Kerana Logan sudah ada untuk menemani Gabriella, Emmeline secara langsung tidak mahu mengikuti ke mana mereka pergi. Emmeline mahu jadikan ini sebagai peluangnya untuk membuatkan hubungan antara Logan Gabriella menjadi semakin rapat.
Jika perasaan diantara mereka berdua menjadi semakin rapat, Emmeline tidak perlu merisaukan nyawanya yang akan dicabut di masa akan datang.
Tapi yang membuatkan Emmeline kesal adalah, dia ditinggalkan seorang diri tanpa teman saat ini. Pembantunya Susanna tidak ikut. Jadi yang hanya menemaninya saat ini hanya tiga orang pengawal peribadi. Tapi mereka tidak mungkin dibawa main oleh Emmeline saat ini.
Kerana sudah bosan dan tidak tahu hendak melakukan apa, Emmeline mengambil keputusan untuk kembali ke hotel sahaja dan berehat.
Setelah membersihkan diri dan mengganti baju, Emmeline tertidur di katil. Sehingga matahari sudah terbenam, barulah Emmeline terbangun lagi. Saat dia bangun, Emmeline tidak melihat sesiapa pun termasuk Susanna.
Dengan wajah mamai, Emmeline turun dari katil. "Susanna, sekarang sudah jam berapa? Berapa lama saya tertidur tadi?" Emmeline merenggangkan otot badannya setelah turun dari katil.
Beberapa minit kemudian, masih tiada jawapan yang Emmeline dengar dari Susanna. Tidak mungkin Susanna berdiam diri di luar bilik jika dia mengetahui Emmeline sudah bangun. Setelah Emmeline bangun dari tidur, Susanna akan melakukan tugasnya dengan segera.
"Susan?" Panggil Emmeline dengan suara baru bangun.
"Susanna??" Emmeline memanggil semula bila Susanna langsung tidak menjawab.
"Ke mana dia pergi? Kenapa tiada yang menjawab saya?"
Emmeline bergerak ke pintu. Siapa tahu kalau Susanna tertidur di luar biliknya. Pernah juga dia menangkap basah pembantu peribadinya itu tidur di luar bilik. Mungkin sebab itu kenapa dia tidak dengar dipanggil kerana sedang tidur.
"Susann--"
Suara Emmeline berhenti separuh jalan. Ini kerana dia tidak dapat mengambil langkah seterusnya walaupun baru selangkah dia buat. Bila dia cuba untuk bergerak ke hadapan, badan Emmeline akan terasa kaku macam ais.
Emmeline tidak dapat melangkah ke hadapan atau bergerak pun. Sekuat mana Emmeline mencuba untuk bergerak, semuanya sia-sia, seakan-akan tubuhnya berada di bawah pengaruh magik dan dikawal oleh seseorang.
"The hell? Apa yang terjadi pada saya ni?"
Tanpa dia sedari, cincin yang dibeli oleh Emmeline dan sekarang sudah tersarung kemas di jarinya, mengeluarkan sebuah cahaya. Cahaya itu kecil tapi masih boleh kelihatan.
Sejurus itu, tiba-tiba tubuh Emmeline seolah-olah ditarik dari belakang sehingga Emmeline merasa badannya bergerak dengan laju ke belakang.
"ARGH!!"
Emmeline hampir terjatuh ke belakang jika bukan kerana dia berusaha mengimbangi badannya. "What the hell was that? What just happen?!"
Emmeline memandang keadaan tubuhnya. Dia masih baik-baik saja. Tapi siapa yang melakukan perkara ini kepadanya.Emmeline memandang sekeliling dan menyedari yang dia bukan lagi berada di biliknya, melainkan dia berada di tepi sebuah sungai. Yang menerangi suasana sekelilingnya hanyalah cahaya dari sinaran bulan.
"What? Kenapa saya boleh ada di sini?"
Emmeline masih terlihat bingung. Apa tidak, satu saat yang lalu dia masih ada di biliknya tapi sesaat kemudian dia sudah ada di tempat ini. Apa sebenarnya yang terjadi?
"Macam mana saya boleh berpindah ke sini?" Emmeline tahu seseorang boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan satu kuasa magik teleportation atau kertas magik teleportation.
YOU ARE READING
4. Mark By Fate
FantasyMirabel yang sudah meninggal dunia di dunia asalnya telah berpindah ke dunia lain dan kini menguasai badan seorang wanita bernama Emmeline. Emmeline Rich merupakan anak seorang Duke di sebuah kota dan mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan b...