Bab 4

3.5K 73 4
                                    

Don't care about the destination — just keep going towards your goals..

"Habis tu babe,dia okay ke lepas kena tampar dengan kau?"~ soal Eva serius...

Dia dan Nessa sekarang berada di Paul Pavillion, selepas Nessa habis waktu bekerja..Kebetulan minggu ni,giliran dia datang ke KL di rumah suaminya Amir..Pjj be like! So ape salahnya aku craving nak makan cake kan?Al maklumlah bila dah balik kelantan,mana ada cheese cake macam di Paul..Alasan Haks!

Iced latte depan mata Nessa dikacau sejak dari tadi..Haih! keluh dia lagi..Rasa macam takde semangat aku nak pergi kerja besok..Huaaa! Aku tak suka perasaan berbelah bagi macam ni!! tak suka! tak suka! tak suka!

Berani-berani dia kiss aku tadi? Eee bencinya aku!?!! Benci! benci! benci! Eh yeke benci? padahal kau suka kan kena kiss dengan Rian? Haha Mana boleh BERDOSA..Kalau dulu lain,masa tu aku bodoh lagi,fikir nak sedap je!..tapi sekarang aku dah tak buat semua benda tu..Adoi Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa aku..Perbuatan dia tu,memang diluar jangkaan aku..

"Entah babe,perangai dia dari dulu tetap sama degil..tapi sekarang ni,aku rasa perangai dia makin menyakitkan hati aku.."~ luah Nessa disedut Iced latte ke dalam mulutnya..

"Menyakitkan hati? maksud kau..?"~ soal Eva..

"Bila dia bercakap tu,asyik nak sindir aku je.."~ bagitahu Nessa masih tak memandang ke arah Eva..

Hahaha Eva tergelak kecil..

"Lelaki babe,makin dia jealous makin sakit hati pastu mulalah dia sengaja nak sakitkan hati kau jugak.."~

"Tapi aku tak suka,aku benci bila dia sindir aku,rasa tu betul-betul kena dekat aku..Ibarat sape yang makan cili dia rasa pedasnya..Haa gitu.."~ luah Nessa lagi sekali di angkat wajahnya memandang pada Eva..

"Kalau kau benci maknanya kau masih sayangkan Rian,betul tak?"~ duga Eva sambil merenung ke dalam anak mata Nessa..

Nessa mengeluh..

Sayang? biarlah Allah je tahu perasaan aku pada Rian..Kang kalau aku terlebih berharap, aku juga yang kecewa.Walaupun aku tahu,di antara aku dengan Rian takkan mungkin dapat bersama..Hmm bisik hatinya lagi..

"Hmm Amir tahu ke kau keluar dengan aku?"~ soal Nessa yang tak mahu menjawab soalan Eva..

"Of course lah dia suami aku,dia bagitahu tadi nak keluar dengan Rian.."~ gelas jus orange dicapai lalu diminumnya..

"Diorang nak pergi mane?"~

"Aikk kata tadi benci dia?tiber pulak kau nak ambik tahu pasal dia?"~ usik Eva..

"Eleh aku tanya je kot..!"~ Huh dibetulkan tudungnya di kepala..Nervous!

Eva cebik mulutnya.. Malu tapi mahu..! haha

"So esok cuti ape plan kau?"~

"Hmm esok Hakeem ajak keluar,entah dia nak bawak aku pergi mane..Aku ikut je.."~ takde moodnya aku!!

"Setia betul dia dengan kau kan..tapi kesian dia tak dapat nak memiliki hati dan jiwa kau babe..daddy dengan mama kau okay? ke macam dulu lagi?"~ soal Eva lagi..

Kadang-kadang aku kesian giler dengan si Nessa ni,aku tak faham betul kenapa family dia kacau bilau macam tu..Diorang tak kesiankan ke pada Nessa yang dah banyak berkorban perasaan jiwa untuk mereka berdua, dari dulu sampai sekarang yang asyik nak fikirkan kemarahan dan dendam yang tak berkesudahan..Sudah la Nessa satu-satunya anak perempuan yang mereka ada..Ada juga Nessa bagitahu yang mamanya dah okay dari dulu,cuma daddynya saja yang masih bencikan keluarga Rian..

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now