Chapter 1

1.8K 79 0
                                    

DAK!

DAK!

DAK!

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan menuju ke atas dan menuju ke bilik Naura Kayla yang berada di hujung sekali.

TOK!

TOK!

TOK!

Puan Nina mengetuk lalu membuka pintu bilik Naura dan menuju ke arah Naura yang masih lena dibuai mimpi

"Naura kayla, bangun sayang" Lembut sahaja nada Puan Nina mengejutkan anak bongsu nya.

"erm l-lima menit mami" Jawab Naura yang masih ngantuk.

"Kamu memang tak nak pergi sekolah Naura? Dah pukul 6:30 pagi ni sayang oii" Balas Puan Nina apabila melihat tiada tanda-tanda anak nya ingin bangun. Liat sungguh mahu membangunkan anak nya yang satu ini.

"HAA!?? KENAPA MAMI TAK KEJUT NAURA PUKUL 6 TADI, AHH NAURA DAH LAMBAT NI MAMI!!" Terbeliak besar mata Naura apabila mendengar perkataan dari mulut Puan Nina.

"Mami pula kamu salahkan, kamu tu kenapa tidur lambat semalam" Bebel Puan Nina kepada anaknya.

"Kamu pergi mandi cepat, nanti abang kamu tinggalkan kamu pula, mami nak siapkan makanan dulu" Usai itu Puan Nina terus keluar dari bilik Naura dan menuju ke arah dapur.

"SIAL PUNYA JAM!" Marah Naura apabila dia melihat jam yang berada di night stand nya itu tidak bergerak, abis bateri mungkin. Naura bangun lalu mencapai tuala yg tersangkut di belakang pintu bilik nya dan mula membersihkan diri.







"Selamat pagi adik abang, masam je muka" Sedari tadi Naren abang nya Naura sudah berada di meja makan. Naren tersenyum kepada adik nya yang berjalan ke arah meja makan.

"Hm.. dah lah jom kita pergi sekolah, dah lambat ni." Dia melihat jam yang di tangan nya sudah menunjukkan pukul 7 pagi, pintu pagar akan tutup pukul 7:20 pagi.

"Sarapan dulu Naura, adik tu ada gastrik, nanti sakit pula perut adik" Naren menyuruh adik nya sarapan dahulu.

"Ah dah tak ada masa, jom lah pergi nanti aku makan lah dekat kantin" Naura menarik tangan abang nya untuk pergi ke sekolah, karang terlambat kena hukum pula dengan pengawas. Sudah lah jalan kaki, boleh mengambil masa dalam 7 menit juga ke sekolah.

"Kejap lah, salam mami dulu" Naren menuju ke arah mama nya dan menyalam tangan kasar mama nya diikuti dengan Naura juga.

"Bye mami, Assalamualaikum" Ucap Naren lalu menarik Naura untuk ke sekolah. Tahun ni mereka berdua form 5, mereka kembar tak seiras.

"Waalaikumussalam" Balas Puan Nina sambil lambaikan tangan ke arah anak-anaknya.

"Ish tak payah lah tarik kuat sangat, kau tarik tangan aku macam nak putus" Naura tarik tangan nya dengan kasar. Naren? Dah terbiasa dengan perangai adiknya.

"Adik tak nak ubah ke perangai tu?" Tanya Naren sambil memakan roti yang sudah disediakan dalam bag oleh mama nya tadi.

"Kau tak suka ke perangai aku macam ni?" Naura hela nafas dengan kasar.

"heh dah sampai sekolah lah, tak perasan pula" Naren sengaja menukar topik.

Naura hanya diam dengan wajah datar, tiada riak langsung.

"Hey adik, dah sampai sekolah ni" Panggil Naren lembut.

Naura memandang wajah abang nya sekilas.

"OI KORANG BERDUA, MASUK SEKOLAH CEPAT SEBELUM AKU TUTUP PAGAR SEKOLAH NI!!" Jerit salah seorang pengawas perempuan yang sudah sedia untuk menutup pagar sekolah.

ARYAN MIKAEL || OGWhere stories live. Discover now