Sarutobi Hiruzen merenung bekas pelajarnya, pewaris Hokage pertama dengan cemberut melipatkan tangannya di bawah aset terbesarnya, merenung tajam ke arah guru tuanya. Manakala seorang lagi pertapa berambut putih berdiri disebelahnya.
"Jadi, apa yang sangat penting sehingga meminta kami kembali dengan segera" Tsunade merengus kecil tanda kesal kepada gurunya.
"Apa yang kamu tahu tentang 'Sumpah Inti Kematian', Tsunade? Jiraiya?" Hiruzen meneliti wajah wanita penyembuhan itu.
Pemilik nama yang disebut terdiam sebentar lalu memandang aneh kepada hokage mereka. "Tidak banyak, tetapi setahu saya itu hanyalah cerita mitos yang dibawa turun temurun untuk takut-takutkan kanak-kanak, kononnya akan ada seorang nenek tua berwajah hodoh dan bersayap hitam menyumpah kanak-kanak degil dan nakal" Jawab wanita itu sambil berkerut dahi.
"Nah, sebenarnya ada versi lain yang bukan mitos tentang 'Sumpahan Inti Kematian', versi yang lebih kejam" kata hokage ketiga sambil menghembuskan asap rokok paipnya.
"Versi lain?" Jiraiya bersuara dengan penuh minat
"Kira-kira seratus tahun silam, seorang lelaki telah melakukan satu kesalahan mengakibatkan dia telah disumpah, malangnya sumpahan itu tidak berakhir apabila lelaki itu meninggal dunia. Keturunan yang membawa darahnya akan menerima nasib yang sama. Sumpahan ini hanya berlaku kepada kaum lelaki dari keturunannya"
Tsunade memandang hairan dan aneh. Adakah lelaki tua dihadapannya sedang bergurau? "Awak bergurau?!" Dia berdengung kasar.
"Alangkah baiknya jika ini hanya gurauan, beberapa tahun lalu satu keluarga dari Uzushiogakure telah berpindah bersama Mito-sama. Keluarga ini adalah keluarga yang menjaga Keturunan Uzumaki.
Selama mereka terikat dengan Uzumaki yang handal dengan fuuinjutsu, mereka baik-baik saja, sumpah berdarah ini dapat dikekang dengan materai hebat mereka. Mereka mampu hidup sekurang kurangnya lima belas hingga dua puluh tahun sejak sumpah diaktifkan"
"Bila sumpahan itu aktif? Sejak lahir?" Tsunade mencelah.
"Apabila lelaki mereka mencecah usia antara tujuh belas hingga sembilan belas tahun." Hiruzen bersuara lemah. Tsunade dapat melihat lelaki itu sangat terluka dengan fakta itu.
"Jadi adakah orang yang kita bincangkan ini sebenarnya salah seorang daripada kita? Adakah dia benar-benar wujud?!" Tsunade masih tidak percaya
Sandaime mengeluh lalu berdiri dari tempatnya dia membuka langkah melepasi Tsunade dan Jiraiya yang keliru tetapi pantas mengikutinya. Mereka hanya diam sambil berjalan pergi, kedua sannin tidak bertanya hanya menelusuri lorong menuju ke bangunan akademi si sebelah banguanan hokage.
Sehinggalah Hiruzen berhenti dihadapan dinding separuh kaca yang berhadapan dengan laman Akademi. Lelaki tua itu merenung keluar. Mereka mengikut ke mana arah pandangannya.
Apa yang mereka lihat adalah seorang lelaki muda, mungkin berpangkat chunin sedang berkejaran bersama sekumpulan kanak-kanak yang berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun.
Mereka kelihatan gembira bermain bersama-sama dan agak terkejut melihat shinobi itu. Mereka tidak pernah melihat mana-mana shinobi malah kunoichi sekalipun sangat menikmati pergaulan dengan sekumpulan kanak-kanak.
Dia kelihatan gembira bergelak ketawa bersama mereka. Walaupun garisan letih tergambar di wajah mudanya.
