BAB 41 ⚓

5.4K 336 23
                                    

Eva yang baru terjaga terkejut dengan satu tangan yang melingkar di pinggangnya. Dengan pantas dia berpusing dan jantungnya terus berdegup laju. Nahdi yang sedang lena di sisinya mengejutkan Eva.

Perlahan-lahan tangan Eva menyentuh wajah Nahdi. Dia berasa seperti mimpi saat itu. Atau mungkin dia berada di dalam mimpi saat itu.

"Betul ke ni?" Sebutnya sendiri sambil menilik wajah Nahdi. Matanya mula berair.

"Assalamualaikum isteri saya" balas Nahdi dan membuka matanya.

Saat mata mereka bertembung, air mata Eva terus mengalir ke pipi. Suara yang dirindui dan dicari terdengar di telinganya ketika itu. Hatinya benar-benar terkejut dengan kepulangan Nahdi itu.

"Kenapa isteri saya menangis ni?" Nahdi terus mengesat air mata di pipi Eva.

"Saya rindu dekat awak sangat-sangat" balas Eva dan membalas pelukan Nahdi.

Nahdi hanya tersenyum dan mengeratkan pelukannya. Dia baru sahaja tiba pada malam tadi. Saat dia melangkah masuk ke dalam bilik, dia sudah melihat Eva yang sudah lena sambil memeluk album.

Hatinya terus berasa gembira apabila mengetahui yang Eva sudah membaca suratnya. Tetapi dia perasan dengan kelainan di wajah Eva. Wajah pucat Eva menarik perhatiannya. Malah saat dia memeluk Eva juga, dia dapat merasakan kelainan di tubuh itu. Berat Eva sudah semakin susut.

"Eva. Kenapa ni?" Soal Nahdi apabila Eva tidak henti menangis.

Dia terus meleraikan pelukan itu bagi melihat wajah Eva. Eva masih terhinjut-hinjut menangis. Semahu-mahunya dia menangis ketika itu.

"Dah. Dah. Istighfar ayang. Kenapa nangis macam ni?" Soal Nahdi pelik.

Jarang Eva menangis semahunya seperti itu. Seolah sudah puas memendam rasa selama ini.

"Terima kasih sebab pulang dengan selamat" ungkap Eva dengan nada yang masih tersekat-sekat.

"Berkat doa isteri, umi dan abah. Saya mesti akan balik dengan selamat" jawab Nahdi dan mengusap lembut pipi Eva.

Eva hanya tersenyum tipis sebelum rasa sakit di dadanya datang secara tiba-tiba. Nahdi yang sedang mengusap pipi Eva terkejut dengan tindakan Eva yang terus berdiri dan berlari ke tandas. Satu perasaan risau mula menyusup ke dalam hati Nahdi.

Nahdi terus bergerak ke tandas kerana risaukan Eva. Bunyi Eva yang sedang batuk mengejutkan Nahdi.

"Eva. Are you okay?" Soalnya cemas.

"Saya okay" jawab Eva dan menyambung batuknya.

"Buka pintu ni. Bagi saya masuk" arah Nahdi.

Beberapa saat kemudian, pintu bilik air itu terbuka dan Eva keluar dengan wajah yang sudah dicuci. Sebuah senyuman diberikan kepada Nahdi.

"I'm okay" ucap Eva dengan senyuman tipis.

Nahdi terus memegang bahu Eva. Dia cuba untuk mentafsir makna daripada jawapan Eva. Dia yakin isterinya itu tidak baik-baik.

"Awak demam ke?" Soal Nahdi apabila perasan dengan badan Eva yang panas.

"Mungkin kot. Sebab saya batuk hampir seminggu dah. Awak jangan risau, saya ada beli ubat dekat farmasi. Awak pergilah bersihkan badan dulu. Lepastu kita solat sama-sama. Saya dah lama tak dengar suara suami saya ni angkat takbir untuk saya" pujuk Eva dengan lembut.

Selepas itu, Eva kembali duduk di birai katil. Nahdi hanya memerhati dengan pandangan risau. Selepas itu, barulah dia bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri.

"Eva. Bangun sayang. Dah pukul 10 pagi ni" kejut Nahdi.

Dia pelik melihat Eva yang masih lena. Selepas mereka solat subuh berjemaah, Eva meminta untuk lelap sebentar kerana berasa penat. Nahdi sudah memikir pelbagai perkara. Setahunya Eva sudah selesai misinya di Pulau Pinang selama 3 bulan.

"Hmmm" rengek Eva dan mengesat matanya.

"Badan awak panas sangat ni. Kita pergi klinik ya?" Ajak Nahdi apabila menyentuh dahi Eva.

"Tak apa. Kan saya dah cakap, saya memang demam. Tak larat sikit je" jawab Eva dengan gelengan perlahan.

"Kenapa degil sangat ni ayang. Saya ada dengan awak. Jadi Dr tu tak berani lah nak suntik awak" gurau Nahdi.

"I'm okay. Saya cuma perlukan rehat je. Awak ada dekat sebelah saya kan sekarang. Jadi Alhamdulillah. Nanti kebah lah panas ni"

Lengan Nahdi dirangkul lembut oleh Eva. Belum sempat Nahdi membalas, Eva sudah memejamkan matanya dan kembali lena.

"Ya Allah. Kau sembuhkanlah sakit isteriku" bisiknya dan mencium dahi Eva.

Selepas itu dia membetulkan semula selimut yang dipakai oleh Eva. Diusap beberapa kali pipi Eva sebelum dia bergerak keluar dari bilik. Dia mahu membeli ubat di farmasi dahulu.

Eva berjalan turun selepas bangun daripada tidur. Dia juga terkejut dengan cool fever yang berada di dahinya. Pasti Nahdi yang meletakkan.

Selepas puas tidur, barulah tubuhnya berasa sedikit bertenaga. Tambah pula ubat yang diberikan oleh doktor di hospital masih ada.

Sampai di hujung tangga, Eva menghidu bau sesuatu. Dia terus berjalan ke arah dapur. Di situ dia melihat Nahdi yang sedang memasak sesuatu.

Wajah Nahdi yang cukup serius itu membuatkan hati Eva terhibur. Eva terus berjalan ke arah Nahdi dan memeluknya dari belakang.

Nahdi yang sedang fokus tersentak apabila ada tangan yang merangkul badannya. Dia fikirkan hantu mana lah tadi. Tangan kanan Eva diambil dan dikucup lembut.

"Ayang baru bangun?" Soalnya lembut.

Tangan kiri masih mengaul lauk di dalam kuali itu manakala tangan kanan masih memegang tangan Eva.

"Awak masak apa? Bau macam sedap je" Eva cuba menjenguk ke dalam kuali. Mujurlah ketinggian mereka tidak jauh sangat.

"Saya masak ayam kicap. Awak makan ke?"

"Oh. Itu favorite saya" jawab Eva.

"Hah!! Betul ke? Tak sia-sia saya masak ni harini. Jadi makanan kegemaran kita dua ni sama la ya. Kejap"

Nahdi menutup api dan berpusing ke arah Eva. Eva hanya mengerutkan dahi kerana pelik. Tiba-tiba badannya diangkat oleh Nahdi. Terkejut Eva apabila tubuhnya didukung oleh Nahdi dan di bawa ke meja makan.

"Awak tunggu dekat sini. Saya nak settlekan dekat dapur. Duduk sini je tau. Ini arahan" ucap Nahdi dan berlalu ke bahagian dapur semula.

Eva hanya tersenyum sahaja. Di ruang makan itu, dia dapat mendengar bunyi pinggan mangkuk yang berlaga. Malah bunyi paip di sinki dengan kuali. Tetapi semuanya dilakukan dengan baik oleh Nahdi.

Nahdi kembali dengan semangkuk ayam masak kicap dan dua pinggan nasi. Apron yang dipakai lantas dicabut dan digantung semula ke tempatnya.

"Jemput makan Tuan Puteriku" pelawa Nahdi.

"Mari kita cuba. Sedap ke tak Komander ni masak"

Nahdi hanya tersenyum saat melihat Eva yang menjamah nasi dan lauknya.

"Uhm. Sedapnya. Pandai awak masak. Kalahlah saya" puji Eva.

"Alhamdulillah. Itu resepi umi tau. Dulu kalau saya balik dari misi, Umi mesti masakkan lauk ni. Jadi saya belajar lah dengan dia. Tahu-tahu boleh masakkan untuk isteri pula" jelaz Nahdi.

Eva hanya tergelak kecil. Air tangan Nahdi sudah cukup hebat. Jadi dia sudah boleh mengagak bagaimana air tangan Puan Ain pula. Tiba-tiba hatinya rindu pada Puan Ain dan Tuan Zamir. Sudah sebulan dia tidak menghubungi mereka.





CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now