BAB 28 ⚓

5.6K 333 29
                                    

Tuan Zamir hanya tersenyum melihat resah Puan Ain. Sekejap ke dapur, sekejap ke ruang tamu. Tidak tenang dibuatnya Puan Ain apabila Nahdi menghubungi tentang keberadaan mereka.

"Sabar Ain. Tenang" tegur Tuan Zamir.

"Saya takut lah bang. Macam mana kalau isteri Along tak suka saya?" Soal Puan Ain dengan gugup.

"Apa pula cakap macam tu. Awak tu dah jadi mak mertua dia. Mestilah dia akan hormat awak"

Puan Ain masih meramas tangannya yang nyata masih sejuk. Dia betul-betul berdebar. Seolah dirinya pula yang bertemu dengan mak mertua.

Bunyi salam daripada luar mengejutkan Tuan Zamir dan Puan Ain. Tuan Zamir langsung membuka pintu dan tersenyum saat melihat Nahdi di muka pintu.

"Assalamualaikum Abah" sapa Nahdi dan memeluk tubuh Tuan Zamir.

"Waalaikumussalam" balas Tuan Zamir dan mengusap belakang badan anak sulungnya itu.

Tuan Zamir memandang pula ke arah Eva yang sedang berdiri di belakang Nahdi. Dia perasan dengan wajah takut yang dipaparkan oleh Eva saat itu.

"Assalamualaikum Eva" tegur Tuan Zamir dengan lembut.

Eva terus menjawab salam dan menyalami tangan Tuan Zamir. Dia juga berasa berdebar saat itu. Mahu sahaja dia melarikan diri ke tempat lain.

"Mari masuk. Umi kamu dah tak sabar nak jumpa dengan kamu berdua" pelawa Tuan Zamir.

Nahdi langsung memandang ke arah Eva. Tangan kiri Eva digenggam lembut.

"Saya ada dengan awak" bisik Nahdi dengan perlahan.

Eva hanya menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya itu.

Puan Ain yang melihat kehadiran Nahdi dan Eva berasa gugup. Tetapi saat matanya memandang cara Nahdi memegang tangan Eva, hatinya terusik. Dia nampak anaknya itu ikhlas dengan Eva.

"Mari masuk Along. Eva" pelawa Puan Ain dengan lembut.

Eva terus bergerak ke arah Puan Ain untuk bersalaman. Puan Ain juga mengigil saat memegang tangan Eva. Dia hanya mampu menayangkan senyuman sahaja ketika itu. Lidahnya kelu untuk bertanya.

"Macam mana dengan semuanya? Dah selesai?" Soal Tuan Zamir apabila Nahdi dan Eva sudah duduk di sofa.

"Alhamdulillah dah Abah. Along dah selesaikan semuanya. Pihak masjid pun dah sedia maklum tentang kita orang. Jadi semuanya dah selesai sekarang. InsyaAllah" jelas Nahdi.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Lega hati abah mendengarnya. Terima kasih Eva sebab sudi terima anak Abah" ucap Tuan Zamir dan memandang ke arah Eva.

"Sama-sama Uncle. Patutnya saya yang ucap terima kasih pada Nahdi sebab sudi ambil saya jadi isteri dia" kekok Eva ketika itu.

"Abah. Panggil abah je. Eva pun panggil Umi je tau" tegur Puan Ain tiba-tiba.

Eva juga terkedu mendengarnya. Nahdi hanya tersenyum tenang. Dia berasa bersyukur apabila Puan Ain sudi menerima Eva sebagai menantunya.

"Terima kasih Abah. Terima kasih Umi. Maaf kalau kehadiran Eva dah ganggu semuanya" tutur Eva dan menunduk ke bawah.

"Kehadiran Eva dah bagi satu sinar pada Along. Umi minta maaf sebab pernah tarik rambut kamu. Waktu tu, Umi terkejut dan emosi tak tentu pasal. Maafkan Umi ya" ucap Puan Ain. Tiba-tiba dadanya terasa sebak.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now