Chapter 2

98 11 0
                                    

Perpustakaan Konoha kelihatan sangat lengang, tidak ramai mengunjungi tempat tersebut melainkan mereka yang memiliki minat membaca atau diperlukan mencari sesuatu. Seperti seorang guru Akademi mudah yang sedang menjelajah lorong-lorong kecil yang memisahkan antara rak-rak buku

Sehinggalah dia kini sedang berdiri di bahagian perubatan. Dan di tangannya sudah terdapat tujuh buah buku bertemakan perubatan.

Kemudian dia bergerak dan mencari kawasan yang sedikit tersorok. Memilih meja dan bangku bersebelahan dengan tingkap untuk duduk di sana. Dia mencapai sebuah buku lalu dibuka dan dikaji. Menulis atau mencatat maklumat-maklumat penting dalam sebuah notanya.

Chunin itu langsung tidak menyedari bahawa setiap perbuatannya telah disaksikan oleh sepasang mata yang kebetulan berada di wilayah yang sama. Dia terus hanyut sehinggalah dia disedarkan oleh seseorang yang mengetuk mejanya.

Iruka mengangkat wajah kerana terganggu dan terus membulat matanya apabila dia melihat shinobi lagenda tersenyum kepadanya. Dengan pantas dia berdiri dan menundukkan hormat.

"Maaf atas kekasaran saya, Tsunade-sama" Dia berkata masih dalam kedudukan membongkok. Pewaris Senju itu ketawa kecil lalu mengambil tempat di kerusi kosong sebelah Iruka.

"Berehat Iruka-kun. Tidak mengapa, duduklah" Tsunade menarik lelaki muda itu untuk duduk. Kemudian matanya jatuh kepada buku-buku pilihan Iruka. Perasaan sedih simpati sedikit menyesakkan dadanya.

"Apa yang awak baca?" Soal Tsunade sebaik sahaja Iruka kembali duduk. Dia dapat melihat lelaki muda itu tersentak dengan soalannya. Kemudian dia tersenyum cerah seolah-olah tidak pernah ada riak kesakitan di wajah tan itu.

"Hanya buku-buku tentang perubatan" Iruka menjawab sambil menggaru hujung parutnya. Tsunade mengangguk lalu mengambil salah satu buku di atas meja itu.

"Hmm.. Penyakit Misteri dan Cakra Putih" Wanita itu membaca judulnya. Dia sedikit berkerut. Terlintas di fikirannya tentang satu cerita dahulu kala dimana di satu tempat di negara Salju telah berlaku satu penyakit aneh. Penghidap penyakit itu mengalami masalah kulit yang sangat teruk dan mudah berjangkit pelbagai penelitian dan rawatan telah dilakukan tetapi tiada apa yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut.

Sehingga satu saat Daimyo negara Salju telah memerintah untuk menempatkan semua mangsa-mangsa penyakit tersebut di satu kawasan untuk pengasingan. Dan meninggal mereka untuk mati sendiri.

Sehingga satu hari datang seorang pemuda yang kebanyakannya daripada khabar angin mengatakan bahawa beliau adalah dari keluarga shinobi dari sebuah negara yang dirahsiakan memiliki Cakra putih. Cakra putih telah dikelaskan sebagai Cakra langka. Cakra yang jarang dijumpai. Dalam pengetahuan masyarakat, manusia hanya memiliki Cakra berwarna hijau dan biru.

Melainkan manusia itu adalah perumah untuk binatang berekor. Cakra mereka akan bercampur dengan binatang berekor menjadi sama ada merah atau merah kehitaman.

Oleh kerana kemurahan hati shinobi itu dia telah menyembuhkan kesemua penyakit yang melanda negara itu dan kemudian hilang tanpa jejak seolah-olah dia tidak pernah hadir disana.

"Maaf bukan bacaan yang menarik" Suara lembut guru akademi itu menarik kembali lamunan Tsunade. Dia menoleh kepada guru itu.

"Saya ahli medis, bacaan tentang ini adalah sesuai untuk saya dan merupakan bacaan utama saya" Balasnya. Iruka sedikit menoleh kemudian mengangguk lalu kembali kepada apa saya yang ditulisnya.

"Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati" Dia sengaja berkata begitu untuk menarik tindak balas guru itu. Pastinya dia tersenyum apabila tangan yang menulis itu berhenti dan mengenggam erat pena itu sehingga memutih buku jarinya.

"Saya berharap-" Balasannya terlalu kecil dan lemah sehinggakan jika seseorang itu bukan shinobi dia tidak akan mendengarnya.

"Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan bacaan ini? Sedangkan saya tahu awak bukan iryo-nin" Iruka menelan liur mendengar soalan itu. Pen diletakkan diatas bukunya. Tangannya serta-merta jatuh keatas riba dan mengenggam erat. Dia sedikit bersandar tetapi masih menundukkan kepalanya.

"Saya ingin mengetahui tentang satu penyakit yang sehingga kini tidak pernah ditemui penawarnya." Jawab Iruka jujur. Tsunade mengangguk kecil. Sedikit berpaling menghadap Iruka yang langsung tidak mahu memandangkannya.

"Jadi apa yang awak dapat?"

"Tiada apa-apa" Suaranya benar-benar kalah. "Saya berharap saya boleh menemuinya. Tetapi nampaknya perkara yang saya ingin tahu adalah mustahil"

"Tentang apa yang awak mahu tahu?" Kali ini Iruka mengangkat wajahnya. Matanya sedikit bersinar. Tsunade menganggap itu adalah harapan.

"Awak tahu apa-apa tentang sumpahan inti kematian?" Guru muda itu benar-benar berharap dan dia berasa sedih apabila dia terpaksa mengecewakannya.

"Tidak banyak yang saya tahu, malangnya" Bahu Iruka jatuh dengan kejujuran Tsunade. "Kenapa awak mahu tahu tentang sumpahan itu? Setahu saya itu hanya cerita dibawa turun-temurun dan di gembar-gemburkan untuk menakutkan kanak-kanak nakal" Wanita itu terus meneliti wajah Chunin itu.

"Maaf" Tiba-tiba sahaja dia tersengih cerah semula. "Ia hanyalah kisah dongeng kanak-kanak" Dia ketawa kecil tetapi wanita itu tahu ketawa itu hanya dibuat-buat. "Saya pun tak tahu kenapa saya nak tahu tentang itu, Maaf. Mungkin saya terlalu banyak masa lapang, saya fikir saya perlu mengambil lebih banyak misi selepas ini" Dia berkata lagi dengan selangan tawa palsu.

Tsunade terus merenung guru gugup itu mengemas peralatannya dengan janggal. "Maaf Tsunade-sama, saya terpaksa pergi saya sudah lambat untuk syif meja misi" Kata Iruka tanpa memandang kearah wanita Senju itu.

Dia terus menangkap semua buku-buku ke dadanya dan bergerak untuk menyusun semula buku-buku itu ditempatnya. Kemudian tubuh kurus itu hilang dari pandangan Tsunade apabila dia keluar dari perpustakaan sunyi itu.

Buku yang masih di tangan Tsunade direnung seketika. Wanita itu membuka hanya sepintas lalu sehingga dia terlepas satu tajuk kecil tentang sekuntum bunga istemewa yang dapat menghapuskan sumpahan terlarang.

Bunga yang hanya mekar di satu kawasan pendalaman sebuah pulau di tanah Air. Kawasan yang telah menjadi tempat larangan bagi pengunjung. Penjaga pulau itu telah amanahkan pulau itu kepada Mizukage untuk melindunginya.

Bersambung...

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang