"Kau minta dia lepaskan kau. Kalau kau tak nak kerja dia musnah" ucap lelaki berumur itu.
"Dia seorang je yang mampu jaga diri Eva. Bukan orang lain!" Bela Eva.
"Kau bertahanlah. Hidup dia, aku akan kacau sampai kau jadi gila!!!" Ugut lelaki tu itu lagi.
⚓
Tangan digenggam dengan lembut. Kucupan dihadiahkan pada tangan putih bersih itu. Cincin di jari manis dielus dengan penuh kasih.
"Saya akan ada dengan awak sampai hujung nyawa saya" tuturnya dengan mata yang berair.
"Dapat awak sebagai suami saya pun dah cukup membahagiakan saya. Terima kasih" balas Eva dengan mata yang tampak berair. Hanya menanti air itu tumpah sahaja.
"Percaya pada kuasa Allah. Kita akan bahagia untuk selamanya. Saya cuma nak awak sorang je yang jadi kawan gaduh saya. Bukan orang lain"
Kali ini air mata jantannya dulu yang jatuh. Bibirnya juga sudah terketar-ketar kerana menahan sebak.
⚓
Seorang gadis merenung tajam ke arah Nahdi. Degup jantung Nahdi ketika itu cukup hebat. Dia masih sukar untuk mempercayai semua itu.
"It's that you sayang?" Soalnya dengan nada keliru.
Gadis itu hanya mendiamkan diri. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain sehinggalah terdengar bunyi tembakan dilepaskan.
⚓
"Your eyes, a war. I don't mind dying in"
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...