BAB 30 ⚓

6.1K 384 37
                                    

Selesai berjumpa dengan Hanis, Eva berjalan ke dalam Suria KLCC. Sudah lama dia tidak bersantai seperti itu seorang diri. Alang-alang berjalan, dia akan mencuci matanya di bahagian outlet yang menjual pakaian.

Disebabkan tiada yang menarik perhatiannya, Eva memilih untuk berjalan sahaja di dalam mall itu. Sedang dia berjalan, matanya terpandang pada seorang lelaki yang cukup dia kenali.

Dari jauh dia dapat melihat Nahdi berjalan masuk ke dalam sebuah tempat makan di situ. Disebabkan rasa sangsi di dalam diri Eva, Eva terus bergerak ke arah tempat makan itu.

Hatinya terus terasa lain saat melihat Nahdi bersama dengan seorang perempuan di sebuah meja. Malah meja itu juga berada di bahagian yang sukar dilihat oleh orang lain.

Lama Eva berdiri di situ sambil memerhati mereka berdua sehinggalah dia ternampak gadis itu menyentuh tangan Nahdi. Saat itu dia hanya tersenyum tawar dan terus berlalu pergi. Dia juga pelik dengan dirinya yang cuba untuk menahan air mata daripada menitis.

Eva yang sedang memandu kereta memberhentikan kereta di bahu jalan. Lama dia termenung sambil memikirkan hidupnya selepas ini. Dia fikirkan Nahdi seorang lelaki yang baik tetapi dia silap. Dia lupa yang lelaki itu masih cuba untuk melupakan bekas kekasihnya dahulu. Dia terlupa yang Nahdi baru sahaja putus dan terpaksa mengahwininya.

Eva mengalirkan air matanya tanpa sedar. Sejak dia berumur 15 tahun dia bencikan lelaki. Peristiwa yang berlaku tentang keluarganya terutama sekali Tuan Amri, telah mengubah semua perspektif Eva terhadap lelaki.

Dia cuba untuk kuat lebih daripada seorang lelaki. Disebabkan itu dia berusaha untuk memasuki UTK. Di sana dia berjumpa dengan Hanbali. Dan hanya Hanbali yang benar-benar berjaya mengubah pandangannya terhadap seorang lelaki. Walaupun sedikit.

Tetapi sekarang, dirinya sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak pernah kenal dengan dalam. Lelaki yang terpaksa mengahwininya kerana masalah yang timbul.

Bunyi telefonnya membuatkan fikiran Eva melayang. Nama Nahdi yang tertera di skrin dikerling sekali imbas. Dia terus memandu semula keretanya di atas jalan.

Sampai di rumah, Eva hanya beriak biasa dan berjalan masuk. Nahdi yang menunggu di ruang tamu lekas bangkit apabila melihat kepulangan Eva.

"Lambatnya balik. Penat saya tunggu" usik Nahdi dan tersenyum.

"Maaf. Saya tersekat dalam jalan raya tadi" balas Eva tanpa memandang ke arah wajah Nahdi.

Belum sempat Nahdi membalas, Eva sudah menapak naik ke atas. Nahdi terus berasa lain. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku kepada Eva.

Di dalam bilik, Nahdi pelik melihat Eva sedang mengemas begnya.

"Kenapa kemas beg?" Soal Nahdi dan duduk bersila di sebelah Eva.

"Saya kan dah nak masuk kerja. Jadi kena lah kemas beg" jawab Eva dan menyambung mengemas.

"Awak kata next week. Awal sangat nak kemas"

"Saya nak masuk kerja esok. Malas nak tangguh"

Eva yang sedang melipat bajunya terhenti apabila tangan Nahdi memegang lengannya. Eva hanya memandang ke arah tangan Nahdi. Dan dia terus menolak tangan itu daripada lengannya.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now