Chapter17

21 3 0
                                    

Di pejabat Hokage, Sarutobi Hiruzen merenung jauh ke luar tingkap, memikirkan pelbagai isu yang sedang membelenggu Konoha. Namun, fikiran utamanya berputar di sekitar permintaan Iruka. Setiap kali dia memikirkan tentang lelaki muda itu, gambar wajah cemas dan tekadnya akan hancur oleh kutukan itu terus melintas di fikiran.

Tanah yang ingin dijejaki Iruka bukanlah tempat biasa. Ia adalah tanah larangan, satu lokasi yang sarat dengan sejarah kelam yang masih mengekalkan aura kegelapan. 

Selepas Perang Shinobi Pertama, Klan yang menduduki tanah itu dibunuh dengan kejam, dan keluarga yang tersisa terpaksa berhijrah ke pelbagai pelosok dunia shinobi, meninggalkan warisan dan sejarah mereka di belakang. 

Hiruzen tidak dapat menahan rasa terkejutnya ketika mengetahui bahawa shinobi yang melindungi Kushina, Ibu Naruto, adalah dari Klan Umino. Sekarang, satu-satunya anggota Klan tersebut yang masih hidup adalah Iruka.

Mereka yang meletakkan sumpahan ini kepada keluarga Umino kelihatan berusaha untuk memusnahkan keseluruhan darah Umino. Hiruzen menggelengkan kepala, berusaha mengusir rasa risau yang menggerogoti hatinya. 

Dia tahu betapa berbahayanya jika Iruka meneruskan niatnya untuk menjelajahi tanah terlarang itu. Jika sesuatu berlaku kepadanya, bukan sahaja dia kehilangan seorang guru yang berharga untuk generasi baru, tetapi juga akan merobek hati Naruto dan semua orang yang menganggap Iruka sebagai keluarga.

Hiruzen meniup asap dari paipnya, mengamati asap yang berarak dalam pelbagai bentuk. Di dalam kepalanya, perancangan mula terbentuk. Dia perlu melindungi Iruka, tetapi dia juga perlu memastikan bahawa sebarang usaha untuk membongkar rahsia tanah itu tidak membawa kepada kebangkitan kegelapan yang lebih besar.

"Apakah harus menghantar shinobi untuk menemaninya?" Hiruzen berbicara sendirian, suara dalam fikirannya membantunya merumuskan keputusan. "Tetapi siapa yang boleh dipercayai untuk tugas ini? Saya tidak mahu Iruka merasa dia dihalang dari perjalanan ini, tetapi saya tidak boleh membiarkan dia pergi sendirian."

Dia teringat kembali kepada Naruto. Anak itu, yang begitu bersemangat dan setia, pasti akan berusaha keras untuk membantu Iruka, tidak kira risiko yang terlibat. Mungkin Naruto boleh membantu menjaga Iruka tanpa menyedarinya, memberikan sokongan emosional yang diperlukan dalam misi yang berbahaya ini.  Tetapi tetap, Naruto masih kanak-kanak.

Hiruzen memutuskan bahawa dia perlu berbincang dengan Tsunade dan Jiraiya. Mereka harus merancang langkah seterusnya dan mempertimbangkan cara terbaik untuk membantu Iruka tanpa menghalangnya dari mengejar kebenaran yang dia cari. 

Sementara itu, Hiruzen berdoa agar Iruka berada dalam keadaan baik dan berupaya melindungi dirinya dari ancaman yang mungkin menanti di tanah larangan itu.

"Apa pun yang berlaku, saya tidak akan membiarkan warisan Klan Umino hilang begitu sahaja," bisik Hiruzen, tekad menyala di dalam hatinya.

Dengan arahan yang diberikan kepada pembantunya, Hiruzen mengarahkan agar Jiraiya dan Tsunade dipanggil. Tidak lama selepas itu, kedua-dua bekas pelajarnya muncul di pejabat Hokage, masing-masing dengan ekspresi yang menunjukkan keseriusan situasi yang sedang dihadapi. Mereka duduk di hadapan Hiruzen, menanti untuk mendengar apa yang ingin disampaikan.

Hiruzen mengambil nafas dalam-dalam, merasakan beban tanggungjawab yang menanti di bahunya. "Terima kasih kerana datang dengan segera. Saya ingin bercakap tentang Iruka," katanya, memulakan perbualan.

"Dia semakin baik" Tsunade segera berkata, matanya menunjukkan keprihatinan. "Saya baru sahaja memeriksa keadaannya."

"Baiklah dia mempunyai permintaan yang membimbangkan," Hiruzen menjelaskan, matanya tidak beralih dari wajah kedua-dua shinobi di hadapannya. "Iruka ingin pergi ke sebuah tanah yang dikenali sebagai tempat tinggal Klan Umino. Dia percaya bahawa ada sesuatu yang perlu dijelajahi di sana untuk menyelesaikan kutukan yang menimpanya. Yang kebetulan tempat tersebut adalah Tanah Terlarang"

"Tanah Terlarang?" Jiraiya mengulangi, kelihatan terkejut. "Itu adalah tempat yang sangat berbahaya! Tiada siapa yang pergi kesana akan dapat dapat kembali."

"Betul," Tsunade menambah, merapatkan tangannya. "Kita tidak tahu apa yang mungkin dia hadapi di sana. Mengapa dia berani melakukan itu?"

Hiruzen mengangguk. "Saya tahu ini adalah keputusan yang berisiko, tetapi Iruka nampaknya bertekad untuk pergi. Dia percaya ada hubungan antara tanah tersebut dan sejarah Klannya."

Jiraiya menundukkan kepalanya, memikirkan kata-kata Hiruzen. "Mungkin kita perlu menghantarnya ke sana dengan perlindungan. Kita tidak boleh membiarkan dia pergi sendirian, terutamanya dengan apa yang dia alami."

Tsunade menambahkan, "Saya setuju. Kita perlu menghantarnya dengan beberapa shinobi yang boleh dipercayai. Naruto mungkin boleh membantu, tetapi dia masih kanak-kanak. Kita juga perlukan seorang yang lebih berpengalaman untuk memastikan keselamatan mereka."

Hiruzen mengangguk. "Itulah yang saya fikirkan."

Jiraiya menarik nafas, tekad terpancar di wajahnya. "Saya akan pergi. Saya akan melindungi Iruka dalam perjalanan ini."

Hiruzen mengerutkan dahi, ragu-ragu dengan keputusan itu.

"Percayalah pada saya," jawab Jiraiya, suara penuh keyakinan. " Saya pastikan akan melindunginya."

"Baiklah," Hiruzen akhirnya bersetuju. "Tapi ingat, kita perlu bersiap sedia. Kita tidak tahu apa yang akan kita hadapi di tanah larangan itu. Tapi sebelum itu saya perlu hantar  surat izin masuk kepada Daimyo Tanah Air. Berharap mereka membenarkan kita masuk"

Hiruzen mengangkat tangannya, memberi isyarat kepada Jiraiya dan Tsunade untuk beredar. "Baiklah, kalian boleh pergi sekarang. Saya perlu menyelesaikan beberapa urusan penting."

"Pasti, Hokage," jawab Jiraiya sambil berdiri. Dia memberi isyarat kepada Tsunade agar turut bangun.

Setelah Jiraiya dan Tsunade meninggalkan pejabat, Hiruzen menarik nafas dalam-dalam. Dia duduk kembali di mejanya dan mulai menulis surat kepada daimyo. Dengan pen dan kertas di tangan, dia memikirkan setiap perkataan dengan teliti.

Hiruzen tahu bahawa meminta izin untuk memasuki tanah larangan bukanlah perkara yang mudah, tetapi dia juga menyedari betapa pentingnya perkara ini untuk Iruka. Dengan setiap garisan yang ditulis, dia berharap agar daimyo dapat melihat kepentingan pencarian ini, terlebih lagi kepada Klan Umino yang mereka anggap sudah hilang.

Setelah menulis surat dengan jelas dan penuh rasa hormat, Hiruzen menandatanganinya dan memanggil seorang pembantu untuk menghantarnya ke pejabat daimyo Tanah Air. Dia berharap segala-galanya akan berjalan lancar.

BERSAMBUNG...

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang