Bab 12

2.5K 68 4
                                    

"Everything happens for a reason, even bad things."


Langkawi International Airport.

Perjalanan dari KL ke Langkawi mengambil masa satu jam lima minit..Keluar saja dari perut pesawat Nessa dan Hakeem terus menaiki sebuah kereta yang telah disediakan oleh pihak company, untuk mereka menuju ke Telaga Harbor Marina Langkawi dan terus ke Koh Lipe..

Lahhh aku ingatkan direct sampai ke sana?rupanya kena naik bot? Haha kau pun Nessa..Belajar tinggi-tinggi takkan itu pun tak tahu? mana la aku nak tahu tak pernah pergi kot..Haishhh!

Cuaca yang agak panas terik dengan pengunjung yang berpusu-pusu,tetap tidak menghalang untuk mereka bercuti bersama keluarga disini..Dan ini juga,kali kedua aku datang ke Langkawi selepas bernikah dengan Rian, itu pun dua hari je..kalaulah Rian datang sekali,boleh aku dengan dia berhoneymoon untuk kali kedua lagi syok! Haa itu aje la kau reti? Ofcourse barang boek barang rare! tak semua orang memiliki okay! haha

"Kenapa kita berdua je naik bot ni?"~ soal Nessa sambil melangkah naik ke atas bot mewah yang di panggil Yacht, dan juga mahu memecah kesunyian di antara mereka berdua sejak dari Airport tadi..

Sesekali dia menoleh ke arah Hakeem yang berada dibelakangnya..

Kata Syamira semalam Encik Sarif pun pergi Koh Lipe,tapi mana dia?batang hidung dia pun aku tak nampak? Haa entah-entah dia dah sampai ke Koh Lipe tak?

Hakeem yang tak menjawab soalan Nessa,mengisyaratkan pada pemandu bot,agar bot ini bergerak ke destinasi mereka secepat mungkin..

Dia yang berjalan perlahan-lahan,terus mendekati Nessa yang tenang berdiri di luar bot,sambil mengambil angin laut..

"Inikan private yacht One Empire mestilah kita berdua je sayang.."~ jawabnya yang betul-betul berdiri dibelakang Nessa..melekat rapat sehingga tubuhnya merasa lengkuk tubuh Nessa..

Hmm bau perfume Nessa yang wangi,buat hatinya tak sabar nak meratah tubuh ini..Sabar Hakeem sekejap lagi dia akan menjadi milik kau sepenuhnya...

Tersentak Nessa..terus dia pusing ke arah Hakeem...

"Apa you buat ni?!!"~ ditolak kasar tubuh Hakeem agar menjauh darinya..

Ya Allah sumpah aku terkejut gila,tiba-tiba Hakeem berdiri dibelakang aku..dekat giler sampaikan aku terasa....eeee geli pulak aku sebut benda-benda tak serupa manusia ni..Huh bodoh!

Hakeem meraup wajahnya..

"Sorry Ness,Abang tak perasaan tadi.."~ jawab dia lagi..

Dengan perasaan marah yang menebal Nessa tak menjawab soalan itu,lalu kakinya melangkah masuk ke ruangan rehat untuk mencari iphone nya di dalam handbag..tiba-tiba teringat pada suami tercinta..Kalaulah Rian tahu Hakeem buat macam tu dekat aku,agaknya besok terus Hakeem masuk hospital.. Bengong! pervert! sumpahnya lagi tak puas hati..

Baru saja jari jemarinya nak turn off flight mode,iphone nya di rampas oleh Hakeem dari arah depan..terkejut Nessa lalu diangkat kepalanya memandang wajah Hakeem..

"No handfone no problem..right?"~ dilempar handfone Nessa ke lantai..

Melopong mulut Nessa..dasar jantan tak guna..dada yang turun naik menahan kemarahan dalam dirinya sejak beberapa minit tadi, terus merenung tajam ke arah Hakeem,laju tangan kanannya naik menampar pipi jantan tak guna ini..

Pang!!!! terteleng kepala Hakeem ke sebelah kiri..

Terkejut Hakeem..tak menyangka secepat itu dia mendapat tamparan hebat dari Nessa..dipegang pipinya sebelah yang terasa kebas..renungan mata Nessa seolah-olah mencabar ego lelakinya saat ini...

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now