"Dia seorang yang penyayang, baik, lemah-lembut dan pemalu. Sejak dia bertugas di akademi. Prestasi pelajar meningkatkan pesat terutama pelajar dibawah sayapnya. Dia mahir dengan kanak-kanak dan juga dengan kertas kerja" Sandaime menoleh melihat bekas pelajarnya
Tsunade tersentak apabila dia melihat kilatan sedih terpancar di mata berpengalaman itu. Dia pernah melihat mata itu apabila isterinya meninggal dunia tiga belas tahun lalu.
"Tapi malangnya dunia tidak adil untuk insan sebaiknya. Dia akan meninggalkan dunia ini bila-bila sahaja-" Sandaime kembali berjalan untuk menuju ke bangunan Hokage semula. Tsunade tidak bergerak terus memerhati chunin mesra itu melayan kanak-kanak. Dia sangat menikmati pekerjaannya
"Sejak awal lagi dia tidak sepatutnya menjadi ninja" Sandaime hampir berbisik. Tsunade terpaksa bersetuju dengan itu. Kemudian mengikut kembali ketuanya
"Namanya Iruka, Anak malang itu terpaksa membawa sumpahan keluarga Umino. Ayahnya sebelum ini juga menerima nasib yang sama tetapi kematian lebih dahulu mendahului sebelum sumpahan itu membunuhnya"
"Sumpahan ini, bagaimana dia berfungsi?" Tsunade bertanya-tanya teragak-agak. Jiraiya hanya terdiam tetapi mendengar dengan baik.
"Inti cakranya perlahan-lahan akan hancur, organ dalamannya mula membusuk. Sebelum ini penelitian telah dijalankan terhadap Umino Ikkaku, bapanya. Inti cakranya seperti buah yang sedang dimakan ulat, Orochimaru terlibat dalam penelitian ini"
Kedua-dua Jiraiya dan Tsunade merenung tidak percaya.
"Jadi hasilnya?" Jiraiya tidak sabar.
"Kosong, Orochimaru juga tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada tubuh Ikkaku. Lelaki itu siang dan malam cuba mencari tahu, akhirnya dia menyerah. Pihak hospital juga cuma mencipta penawar untuknya, tetapi satu pun tidak berhasil."
Hiruzen mengambil semula tempatnya.
"Mungkin ini adalah berlebihan tetapi anggap ini permintaan terakhir dari lelaki tua ini. Tolong lakukan sesuatu untuk selamatkan dia setidaknya biarkan dia berusia lebih panjang. Kanak-kanak masih perlukan dia. Naruto sangat-sangat menyayanginya."
"Naruto?" Jiraiya menyoal terkejut.
"Ya, anak malang itu dibuang dan ditendang oleh masyarakat seperti hama. Pada mulanya saya meminta Iruka untuk menjadi gurunya tetapi apabila masa berlalu mereka sudah terikat lebih dari hubungan seorang guru dengan pelajar. Iruka nampaknya benar-benar mengambil berat tentang Naruto"
"Saya beranggapan Iruka ini juga penting kepada awak juga, sensei" Jiraiya berkata, Hiruzen hanya membisu tetapi Jiraiya mahupun Tsunade lebih memahami guru mereka.
"Saya akan mencari jika terdapat fuuinjutsu yang digunakan Uzumaki kepada mereka, Saya akan lakukan sebaik mungkin untuk meneliti materai yang mampu mengekangnya" Jiraiya berkata
"Dengan pengetahuan dan pengalaman perubatan saya, saya akan lakukan sebaik mungkin untuk kesihatannya, saya tidak rasa anaknya bersedia berpisah dengannya" Tsunade berjanji.
Hiruzen kelihatan lega seolah-olah bebanan yang ditanggung terlepas pergi. Dia memberikan senyuman terima kasih sebelum kembali ke pejabatnya.
Bersambung....
=================
Holaa.. Buku baru lagi😁.. Sebenarnya saya taknak tulis cerita ni tapi selepas saya tonton Maleficent, di sini terjadinya sebuah cerita.. Seperti biasa disetiap buku saya setiap watak akan mengalami ooc atau out of character yang maha hebat.😜 dan sejujurnya saya sangat suka menyiksa Iruka.. Muahahah..
Ps: saya ingat nak publish cerita omegavers dulu tapi... Nanti kita bisik-bisik lain lah yer..😅
Akhir kata Salam sayang Salam cinta dari author yang maha comel ehh.. 😋💋