0030

19 0 0
                                    

Sudah empat jam berlalu setelah Emmeline berjumpa dengan William Malcom. Dan sekarang, Emmeline sedang duduk di balkoni biliknya sambil memikirkan tentang perjumpaan mereka sebentar tadi.

IMBAS KEMBALI...

"Mesti Lady Emmeline sedang berfikir bagaimana saya mengetahui tentang perkara ini..." William berkata dengan suara yang tenang.

Emmeline tidak mengatakan apa-apa. Hanya anak matanya yang menatap ke wajah William. 

"Jangan risau, cik muda... Walaupun saya tahu sihir adalah dilarang untuk wanita di Kerajaan ini, saya tidak akan memberitahu Yang Mulia Putera Mahkota tentang ini. Apa lagi bila, Lady Emmeline yang telah menyelamatkan nyawa saya..."

Emmeline akhirnya mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Walaupun jantungnya masih berdegup kencang kerana merasa gugup setelah mengetahui jika William telah mengetahui rahsianya, Emmeline mencuba untuk bersikap tenang.

"Yang Mulia Putera Mahkota sudah tahu jika saya boleh menggunakan sihir..." Emmeline berkata. Cawan yang masih dipegangnya diangkat ke arah bibirnya. "Tapi saya telah mengunci ingatannya dengan menggunakan sihir saya..."

William merasa terkejut dengan pengakuan dari Emmeline. Dia tidak menyangka jika Emmeline berani meletakkan sebuah sihir ke atas Logan padahal Logan adalah antara manusia yang membenci sihir di kerajaan ini selain Raja Mateo. 

Jika Logan mengetahui perkara ini, tentu saja dia akan menjadi marah dan membunuh pelakunya tanpa berfikir dua kali. 

Sengihan kecil muncul di bibir William. Nampaknya, Emmeline lebih berani dari yang dia sangka. Walaupun Emmeline tahu apa yang akan terjadi jika Logan mengetahuinya, Emmeline tidak terlihat takut sama sekali.

"Dan sekarang, Sir William sudah tahu rahsia terbesar saya... Nampaknya saya harus menggunakan sihir itu lagi supaya rahsia saya ini tetap selamat. Anda tidak kisah saya meletakkan sihir ini ke atas anda, Sir William?" ujar Emmeline dengan intonasi suara yang agak sinis.

"Lady Emmeline..." William meletakkan kedua tangannya ke atas meja. "Jika anda ingin saya menjadi penyokong utama kepada Putera Mahkota dan kakak anda, seharusnya anda letakkan kepercayaan penuh kepada saya. Kerjasama diantara kita berdua diperlukan dalam hal ini."

"Kerjasama diantara kita berdua hanya akan terjadi bila Sir William berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang rahsia ini. Lagipula, saya boleh gunakan sihir lain yang boleh melenyapkan anda dari dunia ini dalam sekelip mata."

William hanya sekadar menggelengkan kepalanya. "You don't have to do that, Lady Emmeline. Walaupun nyawa saya sudah di hujung tanduk, saya tidak akan memberitahu sesiapapun tentang rahsia ini. Anda adalah penyelamat saya, jadi semua rahsia anda akan saya simpan sehingga mati."

Emmeline mengerutkan wajahnya. Dia masih tidak dapat mempercayai lelaki di hadapannya ini walaupun dia telah mengucapkan kata janjinya. Sifatnya yang memiliki dua sifat berbeza membuatkan Emmeline sukar untuk meletakkan kepercayaan penuh padanya. 

"Bagaimana saya boleh mengetahui jika anda tidak berbohong?" tanya Emmeline.

"Maka, Lady Emmeline boleh membunuh saya bila-bila masa sahaja jika anda merasa saya sudah melanggar janji ini..."

Akhirnya, Emmeline terdiam lagi. Dia mencuba untuk memproses semua yang telah dikatakan oleh William tadi. Memang betul Emmeline mahukan dia menjadi penyokong utama kepada hubungan diantara Logan dan Gabriella tapi ia akan berbeza jika William mengetahui yang Emmeline dapat menggunakan sihir.

4. Mark By FateWhere stories live. Discover now