan banyak bercakap lagi. Biarkan saya berehat sekejap. Saya perlukan tenaga untuk pergi menonton bunga Grotania malam ini," Emmeline memandang ke arah Susanne pula. "Atau kau mau saya keluar dari sini dan buat masalah dengan orang lain?"
Memikirkan bagaimana sebelum ini Emmeline suka mencari gaduh dengan orang lain membuatkan Susanne segera menggelengkan kepalanya bila Emmeline berkata seperti itu. Sungguh, dia tidak mahu melihat cik mudanya bergaduh dengan gadis bangsawan lain dan kembali ke kediaman Duke Rich lalu diberikan hukuman.
"Tidak, cik muda..."
Emmeline tersenyum dengan jawapan Susanne. Dia kemudian menutup matanya dengan perasaan gembira. "Jadi, biarkan saya seperti ini dan jangan katakan apa-apa lagi..."
Akhirnya, Susanne hanya mampu menutup mulut dan membiarkan Emmeline berehat dengan gayanya yang tidak sopan itu.
Tiba-tiba terdengar bunyi suara tawa dari pondok sebelah. Mereka merupakan anak-anak gadis bangsawan yang datang ke Taman ini untuk menyaksikan keindahan bunga Grotania pada malam ini. Dari bunyi tawa mereka, terdengar mereka sedang menikmati masa-masa bersama.
Tapi tidak bagi Emmeline yang ingin berehat dengan tenang. Dia hanya ingin tidur sekejap tanpa sebarang bunyi bising tapi bunyi tawa yang dari pondok bersebelahan amat menganggunya.
Mata Emmeline yang baru saja tertutup tadi kembali terbuka. Dia bangkit berdiri dan memandang ke arah pondok di mana para gadis bangsawan itu sedang berkumpul. Wajahnya terlihat marah kerana rehatnya terganggu.
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasyMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...