Emmeline kembali ke kediaman Duke Rich bersama Susanne menggunakan kenderaan milik keluarga mereka. Dia tidak menunggu Gabriella untuk pulang bersama kerana dia tahu Gabriella akan dihantar pulang dengan Logan.
Ketika menjelang tengah malam itu, Emmeline sedang berdiri di balkoni biliknya untuk menikmati pemandangan bulan mengambang. Sengaja dia tidak memasang lampu kerana dia mahu menikmati keindahan malam ini.
Pada masa yang sama, kereta kuda yang membawa lambang keluarga diraja tiba di hadapan kediaman Duke Rich. Melihat bendera keluarga diraja pada kereta kuda itu, Emmeline segera mengetahui jika Logan sudah datang untuk menghantar Gabriella pulang.
Terlihat Logan yang terlebih dahulu turun dari kereta kuda itu dan menghulurkan tangannya ke arah Gabriella untuk membantu wanita itu turun. Perbuatan Logan membantu Gabriella itu membuatkan senyuman lebar muncul di wajah Emmeline.
"Mereka nampak semakin rapat. Baguslah, saya hanya pastikan tidak ada yang menganggu mereka."
Setelah Gabriella sudah masuk dan Logan kembali ke istana, Emmeline masih tinggal di balkoni sambil dia memandang ke arah bulan yang sedang mengambang. Suasana yang tenang tetapi sunyi itu membuatkan Emmeline berfikir tentang kehidupan lamanya.
Sejujurnya, kehidupan Emmeline sebagai Mirabel yang sebelum ini bukannya baik. Kedua orang tuanya mempunyai pekerjaan yang baik dan mereka tidak mempunyai masalah dalam sumber kewangan.
Namun, semuanya berubah apabila kedua orang tuanya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Saat itula baru Mirabel tahu ternyata ada banyak hutang yang perlu dibayar oleh ibu bapanya.
Mirabel mempunyai lima orang adik beradik dan tiga orang dari mereka masih bersekolah. Mirabel merupakan anak kedua dan sedang menyelesaikan tahun terakhirnya di universiti untuk menjadi seorang saintis.
Namun kerana berita kematian kedua orang tuanya, Mirabel terpaksa berhenti belajar dan kembali pulang ke rumah untuk membantu menjaga tiga orang adiknya. Kerana tidak tahan dengan hutang keluarga mereka, kakak Mirabel melarikan diri ke luar negara bersama suami barunya, meninggalkan Mirabel dan adik-adiknya menyelesaikan hutang keluarga tersebut.
Mirabel menjadi satu-satunya tulang belakang keluarga mereka kerana tiga orang adiknya masih bekerja. Demi mencari sesuap nasi, Mirabel bekerja di sebuah syarikat makanan. Tidak cukup dengan itu, dia juga membuat kerja separuh masa ketika hujung minggu.
Dia tidak membenarkan adik-adiknya untuk melakukan kerja separuh masa kerana dia mahu mereka menumpuhkan perhatian kepada pelajaran mereka. Setelah 15 tahun berhempas pulas bekerja siang dan malam, akhirnya hutang keluarga mereka lunas juga.
Baru saja mahu menikmati kehidupan tanpa hutang sekeliling pinggang, Mirabel pula ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Dan perkara seterusnya yang terjadi adalah, roh Mirabel dibawa masuk ke dunia ini dan menjadi Emmeline.
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasyMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...