Di tengah-tengah hutan yang dipenuhi dengan asap tebal, terlihat dua orang orang manusia sedang berdiri di dalam sebuah gazebo.
Mereka berdiri sebelah-menyebelah, dengan jarak yang kurang dari 1 meter. Pandangan mereka lontarkan ke hadapan tanpa ada sesiapa diantara mereka yang bercakap.
'Bila saya fikirkan kembali, ini bukan pertama kali saya berada di tempat asing bersama dengan Logan. Sebelum ini, saya juga pernah ditarik ke suatu tempat yang saya tidak kenal dan terserempak dengan Logan yang dalam keadaan cedera parah.'
'Tapi kali ini yang membawa saya ke sini ialah cincin ini...' Emmeline mengusap cincin yang dipakainya dalam diam. Dia tidak mahu menunjukkan cincin itu di hadapan Logan kerana tidak mahu lelaki itu mencurigai sesuatu.
Kepalanya ditundukkan sedikit sambil fikirannya masih dipenuhi dengan pelbagai jenis persoalan.
'Tapi semasa saya menyelamatkan Logan dulu, saya masih ingat cincin ini sudah menjadi milik saya. Jadi bermakna, adakah cincin ini adalah dalang di sebalik semua perkara ini? Adakah cincin ini yang membawa saya ke sini?'
Emmeline melirik ke arah Logan. 'Tapi kenapa harus bersama Putera Mahkota ini? Saya tidak mahu terlibat langsung dengan dia...'
Logan hanya berdiam diri sambil pandangannya dilontarkan ke arah hadapan. Walaupun wajahnya nampak dingin dan kosong, sebenarnya di dalam mindanya, dia sedang mencari jalan bagaimana hendak keluar dari tempat ini.
Ketika dia menyedari apabila Emmeline asyik memandang ke arahnya, Logan jadi tidak selesa. Kenapa gadis di sebelahnya ini asyik memandangnya dari tadi?
Logan boleh merasakan pandangan mata dari gadis itu. Setiap kali gadis itu melirik ke arahnya, Logan merasa agak kekok. Apalagi semasa melihat gadis itu di majlis tadi, ada sesuatu padanya yang membuatkan hati Logan merasa tidak senang hati.
"Apakah Lady Emmeline ingin mengatakan sesuatu? Mengapa anda sering menoleh ke arah saya sejak dari tadi?" Akhirnya Logan membuka mulut untuk bertanya.
Gelabah perasaannya apabila mendapati yang Logan menyedari perlakuannya melirik ke arah Putera Mahkota. Emmeline melarikan pandangannya ke tempat lain, mengelak daripada bertatapan mata dengan Logan lagi.
"Sa-saya cuma ingin tahu..." Emmelina bersuara dalam keadaan resah. Terasa bahang panas di kawasan pipinya kerana merasa malu. "Adakah Yang Mulia tahu bagaimana kita boleh berada di sini."
Logan mendiamkan diri beberapa minit, membiarkan soalan Emmeline itu tidak berjawab.
"Dan kenapa kita yang terpilih masuk ke sini? Terdengar tidak masuk akal, bukan? Nampaknya kita tiada pilihan lain selain bekerjasama agar kita boleh keluar dari tempat ini," sambung Emmeline lagi. Kedua tangannya disilangkan ke atas dada.
Logan masih tidak mengatakan apa-apa. Kelakuannya itu membuatkan suasana menjadi semakin kekok kerana soalan Emmeline yang tidak berjawab. Ini menjadikan Emmeline merasa sedikit geram. Rasanya saat ini dia sedang bercakap dengan sebuah tunggul kayu.
'Adakah dia melakukan ini secara sengaja? Apakah dia sengaja ingin mempermalukan saya? At least dia boleh menjawab sedikit sahaja soalan saya, kenapa dia harus membiarkan saya bercakap seorang diri? Memang layaklah kau dipanggil sebagai muka dingin!' gerutu Emmeline di dalam hati.
Keinginannya untuk keluar dari tempat ini menjadi semakin tinggi. Lagipun, Emmeline tidak mahu bercakap dengan orang dingin macam Logan. Boleh gila dia bila bercakap seorang diri! Hanya Gabriella saja yang boleh buatkan Putera Mahkota Dingin ni buka mulut dengan sukarela!
Emmeline menghembuskan nafasnya dengan rasa sesal di dalam hati. Kali ini dia tidak menumpukan perhatian kepada Logan lagi. Dia mula memikirkan caranya untuk keluar dari tempat ini.
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasiaMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...