Saat menyedari yang Logan sedang memandang ke arah Emmeline, Gabriella segera menoleh ke arah adiknya. Melihat adiknya sedang memandang ke tempat lain, Gabriella menarik tangan Emmeline.
Akibatnya, badan Emmeline terpusing dan kini Emmeline berhadapan langsung dengan Logan. Seram sejuk seluruh tubuh Emmeline saat pandangan matanya bertemu dengan pandangan tajam milik Logan.
'Everthing's gonna be okay, right? Dia tidak akan mengenali saya bukan?' Emmeline berkata dalam hati. Risau sebenarnya jika Logan tiba-tiba mengenalinya.
Emmeline merasa risau kerana Emmeline tidak pernah menggunakan sihir menghilangkan ingatan seseorang sebelum ini. Jadi dia tidak tahu jika sihir itu berjaya atau tidak.
"Emmy, apa yang kau sedang menungkan tu? Yang Mulia sedang memandang kau. Jangan hanya tercegat di sana, katakan sesuatu," pinta Gabriella untuk mendesak Emmeline mengatakan sesuatu.
Emmeline memaksa dirinya untuk tersenyum manis. Dia cuba untuk membalas pandangan mata Logan tapi tidak mampu. Rasa risau dan serba-salahnya semakin menggunung di dalam jiwanya. Akhirnya, Emmeline melarikan pandangannya ke arah pin emas yang mempunyai simbol kepala singa yang dipakai di tepi dada kiri Logan.
Lambang kepala singa itu hanya boleh dipakai oleh mereka yang berketurunan diraja. Orang lain yang tidak mempunyai kaitan yang memakai lambang itu pasti akan dihukum berat.
Melihat Emmeline melarikan pandangannya dan tingkahnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu, membuatkan Logan mengecilkan matanya. Apakah yang sedang dia sembunyikan? Kenapa dia bertingkah aneh seperti ini?
"Salam... Salam hormat, Yang Mulia..."
Mahu saja Emmeline menampar mulutnya saat ini. Boleh pula dia tergagap-gagap di hadapan putera ais dingin ni... Macam mana dia nak cover kalau sebenarnya dia sedang risau?
Logan tidak membalas apa-apa atau memberi reaksi sama sekali. Hanya wajah dinginnya dan pandangan matanya yang diberikan kepada gadis itu.
Kerana ingatan Logan mengenai Emmeline yang menggunakan sihir sudah dihilangkan, Logan hanya mengenali peribadi Emmeline melalui gosip-gosip yang dia dengar.
Logan bukan seorang yang suka mendengar gosip tapi berita itu tidak dapat dia elakkan kerana semua orang asyik bercakap tentang peribadi anak perempuan kedua Duke Rich selama 24 jam berterusan.
Logan tidak mahu bercakap dengan Emmeline kerana dia tahu tidak ada faedahnya bercakap dengan gadis itu. Lalu matanya dipindahkan kepada Gabriella. Wajahnya dinginnya tadi terlihat menjadi sedikit lembut. "See you soon, My Lady."
"Yes, Your Highness."
Dengan sebuah gerakan tunduk hormat, Gabriella membiarkan Logan pergi ke lokasi tempat duduk yang telah disediakan. Senyuman manis tidak pernah hilang dari wajah wanita itu.
Berbeza pula dengan Emmeline. Wajahnya sudah terlihat resah. 'Dia tidak ingat tentang kejadian saya gunakan sihir, bukan? Jika tengok dari reaksi dia, lelaki dingin ni tak katakan apa-apa. Dan tidak menangkap saya juga. Bermakna, sihir saya itu berjaya!'
Emmeline bersorak dalam diam saat mengetahui sihirnya ke atas Logan berjaya. Tapi saat Gabriella menoleh ke arahnya, Emmeline berlagak seperti biasa. Dia tidak mahu kakaknya bertanya apakah alasan Emmeline bersorak seperti itu.
Tanpa disedarinya, Logan yang sudah duduk itu kembali menoleh ke arah meja Gabriella dan Emmeline. Namun pandangannya bukan melekat pada Gabriella, melainkan si gadis bergaun merun yang sedang memandang sekeliling dengan wajah bosan.
Logan tidak boleh menepis perasaan yang bertandang di hatinya ketika melihat wajah gadis itu. Seingatnya, Logan tidak pernah berjumpa dengan Emmeline, jauh sekali untuk bercakap bersamanya. Jadi kenapa dia merasa seperti dia sudah lama mengenali gadis itu?
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasyMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...