0016

29 1 0
                                    

Setelah keluar melalui pintu ajaib, Emmeline kembali ke perpustakaan milik keluarganya lagi. Ditolehnya ke belakang untuk melihat kali terakhir pintu gerbang yang membawanya ke rumah Althea. 

Tapi Emmeline tidak melihat sebarang tanda-tanda kehadiran pintu gerbang tersebut di mana-mana, seolah-olah pintu tersebut tidak pernah wujud sebelum ini.

"Hmm... that's interesting."

Jika bukan kerana buku kuno yang berada di tangan Emmeline sekarang ini, dia tentu tidak akan percaya jika Emmeline sudah pergi ke tempat lain dan menemukan buku sakti milik Althea.

Diangkatnya buku kuno tersebut sehingga ke paras wajahnya. "Akhirnya, saya berjaya mendapatkan kau. Dengan buku ini, saya akan membuatkan hubungan Logan dan Gabriella tidak akan pernah terputus walau seribu tahun berlalu."

Emmeline merasa sangat senang. Jika dia membantu Gabriella dan Logan bersatu, dia tidak perlu merasa risau dengan kehidupannya di masa hadapan. Sekarang, dia hanya perlu memikirkan cara bagaimana caranya untuk memindahkan kekuatan yang ada di dalam buku tersebut kepada Gabriella.

"Baiklah, besok akan menjadi hari yang sangat mencabar untuk saya. Pesta Bunga semakin mendekat, saya harus memindahkan kekuatan ini secepat mungkin kepada Gabriella."

Emmeline membersihkan keadaan perpustakaan sebelum dia keluar meninggalkan tempat itu. Dia kembali ke bilik tidurnya sendiri sambil membawa buku tersebut. Kerana takut orang lain melihat buku tersebut, Emmeline menyembunyikan buku tersebut di salah satu ruang rahsia yang terhubung dengan bilik tidurnya.

Ruang rahsia itu hanya diketahui oleh Emmeline. Susanne juga tidak tahu jika ruangan itu wujud. 

Setelah menyembunyikan buku tersebut, Emmeline naik ke atas katil untuk berehat pada malam itu.

Keesokan harinya, seperti biasa Emmeline bangun dan bersiap seperti biasa dibantu oleh Susanne. Setelah itu, dia pergi ke ruang makan untuk bersarapan dengan ahli keluarganya yang lain.

Emmeline juga tidak lupa untuk menyapa setiap pekerja yang dia jumpa di sepanjang perjalanannya. Malah, Emmeline sudah pun melakukan perkara ini setelah dia tiba di dunia ini. Ini kerana Emmeline mahu memastikan imejnya sebagai seorang anak perempuan Duke yang sopan dan ramah di mata orang.

Emmeline tidak mahu ada gosip baru yang tersebar di kediaman Duke ini mengenai sikap Emmeline yang kasar dan sombong kepada pekerja-pekerja di kediaman ini.

Meskipun terkadang masih ada pekerja yang mahu membandingkan Emmeline dengan Gabriella, namun Emmeline tidak lagi kisah jika orang lain lebih menyukai Gabriella. Dia hanya mahu hidup tenang dan bebas di dunia ini.

Malah Emmeline juga turut merasa gembira sekiranya Duke Rich melantik Gabriella sebagai Duchess yang seterusnya. Jika Gabriella yang menjadi ketua dan mengawal kediaman Duke Rich, Emmeline boleh duduk diam dan berfoya-foya.

Malangnya, impian Emmeline mahu duduk diam di kediaman sambil berfoya-foya menjadi pecah berkecai saat Duke Rich (papa mereka) mengatakan jika Emmeline akan menjadi Duchess yang seterusnya ketika mereka sedang bersarapan.

Kerana terkejut dengan kata-kata Duke Rich, Emmeline yang sedang menikmati sarapannya menjadi tersedak. Dengan segera, Emmeline mencapai gelas di hadapannya dan meneguk air minum tersebut sehingga habis.

"Apa, papa? Saya akan menggantikan papa dan mama... Dan jadi Duchess yang seterusnya? Bukankah Gabriella yang akan jadi Duchess seterusnya? Gabriella kan anak perempuan yang pertama?"

"Apa kamu lupa jika kakak kamu yang akan menjadi Ratu Kerajaan yang seterusnya? Tidak mungkin dia akan menjadi Duchess yang seterusnya," Ujar Duchess Keina, ibu mereka.

4. Mark By FateWhere stories live. Discover now