Chapter 5

78 10 4
                                    

Iruka mengerutkan dahi memandang siling putih, dengan kesakitan yang menyusul, dia menyedari bahawa dia hampir mati di tempat tidurnya. Dan kini dikelilingi oleh pemantau dan tiub-tiub kesihatan di dalam bilik hospital yang di steril.

Pintu dibuka dan Tsunade mengintai masuk. Iruka hampir tidak dapat melihat Shizune, pembantu wanita itu mengekorinya masuk, ini kali pertama dia bertemu dengan wanita berambut gelap itu.

“Iruka-” Nada suara Tsunade jauh lebih serius daripada yang pernah Iruka dengar. "Syukurlah awak sudah bangun" Dia terdengar sangat letih. Hati Iruka terdetik keresahan. Memikirkan dia telah menyusahkan wanita itu.

Tertanya-tanya adakah Tsunade mengetahui pucah penyakitnya. Dia tidak dapat bercakap dengan tiub yang menjolok kerongkongnya. Dia berharap wanita ini dapat membantunya. Dia mahu hidup demi Naruto. Dia mahu melihat senyuman Naruto lagi.

Dia tidak sedar dia menangis, hanya perasan apabila tangan Shizune lembut mengusap air matanya. "Kita akan cari jalan sensei. Awak kena kuat. Naruto sangat perlukan awak" Shizune berbisik kepadanya. Iruka tidak dapat bergerak untuk mengangguk tetapi dia mengerdipkan matanya dua kali. Shizune terus tersenyum sambil mengusap titisan air mata terakhir Iruka.

"Jika awak mahu berjumpa dengan Naruto, kami minta maaf. Sandaime telah buat keputusan untuk merahsiakan perkara ini daripadanya atau mana-mana pelajar awak." Tsunade berkata sambil meneliti sesuatu di tangannya. Untuk itu Iruka sangat setuju. Dia juga tidak mahu Naruto atau mana-mana pelajarnya melihatnya dalam keadaannya seperti ini.

"Berehat sensei, saya akan datang sejam lagi untuk pemeriksaan susulan" Kali ini Tsunade sedikit menunduk untuk meneliti wajah pucat pesakitnya. Iruka hanya berkelip mata sebagai jawapan. Kemudian dia kembali tertidur dengan dos yang disuntik oleh Shizune.

Sebaik sahaja kedua wanita itu keluar dari bilik rawatan khas itu. Kakashi telah berdiri di sana dengan seorang wanita di sisinya. Tsunade mengenali wanita itu, sebagai seorang guru. Kerana dia kerap dilihat di sekitar akademi.

"Tsunade-sama, bagaimana keadaan Iruka sensei? Adakah dia diserang musuh?" Wanita itu jelas sangat risau. Kakashi hanya merenung kerana dia masih menunggu jawapan. Soalannya beberapa hari lepas telah dibiar sepi. Wanita itu langsung tidak mahu berjumpa dengannya selepas itu.

Dia terus tertanya-tanya, apabila dia diminta untuk bertemu dengan Sandaime selepas itu dan tidak terkejut apabila melihat guru wanita yang telah meminta pertolongannya.

Tetapi apa yang mengejutkan adalah. Hiruzen telah meminta mereka, tidak! Lelaki tua dengan tegas mengarahkan Kakashi dan Suzume untuk merahsiakan apa saja yang mereka lihat tentang keadaan Iruka.

Kemudian keesokannya dia bertemu dengan pasukannya dengan keadaan Naruto yang masam, ketika ditanya mengapa. Anak itu hanya menjawab bahawa Sandaime memberi tahunya, Iruka sensei telah menjalankan misi tanpa memberitahunya.

"Jangan risau dia tidak diserang musuh" Suara Tsunade menarik dia kembali. "Keadaannya kritikal, tetapi untungnya kami dapat menstabilkan nya. Dia telah berpindah antara jaga dan tidur. Buat masa ini tiada siapa dibenarkan untuk melawat" Ujar wanita penyembuhan itu.

Suzume hanya mengangguk sedih dan kakashi hanya merenung kosong.

"Maaf saya perlu pergi masih ada pesakit yang perlukan saya" Tsunade mengundur diri meninggalkan Suzume dan Kakashi yang tenggelam dalam fikiran sendiri.

__________

Dua hari kemudian pasukan tujuh kembali dari misi ringkas mereka, Kakashi terus bergerak ke hospital yang merupakan tempat yang terakhir ingin dia jejaki, tetapi terkenangkan keadaan guru malang kesayangan Naruto dia perlu melawat walaupun masih terdapat larangan melawat guru itu dan dia tidak peduli.

MalédictionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang