Bab 5

3.4K 58 0
                                    

We all want to be loved. We all want to feel accepted. We all want to feel content. And life is hard.

Baru sahaja kaki Nessa melangkah masuk ke dalam rumah..

"Aku dengar sejak anak jantan tak guna tu balik sini,dia asyik ganggu kau?"~  tanya Tengku Mansor dari ruang tamu rumah mereka..

Nessa berhenti dari melangkah..Aduh! cepat sungguh berita sampai di telinga daddy..Sudah aku agak siapa yang menyampaikan berita itu,sape lagi kalau bukan Aliff Hakeem.. Hmm

Diletakkan ipadnya di atas meja,Tengku Mansor bangun berdiri sambil memeluk tubuh memandang ke arah satu-satunya anak perempuan yang dia ada..

Dan fikiran Nessa pun mula teringat akan kejadian tadi..

"Kenapa ni..???"~ Mata Hakeem merenung tajam pada pegangan tangan Rian..

Giginya diketap kuat..marah,benci semuanya bercampur baur saat ini..Aku dah boleh agak perkara macam ni akan berlaku di antara mereka berdua,bukan setakat di office,tapi dirumah pun sama..Dasar perempuan murahan! Kalaulah aku lambat masuk tadi,rasanya bukan setakat pegang tangan je..

Hadrian mengusap lembut tangan Nessa, sebelum dia melepaskan pautan tangan itu..Peduli apa aku! tak puas hati? jom satu lawan satu..Setakat buat jahat belakang aku,baik tak payah jadi anak jantan!! Apa kau ingat aku bodoh?? Dasar anak pungut takde telur,sampah masyarakat! Sumpah Hadrian dalam hati..

"Nothing Nessa cakap tangan dia sakit..so aku tolong tengokkan.."~ slamber badak Hadrian jawab..Kolar t-shirt polo yang dipakainya dibetulkan sedikit dengan gaya terpaling hensem..

Nessa hanya merenung ke arah Rian..Blur!

Hakeem melangkah masuk menuju ke arah Nessa..

"Really honey? sakit kenape?"~ diraih lengan Nessa dibeleknya ke kiri dan kanan..Aikk elok je aku tengok.. entah-entah aku dah diperbodohkan oleh mereka berdua?

Cemburu dihati Hadrian sebenarnya bukan biasa-biasa, tapi di tahap luar biasa..Di tahan sekuat yang boleh,agar tidak berlaku pergaduhan di sini,matanya dengan mata Nessa bertaut rapat dalam beberapa saat..dan hanya renungan mata itu juga,aku yakin Nessa masih cintakan aku!! Sabar sayang..i akan selamatkan you..bisik hatinya..

"Aku balik dulu.."~ di pusingkan badannya mahu keluar dari situ..

Sebelum kaki aku naik hinggap di atas kepala Hakeem..Baik aku blah cepat-cepat..Perangai gila aku bukannya boleh dibuat main..sekejap okay sekejap tak okay! Kang tak pasal-pasal masuk lokap.. Haha

"Eh kau tak nak makan sini dulu ke?"~ sengaja Hakeem mahu lengahkan masa,riak wajah Rian berubah serta merta ketika dia memegang lengan Nessa..

"Tak.. ibu dah tunggu aku dekat rumah.."~ terus Hadrian pergi dari situ..

"Aku tanya ni,Tengku Nessa Imani!!!"~ Jerkah Tengku Mansor sehingga ruangan ini bergema kuat!

Terangkat kedua bahu Nessa! Ya Allah terkejut aku..jantungnya berdegup laju..

"Siapa daddy?"~ Nessa buat-buat tak faham..

Tiba-tiba darah Tengku Mansor mencanak naik!

"Siapa lagi kalau bukan anak Tan Sri Tengku Haris..Tengku Hadrian Syah yang kau terjatuh cinta dulu!! Lain yang aku suruh lain yang kau buat..kau ni kang memang nak kena dengan aku!!!"~ laju langkah Tengku Mansor meluru ke arah anak perempuannya...

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now