Iruka bangun dalam keadaan berpeluh dan sebahagian tubuhnya seperti mati rasa. Nafasnya pendek dan tersekat-sekat. Ia berlaku setiap kali dia bangun tidur. Setiap organnya terasa seperti dilelehkan oleh campuran asid.
Ketika kesakitan itu melanda hanya kematian yang dia inginkan. Dia pernah membunuh diri hampir membunuh diri tetapi seseorang sentiasa menghalangnya.
Kemudian dia telah membuat janji dengan Hiruzen. Hiruzen memberi syarat jika dia ingin mati. Dia perlu luluskan setiap pelajarnya dan kemudian Hiruzen sendiri akan membunuh jika dia mahu. Saat itulah dia menyedari Naruto telah menjadi lebih dari seorang pelajar dalam hidupnya.
Segala-galanya berlaku dia sengat menyayangi Naruto. Sehingga suatu hari dia sedar Naruto perlukan seseorang untuk dia pulang, jika tiada siapa yang mahu menunggunnya. Dia akan menjadi orang itu. Kemudian dia bermati-matian mencari tahu tentang penyakitnya dan bagaimana untuk sembuh.
Pertama kali dia mengetahui tentang penyakitnya atau sumpahan, perkaraitu telah terlulis didalam sebuah buku yang dia jumpa dalam simpanan ayahnya adalah seminggu setelah kematian kedua ibu bapanya.
Apabila dia membaca buku lama itu dia menyedari bahawa ayahnya tidak pernah membencinya. Ayahnya hanya tidak mampu berhadapan dengannya kerana sumpahan keluarga Umino.
Terdapat nota di helaian terakhir tulisan tangan ayahnya yang dia sangat dikenali. Nota itu adalah luahan hati ayahnya. Ikkaku memberi tahu bahawa dia terlalu menyayangi anaknya sehingga dia takut sumpahan itu serta-merta berlaku jika dia menyentuh anaknya.
Iruka telah menangis teresak-esak apabila dia membaca barisan terakhir nota itu. Air matanya telah menitis diatas beberapa tulisan.
'Jika nyawa ini boleh ditukar ganti sebagai penawar sumpahan mu, anakku. Bapamu akan lakukan tanpa teragak-agak. Iruka anakku, ketahuilah bapamu sangat-sangat menyayangimu sepenuh hati'
Tulisan itu telah dibaca berulang-ulang kali dan setiap hari sehinggalah dia jatuh koma dan kemudian bukunya telah tiada. Telah hilang tanpa jejak dia fikir seseorang telah mengambilnya.
"Naruto.. Saya mahu melihat Naruto lagi" Suara Iruka keluar tidak lain hanya hembusan nafas terdesak. Air mata usah dikata lagi, ia telah membasahi bantalnya dengan banyaknya.
Setiap pagi adalah neraka buatnya, bangun dalam keadaan tubuhnya dicarik-barik bukan pilihan. Dia hanya boleh mengira berada hari sahaja dalam setahun dia bangun dalam keadaan yang sangat baik.
Kemudian dia dapat merasakan seseorang di dalam rumahnya. Dia yakin itu bukan Naruto kerana Naruto tidak akan mengganggunya pada pagi persekolahan.
"Maaf ceroboh, tetapi saya membawa utusan daripada Akademi. Kami risau, awak tak muncul selepas tiga jam." Seseorang mengetuk pintu biliknya. "Dan maaf kerana masuk. Saya telah menunggu awak tapi awak tak keluar jadi saya masuk" Kata suara itu lagi diseberang pintu.
"Iruka sensei, awak ada didalam kan?" Ketukan berlaku lagi. Kemudian dia menyedari bahawa itu suara Suzume. Salah seorang guru di Akademi.
Iruka cuba bergerak tetapi badannya sangat sakit tangannya langsung tidak boleh diangkat. Dia yakin sejak lima tahun penyakit jahat itu menyerang. Ini adalah kesakitan yang paling dahsyat terjadi. Hanya kematian terbayang kini.
Dia mahu bangun, dia mahu berjalan dan membuka pintu, dia mahu berjumpa dengan Suzume sensei dan tersenyum seperti biasa dan memberi alasan dia terlebih tidur. Tetapi.. Tetapi.. Apa yang dia boleh lakukan adalah merengek sedih ditempat tidurnya.
Dia tidak dapat lagi menyedari apa yang berlaku walaupun suara Suzume sebenarnya telah membangunkan hampir seluruh penghuni bagunan itu dengan jeritannya.
Wanita itu berlari keluar mencari bantuan yang kebetulan kelihatan seorang lelaki berkepala putih sedang berjalan dengan malas untuk menuju ke satu tempat. Dia terus melompat dihadapan shinobi itu.
"Tolong.. Tolong.. Iru.. Iruka-sensei ber..berdarah dimana-mana" Wanita itu hampir mengalami serangan panik. Shinobi itu tidak berkata apa-apa. Terus berkelip dalam kelajuan dewa dan muncul di rumah Iruka.
Tatkala melihat Iruka terbaring dengan setiap rongga terbuka mengalirkan darah segar. Dia mengangkat guru pengsan itu dan terus berlari ke hospital.
Keadaan sedikit riuh rendah apabila dia muncul bersama Iruka yang berdarah di dadanya. "Kakashi-san, tolong ikut saya" Seorang kunoichi mengarahkannya untuk mengikut. Ruang kosong itu menempatkan sebuah katil rawatan. Kakashi meletakkan Iruka disalah satunya.
Dia diminta iryo-nin untuk pulang saja bagi membersihkan darah Iruka yang membasahi pakaiannya. Tetapi disisi lain dia ingin menunggu disana dan mengetahui apa yang sedang berlaku kepada guru kesayangan Naruto itu.
Dia mengambil tempat menunggu tidak lima belas minit kemudian iryo-nin berlari keluar dari bilik bedah dan terus berlari tanpa sempat dia bertanya apa-apa. Tidak sampai beberapa minit, berlari dua lagi Iryo-nin kedalam bilik bedah. Hanya melepasinya seolah dia tidak berada di sana.
Kakashi bersandar ke dinding sejuk dibelakangnya. Matanya dipejamkan untuk merehatkan badan yang tiba-tiba saja keletihan. Tujuannya untuk ke tugu peringatan terus dibatalkan.
Beberapa minit kemudian dia membuka mata apabila kedengaran bunyi tumit kasut wanita berlari ke arah. Dia terkejut melihat seorang penyembuhan luar biasa itu berlari anak dengan riak wajah risau.
Ramai yang mengetahui bahawa Tsunade dan Jiraiya, dua shinobi hebat itu telah keluar untuk mengembara dan tiba-tiba dipanggil pulang oleh Sandaime dan tiada siapa tahu sebabnya. Tetapi ramai yang telah berkata bahawa ketiga-tiga mereka Sandaime, Jiraiya dan Tsunade dilihat kerap berjumpa beberapa kali dan berbincang dengan sangat serius.
Seperti iryo-nin sebelum ini, wanita Senju itu juga seolah tidak menyedari kehadirannya atau hanya mengabaikannya dan terus masuk kedalam bilik pembedahan.
Hanya beberapa jam kemudian katil yang menempatkan Iruka telah ditolak keluar dan tubuh guru itu terbang disana dengan beberapa tiub kesihatan. Kakashi pantas bangun hanya untuk melihat mereka terus menolak Iruka pergi.
"Siapa yang membawanya ke sini?" Dia mendengar Tsunade bertanya kepada seorang kakitangan hospital berbaju putih seperti yang dilihat dipakai oleh beberapa kakitangan hospital. Kedua wanita itu masih berdiri di hadapan pintu tanpa menyedari dia menghampiri mereka.
"Saya Tsunade-sama" Jawab Kakashi untuk soalan yang tidak dapat dijawab oleh kakitangan hospital.
"Oh, Hatake! Lama tidak berjumpa! Awak dah sangat besar" Suara Tsunade menegur ceria sambil menepuk bahu Kakashi. Pembantunya yang tinggal telah meminta ini untuk pergi. Wanita itu hanya mengangguk.
"Maa Tsunade-sama, saya lebih suka awak panggil saya Kakashi" Jawab Kakashi acuh tak acuh.
"Kasar seperti selalu, Kakashi-kun" Kali ini dia menampar lebih keras bahu lelaki itu. Kakashi hanya menjeling kesal kerana hampir jatuh kerana tamparan keras yang diterima.
"Apa yang berlaku kepadanya? Saya jumpa dia dalam keadaan mengerikan. Adakah dia diserang?" Soal Kakashi. Tsunade hanya diam. Riak wajah yang tadi tersenyum terus mati dan kelat. Dia tidak berkata apa-apa dan mereka hanya diam tanpa seorang pun bergerak atau bercakap.
Bersambung..