Chapter 17

592 38 0
                                    

Naura terpanah dengan bilik tersebut. Dinding yang berwarna hitam dan putih. Seperti sebuah corak. Di mata Naura, bilik ini cukup luas dan cantik.

"Kenapa tercegat dekat depan pintu?" Naura terus kalihkan pandangan nya, dan berjalan mendekati sang suami.

"Cantik bilik ni..." Naura melabuhkan punggungnya di atas katil.

Mata nya bergerak, melihat sekeliling dan mata nya terhenti di sebuah frame yang terletak elok di rak buku. Dari padangan Naura, di dalam frame tersebut, ada seorang budak perempuan yang berpelukan dengan seorang budak lelaki yang lebih besar dari tubuh budak perempuan itu.

Setelah di perhatikan dengan teliti. Dia sepertinya mengenali siapa yang berada di dalam frame tersebut. Naura menoleh ke arah suaminya. Bersedia untuk bertanya.

"Abang," lelaki itu hanya berdehem. Kepala itu tidak mahu kalih dari telefon.

"Dekat dalam frame tu, gambar kita berdua?" Soal Naura dengan penuh penasaran.

Aryan yang tadi, tidak ingin kalih padangan dari telefon. Kini mata itu sudah melihat frame lama yang terletak elok di rak buku.

"That girl is really pretty, isn't she?" Naura mengangguk. Ya, Naura tidak nafikan yang di frame itu, wajah gadis itu benar- benar cantik.

"She is my wife now." Aryan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Kenangan yang indah, kembali berputar pada ingatannya.

Naura diam tak berkutik, tidak tahu ingin membalas apa. Entah perasaan apa yang menyambar hati nya. Setitik mutiara jernih turun di pipi. Dia, terharu.

Naura mengesat air mata nya. Lalu bibir itu melakarkan senyuman manis. Aryan menarik pinggang Naura sehingga tubuh Naura bertemu dengan tubuh tegap nya.

Lama mereka berdua berdiam diri. Entah apa yang berada di fikiran masing - masing.





"Assalamualaikum mak!"

"Waalaikumussalam! Sekejap!" Tergopoh - gopoh Puan Areya berlari ke luar rumah.

Lepas saja dari pintu rumah, Puan Areya tersenyum lebar. Anak sulung nya dah sampai! Terus Puan Areya berjalan mendekati sang anak.

"Baru teringat mak dekat sini ke, Ari?" Ucap Puan Areya sinis. Puan Arina tergelak kecil. Ada - ada aje mak nya ini.

"Mak ni.. Ari kerja lah, lagi - lagi suami Ari ni. 24 jam dekat office je." Puan Arina menyiku lengan suaminya. Tuan Megat tersenyum.

Betulah, dia memang 24 jam pun dekat office. Tidak di nafikan.

"Mak," Tuan Megat menyalam tangan Puan Areya. Diikuti juga dengan Puan Arina.

"Mak nyo, apa yang riuh sangat tu dekat dapur.. sampai dengar keluar.."

"Biasalah.., adik - adik kamu tu, membawang aje kerja nya. Entah apa yang di bincangkan, mak pun tak tahu." Puan Areya mengangkat bahunya dengan wajah yang blur. Comel betul lah nekma ni.

"Ya lah mak, mari lah kita masuk. Tak elok pula berborak macam ni aje.."

"Jom - jom." Puan Areya sudah jalan mendahului sepasang suami isteri itu.

"Sayang masuk dulu, abang nak angkat barang. Nanti sayang tolong panggilkan Ryan." Pinta Tuan Megat pada isterinya. Puan Arina mengangguk.

Puan Arina membuka langkah dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Tepat di depan pintu. Puan Arina baru saja ingin mengetuk pintu tersebut. Dia mendengar ketawa sepasang suami isteri di sebalik pintu itu. Tersenyum kecil Puan Arina.

Tok!!

Tok!!

Tok!!

Terbuka lebar pintu bilik tersebut. Terlihatlah seorang gadis cantik yang berpakaian baju kurung dan bertudung labuh. Sejuk mata Puan Arina memandang.

"Eh– mama? Bila sampai?" Naura terus memeluk mama mertua nya. Puan Arina juga membalas pelukan tersebut.

"Mama baru je sampai.." Puan Arina perlahan meleraikan pelukan tersebut.

"Papa mana?" Soal Aryan yang berjalan mendekati ibu dan anak itu.

Puan Arina memandang ke arah sumber suara. Wah! Bukan main tegap lagi anak nya yang sorang ni. Rajin pergi gym ke macam mana ni?

"Amboi! Bukan main tegap lagi badan tu.., kalah papa!" Terus tergelak kecil Puan Arina dan Naura.

"Dah orang tu suka sangat dekat dada besar, nak buat macam mana kan, mama?" Pipi Naura terus berubah menjadi merah.

Dengar saja ayat dari anak nya itu. Semakin kuat Puan Arina tergelak. Ada - ada je anak dia ni.

"Pandai lah kamu.., sebelum mama terlupa, papa panggil kamu, dekat luar rumah."

Aryan terus membuka langkah dan berjalan keluar rumah. Tiada kata - kata yang keluar dari mulut Aryan. Lelaki itu terus keluar begitu saja.

"Biarkan je budak tu.., jom teman mama pergi dapur, sambil - sambil tu boleh tolong nekma masak." Naura mengangguk.

Puan Arina dan Naura terus membuka langkah dan menuju ke dapur.

"Eh, Ina!" Panggil Puan Afina pada kakak nya yang baru saja muncul di dapur.

Aina, dan Azira. Melihat Naura dengan pandangan jijik. Naura yang terasa seperti diri nya di pandang. Dia menyembunyikan sedikit badan nya di belakang Puan Arina.

"Aku ingatkan dah mengandung."

"Itulah, dah berapa bulan dia kahwin dengan Ael, tapi tak ada anak lagi."

"Entah - entah mandul."

Deg!

Gugur jantung Naura, apabila mendengar suara dari salah seorang di situ. Dia mandul?

"Aina! Mulut tu jangan kurang ajar boleh tak?" Marah Puan Arina pada adik kedua nya.

"Apa? Betul kan Aina cakap? Yang perempuan ni mandul! Kenapa kakak nak bela sangat perempuan mandul ni!?" Tak terima Aina apabila dikatakan kurang ajar. 

Dang!

Hatinya tergores apabila ayat 'mandul' keluar dari mulut makcik Aina. Dada nya seperti di hentam oleh batu besar. Naura yang tak terima di katakan mandul oleh makcik Aina.

"Excuse me, makcik? Makcik kata saya mandul? Kenapa makcik nak ambil peduli tentang saya. Apa hak makcik? Makcik tak ada hak nak kata saya mandul." Bidas Naura. Makcik Aina terkejut. Berani betul budak ni.

"Wait, bukan makcik ke yang mandul?" Sinis Naura. Makcik Aina terus terdiam.

"Kau mulut jangan kurang ajar boleh tak!!?" Marah Makcik Azira.

"Mulut makcik yang kurang ajar! Selama berpuluh tahun makcik hidup, tak kan tak boleh fikir? Macam mana lah suami makcik, boleh tahan dengan mulut puaka makcik ni." Bidas Naura. Terus terdiam Makcik Azira.

"Kenapa diam? Apa yang saya cakap tu, betul?"

"Apa kecoh - kecoh ni? Tak baik jiran dengar nanti. Kamu berdua pun, dah tua fikiran masih lagi macam budak - budak." Bidas nekma. Makcik Aina dan Makcik Azira menyambung potong bawang dengan wajah yang tidak puas hati.

"Sini Naura, tolong nekma." Panggil nekma. Naura berjalan mendekati nekma.

Hati nya terasa puas apabila melihat Makcik Aina dan Makcik Azira diam tak berkutik.













ARYAN MIKAEL || OGWhere stories live. Discover now