Chapter 8

28 5 0
                                    

Walaupun kecewa dengan jawapan Hokage, Iruka tidak membiarkan semangatnya padam. Dia tahu bahawa dia harus mencuba lagi. Setelah selesai mengajar pada hari itu, dengan penuh semangat, dia berjalan menuju ke pejabat Hokage sekali lagi.

Hiruzen Sarutobi kelihatan terkejut melihat Iruka kembali begitu cepat. "Iruka," katanya, sedikit kebimbangan dalam suaranya. "Apa yang membawa kamu ke sini lagi?"

Iruka melangkah ke hadapan, dengan tekad yang membara dalam hatinya. "Hokage-sama, saya tidak boleh berdiam diri dan menunggu nasib saya ditentukan oleh sumpahan ini. Saya telah membaca dengan teliti diari dan buku-buku ayah saya, dan saya tahu ke mana saya perlu pergi untuk mencari jawapan."

Hiruzen mengerutkan dahi, jelas tidak selesa dengan apa yang baru didengarnya. "Iruka, kamu sedar bahawa tempat itu kini menjadi tanah terlarang, dijaga dengan ketat oleh Daimyo Tanah Air. Ia bukan sekadar tanah biasa, ia penuh dengan bahaya. Telah ramai yang masuk dan tiada siapa yang pernah keluar lagi"

Iruka mengangguk, matanya bersinar dengan tekad. "Saya tahu, Hokage-sama. Tetapi di situlah banyak rahsia tersembunyi. Jika ada harapan untuk mematahkan sumpahan ini, ia ada di sana. Saya tidak boleh terus hidup dalam ketakutan dan kesakitan, mengetahui bahawa ada peluang untuk menyelamatkan diri saya, namun saya tidak berbuat apa-apa."

Hiruzen memandang Iruka dengan mata yang penuh kebimbangan dan simpati. "Iruka," katanya dengan nada lembut namun tegas, "Saya tidak boleh benarkan kamu pergi. Tempat itu berbahaya bagi sesiapa yang mendekatinya. Kamu perlu memikirkan keselamatan kamu. Saya tidak mahu kehilangan kamu."

Iruka merasa seperti dinding sedang menutupinya, semakin menghimpit. Tetapi dia tidak boleh menyerah. "Hokage-sama, saya mohon, ini adalah satu-satunya cara. Saya harus pergi."

Namun, Sandaime Hokage tetap dengan pendiriannya. "Saya tidak boleh melepaskan kamu, Iruka. Saya minta maaf, tetapi saya tidak akan membenarkan kamu mengambil risiko ini. Kita akan mencari jalan lain, bersama-sama."

Iruka merasa seolah-olah dunia sedang meruntuh di sekelilingnya. Tetapi dia tahu, dalam hatinya, bahawa dia tidak boleh berhenti di sini. Walaupun Hokage enggan melepaskannya, dia perlu mencari jalan untuk melaksanakan misinya. Dia akan mencari cara lain walaupun itu bermakna dia harus melangkah keluar dari bayang-bayang Konoha tanpa izin.

Ketika Iruka sedang sibuk memujuk Sandaime Hokage di pejabatnya, di sisi lain desa Konoha, Tsunade dan Jiraiya duduk berbincang di sebuah bilik kecil yang dipenuhi dengan buku-buku sejarah dan gulungan kuno. Perbincangan mereka berkisar tentang sumpahan yang menghantui Iruka dan potensi cara untuk menyelamatkannya.

Tsunade kini membentangkan sebuah gulungan kuno di hadapan mereka. "Jiraiya, saya terjumpa sesuatu yang Konoha terlepas pandang, sesuatu yang berkaitan dengan Klan Hatake."

Jiraiya memandang Tsunade dengan minat yang mendalam. "Apa yang awak maksudkan, Tsunade?"

Tsunade menunjuk pada sebuah perenggan dalam gulungan itu, sambil menyambung, "Dalam buku sejarah kuno, disebutkan bahawa Klan Hatake adalah satu-satunya klan yang dianugerahi dengan sesuatu yang unik, cakra putih. Cakra ini bukan sekadar kekuatan fizikal, tetapi juga memiliki sifat penyembuhan yang luar biasa tidak seperti ninja penyembuh."

Jiraiya mengangguk perlahan, mengingat kisah-kisah lama yang pernah didengarnya. "Saya dengar Sakumo bakal menjadi penyembuh yang baik jika dia mahu"

Tsunade menarik nafas dalam, wajahnya semakin serius. "Ya. Dan dia juga adalah ketua pasukan Ikkaku semasa sumpahan itu diaktifkan. Ikkaku hampir menemui ajalnya kerana sumpahan ini. Namun, apabila Sakumo berkongsi cakranya dengan Ikkaku, terdapat perubahan yang signifikan dalam keadaan Ikkaku. Walaupun dia tidak sembuh sepenuhnya, tetapi ia cukup untuk memberinya masa tambahan sebelum sumpahan itu mengambil alih sepenuhnya."

