It's the little details that are vital. Little things make big things happen..
"Uhuk...uhuk..."~ terbatuk-batuk Tengku Mansor..
Nafasnya bagaikan tersekat di kerongkong,sambil tangan kanan mengurut-urut dada tuanya..
Sejak dua tiga menjak ini,kesihatan dia semakin merosot...kadang-kadang sukar untuk bernafas dan kadang-kadang juga sukar untuk melelapkan mata..Sudah beberapa hari dia tidak dapat masuk ke office..Nak menyuruh Nessa menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh beberapa hari lepas,takut Hadrian pula mencari Nessa di sana..serba tak kena..bisik hatinya..
Azizah yang melihat Tengku Mansor terbaring lesu di atas katil,lalu digosok perlahan belakang suaminya..
"Bang..mari la kita pergi ke hospital..saya tengok dah banyak hari Abang tak sihat, kang makin melarat pulak.."~ pujuk Azizah..
Entah macam mana lagi mahu memujuk suaminya pergi ke hospital,yang dia jawab cuma demam biasa..Haih! susah betul bila dapat suami degil tak dengar cakap orang lain..Kalau disuruhnya Nessa pujuk daddy nya? belum tentu lagi Tengku Mansor nak mendengar kata..Ada saja alasan dia bagi,itula inilah..desis hati Azizah yang mula memikirkan keadaan suaminya yang semakin tidak bermaya itu..
"Tak payah, sikit je ni..nanti lepas dah makan ubat,okay la..Ness tengah buat apa?"~ soal Tengku Mansor lagi..sejak dari siang tadi,dia tak nampak bayang Nessa masuk ke dalam biliknya..
"Dia ada dekat bawah tu,baru balik dari groceries.. saya nak ikut sekali tadi,tapi dia tak bagi..katanya suruh saya temankan Abang di rumah..so malam ni Abang nak makan apa? saya boleh masakan.."~ jawab Azizah panjang lebar..
Tengku Mansor bingkas bangun dari berbaring,lalu matanya melirik pada almari kayu kecil di sebelah katilnya..
"Hmm..ambilkan aku sampul surat dalam laci tu.."~ arah Tengku Mansor perlahan, tanpa menjawab soalan isterinya..
Azizah yang menoleh ke arah laci tersebut..lalu tangan menarik hujung laci sehingga terbuka..sepucuk sampul surat bersaiz A4 diambil kemudian dihulurkan kepada suaminya..
"Ini ke Abang.."~tunjuk Azizah..
Tengku Mansor hanya mengangguk..
"Bagitahu Ness,kejap lagi kita solat maghrib sama-sama dekat bawah.."~
Azizah mulai rasa tak sedap hati..pelik! sejak kebelakangan ni,suaminya asyik mahu solat berjemaah..Entah apa yang dia fikirkan, sehingga perubahannya agak drastik sejak beberapa hari lepas..Tapi tetap Azizah akur terus dia keluar dari situ dan turun ke bawah untuk memberitahu anaknya..
.....
Seusai menunaikan solat maghrib bersama,Nessa bangun dari sejadah dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan daddy dan mama..Meskipun banyak perkara yang terjadi padanya,akibat perbuatan daddy dulu..Hanya satu pegangan hidup Nessa,iaitu daddy adalah ayah kandungnya dan daddy juga telah membesarkan dia sejak dari lahir lagi..Mana mungkin dia akan bencikan daddy walau sekecil zarah..
Aku tahu kesalahan daddy teramatlah besar yang takkan pernah seorang bapa berbuat begitu kepada darah dagingnya sendiri..tapi Ya Allah Engkau kuatkanlah hati aku,supaya aku dapat lupakan dan maafkan daddy dengan seikhlas hati..Hmm..Lagipun beberapa harini ,daddy lebih banyak mendiamkan diri,entah apa yang merisaukan atau merunsingkan dia,aku sendiri pun tak pasti..
Hmm..atau mungkin dia ada masalah lain di pejabat? Nak bertanya lebih kang takut daddy pula yang mengamuk tak tentu pasal,sebab bertanyakan hal yang tidak sepatutnya..so baiklah aku berdiam diri dan itu lebih baik..bisik hati Nessa..
YOU ARE READING
PROMISE me? { HOLD }
Romance"Please lupakan i Rian.."~ Tengku Nessa Imani "NEVER!! Sekali you muncul dalam hidup i..selamanya you akan berada disini,dan itu janji i pada you.."~ Tengku Hadrian Syah Warning ? Sexy Storyline ? 18 + ? Matured © All rights reserved by RaraIsmail9