Chapter 19

25 5 0
                                    

Tiga hari kemudian, surat balasan dari Daimyo Tanah Air tiba di Konoha. Pada masa itu, Iruka sudah dibenarkan keluar dari hospital dan kembali menjalankan tugasnya di meja misi. Tsunade telah mengarahkan Iruka untuk berehat dari mengajar buat sementara waktu, bimbang kesihatan Iruka yang belum pulih sepenuhnya. 

Sementara itu, Kakashi masih berada di hospital. Walaupun luka-lukanya telah sembuh dengan baik, keletihan akibat kehilangan banyak cakra membuatkan dia belum mampu kembali bertugas di lapangan. 

Ketika surat balasan dari Daimyo tiba di pejabat Hokage, Hiruzen segera memeriksa isi surat tersebut. Setelah membaca syarat-syarat yang ditetapkan oleh Daimyo, dia mendapati bahawa keadaan ini lebih kompleks daripada yang dijangkakan. Namun, Dia juga tahu bahawa ini adalah peluang penting bagi Iruka.

Selesai membaca surat itu, Sandaime memanggil Iruka ke pejabatnya. Setibanya Iruka, Hokage menyerahkan surat balasan tersebut kepadanya dan menjelaskan isi kandungannya.

"Iruka," kata Hiruzen dengan nada serius, "Daimyo Tanah Air telah bersetuju untuk membenarkan kita masuk ke tanah terlarang, tetapi ada syarat-syarat yang perlu kita penuhi."

Iruka membuka surat itu dan membaca syarat-syarat yang ditetapkan oleh Daimyo. Wajahnya sedikit terkejut apabila membaca bahawa dia perlu bertemu dengan Daimyo secara peribadi. Namun, dia tetap tenang dan bersedia menerima tanggungjawab itu.

"Jiraiya telah menawarkan diri untuk menjadi pengiringmu. Kamu akan bertolak esok pagi, saya akan maklumkan kepada Jiraiya. Tolong jangan memaksa diri Iruka, jika keadaan tidak mengizinkan pulanglah, saya menunggu"

Iruka mengangguk perlahan.

"Saya akan lakukan yang terbaik, Sandaime-sama," kata Iruka dengan tekad.

Hiruzen tersenyum kecil.

____________________________

Selepas Sandaime memberitahu Jiraiya tentang keputusan Daimyo Tanah Air, pertapa kodok itu segera menuju ke hospital untuk menemui Tsunade. Mereka bercakap mengenai surat izin yang telah diberikan oleh Daimyo.

Namun, Tsunade tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya. Dia berharap Iruka akan menangguhkan perjalanan itu sekurang-kurangnya sehingga Kakashi sembuh sepenuhnya. "Saya benar-benar mahu Kakashi menjadi salah seorang pengiring Iruka," kata Tsunade, suaranya penuh risau. "Tetapi dalam keadaan sekarang, dia terlalu lemah untuk menyertai misi ini."

Jiraiya mengangguk, memahami kebimbangan Tsunade. "Adakah awak akan memberitahu Kakashi tentang ini?" tanyanya, dengan nada berhati-hati.

Tsunade menggeleng dengan tegas. "Tidak," katanya. "Percayalah, anak nakal itu akan memaksa dirinya untuk menyertai perjalanan ini, walaupun keadaannya sangat tidak membolehkan. Kakashi tidak akan peduli tentang risiko terhadap dirinya sendiri jika dia tahu Iruka memerlukan bantuan. Saya tidak mahu dia membahayakan nyawanya lagi."

Jiraiya menghela nafas panjang. "Baiklah, saya akan pastikan Iruka tahu untuk tidak memberitahu Kakashi tentang hal ini."

Tsunade tersenyum nipis.

Jiraiya termenung sejenak, merenung pertanyaan yang ingin dia ajukan. "Jadi, adakah Iruka perlu tahu tentang cakra putih?" Dia memandang Tsunade dengan penuh tanya.

Tsunade menghela nafas panjang, kelihatan letih dan bimbang.

"Saya rasa," Tsunade berkata dengan berhati-hati, "mungkin awak boleh bercakap dengannya secara berkala dalam perjalanan nanti."

Jiraiya tersenyum tipis. "Baiklah saya akan bercakap dengannya nanti."

Tsunade memandang Jiraiya dengan penuh keyakinan. "Harap Iruka tidak langsung menolak bantuan Kakashi"

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Sep 13 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang