Chapter 7

44 5 0
                                    

Kakashi berkelip melihat gambar tiga insan sedang yang berdiri di padang latihan, diantaranya adalah seorang wanita. Wanita itu tersenyum cerah yang mengingatkan Kakashi kepada rupa senyuman Iruka.

Disisinya berdiri seorang lelaki yang kelihatan mesra merangkul wanita itu, dia seperti tidak tersenyum tetapi jika diteliti dengan rapat kelihatan satu senyuman tipis di bibirnya.

Dan insan ketiga, yang seterusnya adalah seseorang yang benar-benar membuat jantungnya berhenti berdegup malah hampir meletup.

Berdiri di sisi pasangan itu, seorang lelaki, berkulit cerah pucat, berambut perak dan gaya senyuman itu, masih segar dalam ingatannya. Hatake Sakumo tersenyum ke arahnya dengan senyuman yang dia tidak akan pernah dilihat lagi.

Tangannya menggigil hampir menjatuhkan gambar dalam pegangannya. Kemudian dia dikejutkan dengan pergerakan di sisinya, Iruka sedang merenungnya. Matanya cuba memfokuskan apa yang dilihatnya. Dan apabila dia sedar siapa berdiri di hadapannya, dia bangun dan menjerit apabila kepalanya seperti dipaku. Dalam sekelip mata Kakashi sudah berada di sisinya.

"Awak tak patut bangun mengejut seperti itu" Kakashi hampir marah. Iruka memohon maaf dan dengan bantuan Kakashi dia bangun untuk duduk sambil bersandar lesu di atas sofa.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Iruka sambil memicit kepalanya.

"Pasukan tujuh berkeras untuk berjumpa dengan awak bila mereka dengar awak dah balik. Naruto tidak berhenti merungut. Sekarang saya menghantar mereka ke pasar. Awak belum makan, kan?"

Iruka mengangguk yang nampaknya lebih memburukkan lagi sakit kepala. Kakashi jelas perasan.

"Sini, biar saya-" Kakashi menarik tangan Iruka supaya berhenti memicit kepalanya. Tangan Kakashi bercahaya melegakan kepalanya. Iruka merasakan sakit beransur-ansur sembuh. Terfikirnya jika lelaki itu sebenarnya seorang ahli perubatan.

"Terima Kasih" Dia bergumam lembut sebaik Kakashi selesai

"Bukan apa-apa," Terdapat jeda, "Nampaknya bapa saya dan orang tua awak berkawan baik" Kakashi berkata tiba-tiba. Iruka berkerut cuba memahami. Kemudian dia melihat buku dan melihat gambar di atas meja kopi.

"Oh, kaasan banyak cerita tentang Sakumo-jiji sebelum kaasan meninggal dunia" Iruka tersenyum lembut sambil mencapai foto itu. Mata merenung penuh kerinduan.

"Jiji?" Dia menyoal terkejut. Iruka hanya meningkat bahu. Meletak semula foto itu di atas meja dan kembali bersandar di sisi Kakashi. Copy ninja itu nampaknya tidak kisah, malah menarik guru itu supaya lebih selesa.

"Semasa saya lahir, tousan enggan menyentuh saya, malah dia tidak mahu memandang saya, tapi Sakumo-jiji nampak mengambil tugasan itu dengan baik, juga boleh dikatakan dia antara orang yang membesarkan saya sehingga umur saya cecah dua tahun" Iruka membuka cerita yang tidak pernah dia ceritakan kepada sesiapa.

"Tunggu! Jangan cakap bahawa kita sebenarnya.." Kakashi terpaksa menoleh untuk merenung wajah Iruka mencari kebenaran. Iruka hampir jatuh kengerian dalam proses itu.

"Apa! Tidak! Oh, Tuhan!" Iruka menjerit dia jelas dapat memastikan bahawa wajah Kakashi mengerikan di bawah topengnya.

"Maa, adakah menjadi adik saya begitu teruk" Kakashi mengusik, kembali bersandar. Iruka mencebik.

"Bukan saya yang buat muka menjijikkan itu" Iruka membalas "Untuk kepastian kaasan saya tidak curang dengan otousan awak. Ibu bapa kita berkawan baik." Sambung Iruka lagi.

"Kenapa saya tak pernah tahu pasal ini? Dan kenapa awak tak pernah cakap apa-apa?" Kakashi mempersoalkan. Iruka mengangkat bahu lagi. "Kenapa tousan awak tak nak sentuh awak?" Soal Kakashi tanpa berfikir. Melihat raut wajah Iruka jatuh, perut Kakashi memulas tidak enak.

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang