Bunyi lagu yang dipasang menambahkan suasana di tepi pantai itu. Eva berjalan dengan air mata yang mengalir ke pipi. Bibirnya menguntum senyum bahagia.
Nahdi yang berdiri sambil memegang sejambak bunga rose merah tersenyum melihat ke arah Eva. Eva yang bertudung cantik itu sentiasa membuatkan dia jatuh cinta. Huluran tangan Nahdi disambut oleh Eva.
"Happy Annivesary ayang" ucap Nahdi dan mencium lembut pipi Eva.
Eva menyambut jambangan bunga itu dan tersenyum. Hatinya berbunga-bunga dengan kejutan yang diberikan oleh Nahdi. Angin pantai juga tidaklah kuat. Terasa nyaman di situ.
"Terima kasih abang" balas Eva dengan nada sebak.
Nahdi terus memimpin tangan Eva untuk duduk. Eva memandang dengan kagum saat kek yang dihidangkan di depannya terukir wajah mereka berdua.
"Cantik tak? Abang yang buat tau" ucap Nahdi dengan nada menang.
"Huh? Sejak bila Abang pandai baking kek ni?"
"Sejak abang tahu yang isteri abang ni suka benda manis" balas Nahdi.
Dia sudah bertanya kepada Puan Elainor tentang kegemaran Eva. Dan dia tidak pernah jangka yang Eva adalah penggemar manisan.
"Pandai mengayat la abang ni. Nak rasa"
Nahdi terus memotong kek itu dan meletakkan di atas pinggan Eva. Eva terus menyudu kek itu dan menjamahnya. Dia terus memuji kebolehan Nahdi. Kek itu terjadi dengan begitu sempurna.
"Terima kasih Eva sebab kembali semula pada abang" tiba-tiba Nahdi meluah.
"Sama-sama. Saya percaya yang jodoh kita ni kuat. Thank you abang sebab tak pernah putus asa dengan saya" balas Eva pula.
"Segalanya buat ayang adalah indah. Semuanya perlu saya tunaikan dengan seikhlas hati saya. Terima kasih sebab lahirkan Ali" ucap Nahdi dan mencium lembut tangan Eva.
"Terima kasih juga abang sebab jadi suami yang paling hebat untuk saya dan papa yang hebat buat Ali" balas Eva dengan air mata bahagia.
Nahdi bersyukur dengan nikmat itu semua. Perkahwinan mereka sudah 5 tahun. Dan anak sulung mereka iaitu Ali Heidi bin Nahdi Sayf sudah berusia 2 tahun. Percutian mereka kali ini adalah tanpa Ali kerana Nahdi yang mahu membuat kejutan untuk annivesary mereka.
"Oh ya. Abang nak tahu tak yang Ali dah boleh panggil abang sebagai papa" ucap Eva dengan ceria.
"Serius ke ayang? Alhamdulillah"
Kesibukkannya bekerja mengehadkan masanya bersama Ali. Malah operasi demi operasi membuatkan dia tidak dapat melihat Ali membesar dengan baik. Berkat Eva yang merekod segala perkembangan Ali membuatkan Nahdi berasa terharu. Anaknya sudah semakin besar.
⚓
Nahdi berlari ke arah Ali yang sedang bermain dengan permainannya di atas karpet. Mereka baru sahaja pulang daripada bercuti.
"Papa rindu dekat Ali" luahnya dan mendukung anak lelakinya.
Ali hanya tersengih kerana berasa geli dengan kucupan Nahdi di wajahnya.
Eva hanya menggelengkan kepala. Mereka hanya bercuti selama 2 hari sahaja tetapi Nahdi berlagak seperti 2 tahun. Puan Ain juga tergelak melihat reaksi Nahdi.
"Assalamualaikum Umi. Maaf susahkan Umi untuk jaga Ali" ucap Eva dan duduk di sebelah Puan Ain.
"Waalaikumussalam. Tak susah lah. Ini cucu Umi juga. Seronok bercuti?" Soal Puan Ain dengan lembut.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...