Jiraiya duduk tegak, kini lebih fokus pada perbincangan. "Jadi, maksud awak, cakra ini mungkin satu-satunya cara untuk menyelamatkan Iruka dari sumpahan itu?"

Tsunade mengangguk. "Ya, itu mungkin. Dan kemungkinan Ikkaku dapat diselamatkan jika cakra Sakumo terus disalurkan kepadanya, Sensei sendiri berkata bahawa Ikkaku hidup lebih lama dari pendahulunya kemungkinan adalah Sakumo yang beberapa kali menjadi penderma cakra kepadanya, malangnya ketika itu tiada siapa yang mengetahui tentang ini"

"Masalahnya, tidak ada lagi yang memiliki cakra putih selepas kematian Sakumo. Tetapi Kakashi mungkin memiliki warisan cakra putih dalam dirinya." sambung Tsunade lagi

Jiraiya merenung jauh, memikirkan kemungkinan yang ada. "Jika itu benar, maka Kakashi adalah harapan terakhir Iruka. Tetapi bagaimana kita akan memberitahu ini kepadanya? Lebih-lebih lagi, apakah Kakashi akan sanggup melakukannya? Dan yang paling penting adalah Iruka mahu menerima cakra daripada Kakashi secara berterusan?"

Tsunade memandang Jiraiya dengan tekad yang baru terbentuk. "Kita perlu mencuba. Jika ada sedikit peluang untuk menyelamatkan Iruka, kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Kita harus bercakap dengan Kakashi dan menjelaskan semuanya kepadanya. Ini mungkin satu-satunya cara untuk mematahkan sumpahan yang telah menghancurkan keluarga Umino selama bertahun-tahun"

Tanpa berlengah, Tsunade segera menulis nota dan menyerahkannya kepada seorang utusan yang setia. Pesanannya jelas. Kakashi Hatake perlu segera datang berjumpa mereka. Utusan itu berlari keluar dari bilik, membawa nota itu kepada Kakashi dengan segera.

Dua jam berlalu, dan Tsunade sudah mula gelisah. Dia mundar-mandir di bilik, sementara Jiraiya duduk di satu sudut dengan wajah yang tenang. Setiap minit yang berlalu membuatkan ketegangan semakin menebal.

Akhirnya, pintu bilik itu terbuka dengan bunyi yang perlahan, dan Kakashi Hatake melangkah masuk, kelihatan sedikit tergesa-gesa tetapi masih dengan sikap tenang seperti biasa.

Tsunade memandang Kakashi dengan mata yang penuh dengan kemarahan yang terpendam. "Anak nakal," katanya dengan nada yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaan, "Adakah awak sedar berapa lama kami menunggu awak?"

Kakashi mengangkat tangan, sedikit teragak-agak, sambil menggosok belakang lehernya dengan rasa bersalah. "Maaf, Tsunade-sama. Saya terpaksa membantu seorang nenek mengangkat barang dan menunjuk arak kepada Ikan lumba-lumba yang kehilangan."

Tsunade mengepalkan tangan, cuba mengawal kemarahannya. "Hentikan omong kosong! Kami sedang bercakap tentang nyawa di sini, Kakashi! Adakah awak faham betapa pentingnya perkara ini?"

Jiraiya, yang duduk di sebelah Tsunade, cuba menenangkan keadaan dengan berkata, "Sudahlah, Tsunade. Yang penting dia sudah di sini sekarang. Mari kita teruskan."

Tsunade menarik nafas panjang, menahan diri dari melepaskan kemarahan yang menggelegak dalam dirinya. Dia tahu, walaupun dia sangat marah, ini bukan masanya untuk melepaskan emosi. Mereka perlu fokus pada isu yang lebih.

"Kakashi," sambung Tsunade dengan suara yang lebih tenang tetapi masih tegas, "Kami memanggil awak kerana ada sesuatu yang sangat penting yang perlu awak ketahui, sesuatu yang melibatkan cakra putih dan Klan Hatake. Ia mungkin satu-satunya cara untuk menyelamatkan Iruka daripada sumpahan yang sedang memakannya hidup-hidup."

Kakashi, yang pada awalnya kelihatan agak malas, kini berdiri tegak, perhatian sepenuhnya tertumpu pada apa yang dikatakan oleh Tsunade. "Cakra putih? Sumpahan?" tanyanya, suara yang serius. "Apa yang awak maksudkan?"

BERSAMBUNG...

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang