Chapter 3

78 10 0
                                    

Jiraiya dan Tsunade telah menunggu di sebuah gerai yang selalu dikunjungi ketika mereka masih lagi Genin bersama dengan keseluruhan pasukan sebelum Hiruzen menjadi Hokage dan sebelum Orochimaru meninggalkan kampung secara haram.

Di atas meja, di hadapan mereka telah terhidang sebotol sake dan beberapa makanan ringan lainnya. Masih bercakap dan berbual kosong sementara menunggu hokage mereka tiba.

"Saya sudah berjumpa dengan Iruka dan berbual kecil" Itu adalah ayat pertama dari Tsunade sebaik sahaja Hiruzen duduk dan pesanan kopi hitamnya tiba.

"Apa yang kamu berdua bualkan?" Jiraiya bertanya dahulu memotong persoalan Hiruzen.

"Tidak banyak" Tsunade berjeda. "Kami bertemu di perpustakaan. Di mejanya penuh dengan buku tentang perubatan" Jawab Tsunade lalu menuang secawan sake ke dalam mulutnya.

"Dia membaca perkara-perkara itu?" Hiruzen seolah tidak percaya dengan perkataan bekas muridnya.

"Ya, sangat jelas. Dia juga bertanya jika saya tahu tentang sumpahan inti kematian, dia benar-benar ingin sembuh"

Hiruzen berdengung seketika seperti berfikir keras dan kemudian tersenyum. "Benarkah, saya gembira mendengarnya"

"Awak gembira?" Jiraiya menyoal.

"Anak malang itu telah berputus asa untuk hidupnya, apabila mengetahui dia ingin bebas daripada penyakitnya, sangat menggembirakan hati tua ini."

"Jadi Iruka mahu mati?" Tsunade merenung tajam. Dia masih ingat perbualan mereka dan guru itu kelihatan sangat-sangat ingin sembuh dari kutukannya dengan melihat apa yang cuba dia lakukan.

"Ya, dia berkata lebih baik mati sekarang daripada hidup hanya untuk menunggu mati"

"Bagaimana kita tahu sumpahan itu telah berlaku?" Tsunade bergumam.

"Sumpahan itu terjadi dua minggu setelah ulang tahunnya ke lapan belasnya. Dia telah jatuh pengsan di hadapan pelajarnya. Dan guru-guru bergegas membawa dia ke hospital apabila mereka tidak dapat bangunkan dia" Lelaki tua itu berhenti seketika untuk menghirup kopi pahitnya.

"Tiba di rumah sakit dia disahkan koma. Para perawat sangat bertungkus-lumus mencari sebab sebenar tentang apa yang berlaku kepadanya. Tiga bulan dia koma tanpa siapa tahu apa yang perlu dilakukan." Terdapat lagi jeda, Hiruzen menoleh untuk tidak memandang wajah bekas pelajarnya.

"Saya mengarahkan seorang Jounin untuk menggeledah rumahnya dan dia menemui sebuah jurnal lama yang ditulis tangan oleh Umino Koraru. Di dalam termeterai segala kesakitan yang dilaluinya dan sejarah kehidupannya sepanjang sumpahan itu diaktifkan. Tarikh akhir tulisannya adalah tiga tahun sejak sumpahan itu berlaku." Hiruzen menarik nafas berat

"Dalam buku itu juga ada cacatan tambahan oleh Umino Samei lelaki pertama yang menjadi pelayan keluarga Uzumaki." Hiruzen kembali menghirup kopinya. Tsunade dan Jiraiya masih setia menunggu sambungannya.

"Uzumaki Musuku, dia yang menyedari penyakit yang dialami oleh pelayan keluarganya telah mencipta sebuah materai untuk mengunci inti cakra Samei dan hanya membuka jalur kecil untuk tubuhnya terus mengalirkan cakra."

"Jadi sumpahan inti kematian ini adalah terus ke inti cakra mereka?" Tsunade mencelah.

"Ya, pada awalnya mereka memanggil sumpahan cakra. Lelaki dari keluarga Umino tidak dapat menggunakan cakra mereka dan mereka tidak layak menjadi shinobi. Mereka mampu hidup paling lama lima tahun setelah sumpahan diaktifkan" Jelas Hiruzen. Jiraiya dan Tsunade meneguk sake dalam diam.

"Kemudian keluarga Uzumaki telah memberi mereka hidup yang lebih lama dan Umino Samei telah bersumpah bahawa keturunannya akan berkhidmat di bawah keluarga Uzumaki. Sehinggalah kejatuhan Uzushio. Uzumaki Kushina telah datang bersama seorang remaja lelaki berusia lima belas tahun dari keluarga Umino, yang merupakan anak kepada pelayan keluarganya."

"Adakah Ikkaku?" Jiraiya menyoal.

"Ya, Ikkaku telah ditugaskan untuk melindungi Kushina sehingga dia selamat sampai ke pangkuan Mito-sama."

"Siapa yang meletakkan materai kepada Ikkaku? dia tiba disini sebelum lapan belas tahun, adakah mereka meletakkan materai itu sejak dia lahir?" Tsunade bernada serius.

"Materai hanya boleh diletakkan setelah sumpahan itu diaktifkan dan Ikkaku tidak di materai dan anehnya dia hidup lebih lama. Ketika sumpahannya diaktifkan, dia bersama pasukannya dalam misi perisikan. Mengikut laporan dia mengalami demam panas dan tidak sedarkan diri dan doktor mengesahkan bahawa dia telah jatuh koma selama tiga hari."

"Tiga hari?" Tsunade seolah tidak percaya memandangkan Iruka telah koma selama tiga bulan.

"Ya, ketua pasukan menyedari tentang masalah cakra yang berlaku kepada Ikkaku sedangkan tiada siapa yang sedar malah iryo-nin sendiri. Dia mengambil keputusan untuk menyalurkan cakranya sendiri kepada Ikkaku sepanjang dia tidak sedarkan diri" terang Sandaime.

"Selepas itu apa yang berlaku?" Jiraiya sangat ingin tahu

"Dia pulang dan kesihatannya semakin memburuk. Dia mengalami sakit kepala yang teramat, batuk dan muntah berdarah. Setiap bahagian tubuh-tubuhnya sakit. Organ dalamannya semakin rosak. Dia telah berserah kepada kematian dan ketika itu dia bertemu dengan seorang ANBU yang bertugas sebagai iryo-nin di kalangan ANBU."

"Siapa ANBU tersebut?" Soalan itu mendapat senyuman daripada Hiruzen.

"Kohari, isterinya sendiri"

"Kisah cinta yang indah" Komen Jiraiya turut tersenyum.

"Kohari melakukan pelbagai bacaan dan kajian untuk menyembuhkan Ikkaku. Yang agak mengejutkan adalah bekas ketua pasukan Ikkaku datang membantu dengan segala cara yang dia boleh. Lelaki itu!" Suara Hiruzen kelihatan sedikit ceria.

"Dia telah pergi pelbagai tempat dan pelbagai negara untuk mencari ubat buat Ikkaku. Tapi sayangnya kawan sehebat itu tidak hidup lama. Dia mati dahulu sebelum Ikkaku. Ketika itu Ikkaku dan Kohari baru sahaja menimbang Iruka. Ikkaku pada mulanya enggan berkahwin dia berazam untuk membawa sumpahan itu bersama kematiannya. Tetapi Kohari tetap setia bersamanya dan berjanji untuk menjaga Ikkaku sehingga akhir hayatnya. Mereka tidak bercadang untuk memiliki anak. Tetapi Tuhan telah memberi mereka Iruka"

"Saya masih ingat apabila dia mengetahui bahawa Kohari mengandung. Dia telah berjumpa dengan saya dan Isteri begitu juga Kushina dan Minato dia meminta kami berdoa untuk jantina anaknya. Kohari telah berkata suatu hari pada hujung kehamilannya bahawa Ikkaku tidak berhenti berdoa bahawa anak mereka mestilah dilahirkan sebagai perempuan. Apabila Iruka dilahirkan Ikkaku kecewa dia enggan memandang dan menyentuh anaknya sehingga kematiannya"

"Anak malang" Spontan Jiraiya bersuara.

"Adakah Iruka tahu tentang sumpahan itu sebelum dia jatuh koma?" Tsunade bertanya.

Hiruzen mengangkat bahu "Iruka tidak pernah berkata apa-apa tentang itu, apabila dia sedar dari koma dia mengasingkan diri. Saya telah menghantar seorang untuk mengawasinya. Dia telah melakukan percubaan untuk membunuh diri beberapa kali. Apabila awak memberitahu tentang perbualan kecil awak dan Iruka. Saya gembira kemungkinan sesuatu telah membuat dia ingin hidup" Kopi sejuk telah dihabiskan Hiruzen.

"Saya fikir ianya seseorang" Jiraiya berkata sambil memberi isyarat keluar tingkap. Di mana mereka melihat Iruka sedang dipeluk oleh Naruto. Anak bersurai cerah itu menahan dagunya di perut Iruka untuk mendongak memandang bekas gurunya.

Manakala sebelah tangan Iruka dikuburkan dalam sarang rambut Naruto dan sebelah lagi menggosok lehernya seolah-olah meminta maaf kepada ketua pasukan Naruto dan ahli pasukannya. Kemudian kedua shinobi itu, Iruka dan Naruto melangkah pergi setelah Iruka dengan sopan menundukkan kepala kepada Kakashi.

Bersambung...

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang