Mereka berdua sudah selamat tiba di Kuala Lumpur. Nahdi baru sahaja selesai berbual bersama dengan Puan Ain di telefon. Pelbagai nasihat diberikan oleh Puan Ain supaya sentiasa menjaga hati Eva. Nahdi hanya tersenyum dan berasa lega apabila mengetahui penerimaan Puan Ain kepada Eva.
Kaki di bawa naik ke tingkat atas. Jam juga sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia tidak tahu sama ada Eva masih terjaga atau sudah lena.
Belum sempat dia mengetuk pintu bilik mereka, telinganya menangkap suara Eva. Jantungnya mula berasa berdebar.
"Alhamdulillah semuanya baik-baik" ucap Eva dengan lembut.
"Suatu hari nanti, Eva akan kenalkan dia pada mama. Mama jangan risau, Eva baik-baik sahaja dekat sini" sambung Eva lagi.
"Kalau ada rezeki, Eva ke sana. Dekat sini, Eva masih busy mama"
"InsyaAllah. Mama doakan ya. Eva nak tidur dah mama, rasa sakit belakang sikit" luahnya.
Nahdi hanya tersenyum di belakang pintu itu. Dia tahu isterinya itu sedang berborak dengan mamanya. Dia juga berasa ingin tahu tentang mama Eva yang merupakan orang Turki itu. Bagaimana paras rupanya jika anaknya sendiri secantik itu?
Selepas mendengar tiada lagi suara di dalam bilik, Nahdi terus melangkah masuk. Dia dapat mendengar bunyi air di bilik air.
Sementara menunggu Eva keluar, Nahdi terus merebahkan badannya ke atas katil. Penat memandu juga masih terasa. Belum sempat dia memejam mata, satu tuala dilempar tepat ke atas wajahnya.
"Keluar!!" Jerit Eva sekuat hati.
Nahdi terus bangun dan mengalihkan tuala kecil di wajahnya itu. Dia terus terkedu saat melihat Eva yang hanya bertuala di hadapan bilik air. Terkelip-kelip Nahdi melihat kaki Eva yang putih bersih itu.
"Nahdi Sayf!!" Jerit Eva buat kali kedua.
Nahdi terus tersentak dan mengalihkan matanya ke bawah.
"Keluarlah Nahdi. Saya nak pakai baju" marah Eva.
Dia fikirkan Nahdi masih di bawah. Disebabkan itu dia malas hendak membawa baju ke bilik air. Tambah pula, dia berasa sudah mengunci pintu biliknya.
"Pakai je lah. Saya kan suami awak. Boleh tengok semua tu" usik Nahdi dan memandang ke arah Eva.
Eva terus merasa bahang di pipinya. Dia langsung kembali masuk ke dalam bilik air semula.
"Selagi awak tak keluar dari bilik ni, selagi itulah saya tak kan keluar dari bilik air. Biarlah kecut sampai mati" ucap Eva dari dalam bilik air.
Nahdi terus tergamam. Dia tahu ugutan Eva itu boleh dipercayai.
"Okay. Okay saya keluar. Nanti pakai baju cantik-cantik ya" sempat Nahdi mengusik sebelum keluar dari bilik.
Eva hanya mengigit bawah bibirnya kerana geram. Selepas itu barulah dia keluar untuk memakai baju. Dia masih malu untuk memakai baju di hadapan Nahdi walaupun Nahdi sudah melihat tubuhnya dulu.
⚓
Nahdi terus mengangkat panggilan daripada Laksamana Fuad sewaktu turun ke bawah. Wajahnya terus berubah serius apabila mendengar penjelasan daripada Laksamana Fuad.
Selesai menerima panggilan daripada Laksamana Fuad, Nahdi duduk di sebuah kerusi di hadapan ruang sliding door itu. Satu nafas dilepaskan dengan begitu payah.
"Awak nak makan apa-apa tak? Saya nak masak meggi" muncul Eva yang baru sahaja turun dari atas.
Nahdi hanya mengunci mulut dan menggelengkan kepala. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu Eva. Atau mungkin Eva tidak pernah kisah tentang hal itu.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
Storie d'amorePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...